Assalamualaikum..
Siapa yang tengok final Gegar Vaganza malam tadi? (eh dah lepas pukul doblas..maknanya semalam lah kan). Aku kurang minat pun konsert tu, tengok pun kebetulan je tertengok. Hahaha. Kalau dalam ramai-ramai tu yang aku minat pun Ayai Illusi dengan Rahmad Mega jela. Sebabnya aku ni jenis suka layan rock cintan, lagu-lagu dia orang memang terbaekkk.
Okay back to the main topic, kalau siapa yang tengok mesti tahu apa jadi tadi ye tak? Siapa tak tengok memang rugi. Hairul Azreen lamar Hanis Zalikha secara life depan penonton! Ya Allah sweet je tengok. Dahlah memang minat Hairul Azreen dan asyik fikir bilalah dia orang nak kahwin, dah alang-alang berkemampuan kan kedua-duanya.
Alhamdulillah Hairul ambil langkah berani nak melamar Hanis kat situ. Siap tunjuk lagi video yang Hairul dah dapat approval dari parents Hanis. Nasib baiklah Hanis say 'YES' walau dalam malu-malu pun, kalau Hanis say 'NO'..aku rasa mesti terlopong mulut Hairul kat situ. Malu kot ramai yang tengok. Geram tak sempat nak snap picture cepat-cepat. T_T
Nasiblah boleh tengok balik dekat you tube ni. Hairul siap update status happy dekat instagram dia, status apa dia update? Haaa pergi angkat bontot rajin-rajin tengok kat sana. So sweettt~
Apa-apa pun tahniah in advanced untuk kedua-duanya. Moga perhubungan yang terbina hingga ke jinjang pelamin. Benda baik buat apa nak tunggu-tunggu lagi kan ;p
p/s : Semoga hubungan mereka bukan setakat suam-suam kuku. Jangan diawalnya je bagai nak rak, then sampai satu tahap masing-masing "no comment" je memanjang.
Ya Allah ! Hairul tah laa handsome , Hanis pula cantik, comel . memang minat diorang sgt sgt ! Semoga Allah memberkati hubungan mereka . Amin :)
ReplyDelete