10.2.14

Wedding series: Persiapan Kahwin?


Assalamualaikum.

Ni minggu terakhir nak bersenang-lenang dekat rumah. Minggu depan dah start kuliah. Malas betul nak balik ke Pahang ni. Tahulah perjalanan Perak ke Pahang sememangnya jauh (belum oversea lagi..kecoh haha). Result exams pun dah keluar last week. Hasilnya alhamdulillah semua masih dalam kawalan..hakhak. Kalau dah balik ke Pahang, pastilah rindu dengan masakan mak aku nanti. :'(

Sebelum balik kampus ni banyak benda yang aku dah setel dan survey-sucey untuk barang kahwin. Barang hantaran pun dah mula beli sikit-sikit disebabkan sales masa CNY aritu kan. Mesti kekorang kata kecoh nak beli awal padahal majlis lambat lagikan. Tapi aku ni belajarnya di Kuantan, haruslah jarang balik. Kat kuantan tu pulak satu-satunya mall yang boleh cari barang hantaran adalah kat ECM tu, tapi tula selalunya tak banyak choice kat sana (orang Kuantan jangan marah aaa..). Kalau beli dekat Perak mestilah dipantau ketat oleh Mr.FH supaya aku tidak boros (erkk).. So yang paling best mari bershopping di KL sana..haha

So antara perkara-perkara penting yang aku dah buat (booked) dalam persiapan kahwin ni adalah:
  1. Kursus kahwin
  2. Pelamin
  3. Busana pengantin (nikah, bersanding & bertandang)
  4. Make up (nikah, bersanding & bertandang)
  5. Dekorasi meja makan pengantin bersama khemah makan tetamu
  6. Beberapa barang hantaran untuk aku dan Mr.FH (bag, kasut, perfumes, etc.)
  7. Beberapa pasang kain ela untuk family members
Masa memula nak book pelamin ni aku rasa macam awal lagi, tapi bila pergi sana untuk tarikh yang dekat-dekat dengan aku ni ada lah 2 3 pasangan dah book lagi awal. So takdelah rasa segan sangat. Takut jugak akak bridal boutique tu kata aku ni dah tak menyempat..gitu. 

Dulang hantaran kakak aku janji nak buatkan, rasa macam nak guna fresh flowers tapi belum survey lagi kedai-kedai area ipoh ni. Kalau yang artificial flowers aku dah survey dekat bandar baru sri iskandar tu. Aku bercadang nak DIY je doorgift, so barang-barang dia aku dah survey jugak kat situ jauh lebih murah berbanding tempat lain. So yang checklist tu belum finalize lagi. Dah dekat nanti baru finalizekan.
.
.
.
.
Okay nanti update lagi ye. :D

3 comments:

  1. salam & hai...owh adik nk kawin ye. bagus buat checklist awal-awal supaya takde yg trtinggal and overbudget.
    btw, akk dtg singgah sini dan follow adik. feel free to hit me back yeah.
    http://sweetmemories4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Yup sy nak kahwin. Thanx untuk advice..hehe.. sy pun dh follow akak balik. Hopefully bolehlah share2 info pape pasni kan.. :)

      Delete
  2. Hi awak. b2b tahun ni jugak ke? sama la saya. nak2 tengah belajar lagi..hoho. tapi dah nak final year dah :)

    ReplyDelete