Assalamualaikum..
Semenjak dua menjak lepas kahwin kemain lagi aku suka duduk dapur. Kalau takde apa nak buat pun mesti kedapur tengok apa ada, kalau tak memasak aku cari benda nak mengunyap. Makin mok lah lepas ni. Sobs. Sebenarnya entry ni dah sebulan terperap dalam draft, so harinilah publish. Tihihi.
Bukan apa sebab cik abang pun tak cerewet tentang makanan. Apa aku masak semua habis. Tak pernah membazir lagi sepanjang 2 bulan usia perkahwinan. Ececeh macam dah kahwin dua tahun kau kan shima.
Okay back to tajuk entry kat atas tu. Aku ada try buat kek guna pemanggang ajaib. Maklumlah baru kahwin barang tak lengkap, ada basic needs je dulu. Tapi guna pemanggang ajaib ni memang tak menghampakan. Resepi kek ni pun aku mintak dari kawan je, Alhamdulillah menjadi dan dah empat (what?? dasar mok tau) kali pun buat. Sebab bahan dia simple dan tak guna banyak barang.
Bahan-bahan kek:
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder (tak perlu kalau guna self rise flour)
1 cawan gula castor (aku just 3/4 sebab tak suka manis-manis)
1 cawan mentega
2 sb susu pekat manis (aku guna 1 1/2 je)
3 biji telur
1 sk esen vanilla
Beberapa jenis pewarna untuk membentuk lapisan berwarna (ikut selera anda)
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla dan kacau rata hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
4. Bahagikan ikut beberapa bahagian mengikut pewarna yang ada mahukan.
5. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah disapu marjerin atau dialas baking paper secara berlapis mengikut warna. Disarankan mengguna sudu. (Contohnya bubuh merah satu sudu, kuning satu sudu dan hijau satu sudu. Kemudian ulang semula merah, kuning dan hijau dan berikutnya sehingga habis semua bancuhan)
6. Semasa menyudu bancuhan kedalam loyang disarankan untuk menghentak-hentak sedikit sudu dan menggoyangkan loyang untuk mencantikkan lapisan dan membuang lapisan udara yang mungkin terhasil.
7. Boleh dibakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah celcius didalam oven atau bakar dengan pemanggang ajaib dengan api perlahan sehingga masak.
.
.
.
.
.
Selamat mencuba ye mengkome!