Assalamualaikum..
Hari ni dunia dikejutkan dengan pengesahan tentang pesawat MH370 yang dikatakan terhempas kedalam lautan hindi. Ianya dikatakan telah disahkan terhempas dan disampaikan oleh PM kita sendiri. Dikatakan juga tiada seorang pun yang terselamat dari nahas tersebut..Allahurabbi.. Bila dengar berita ni, tak tahu perasaan apa yang nak aku luahkan. Sedih tu memang, tapi dalam masa yang sama ada sedikit perasaan lega hadir dalam diri dan juga ada perasaan yang seolah-olah masih berharap.
Sedih..andai keluarga aku yang terlibat, tak pasti macamana aku nak hadapi kenyataan pahit ni. Siapa sangka hari terakhir melihat mereka dilapangan terbang sebelum menaiki pesawat tersebut merupakan hari terakhir untuk bersama mereka..yang terakhir untuk selamanya. Siapa sangka kan?
Namun kini penantian keluarga mereka telah berakhir, walaupun pengakhiran ini pahit..perit..dan payah untuk ditelan, sekurang-sekurangnya mereka tahu apa yang terjadi. Tidak terus meletakkan diri didalam tanda tanya. Walau tiada jasad untuk dituntut, tiada ucapan selamat tinggal terakhir..yang pasti mereka tahu, kemungkinannya ada disitu. Mungkin ada yang masih menyimpan harap, masih berpegang pada janji si anak, si bapa atau si ibu yang mengatakan mereka akan pulang..masih berharap mereka-mereka ini masih bernafas dimuka bumi Allah ni. Bukan menolak takdir Allah, namun lebih kepada menenangkan hati sendiri bahawa harapan itu sentiasa ada.
Im still hopping that they still alive and breathing safely. |
Jika benar mereka telah pergi..telah dipanggil menghadap penciptanya, aku pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang maha mengetahui baik buruk setiap sesuatu kejadian. Walau apa pun yang berlaku. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat penumpang dan juga krew yang terlibat.
-Al-FATIHAH-
No comments:
Post a Comment