Assalamualaikum..
Amboi tajuk entry kemain lame lagi kan. Dah lah already 2nd January dah pun, baru terhegeh-hegeh nak update cerita tahun baru. Sila booo ramai-ramai ye... *nangis bawah shower*
Bukannya apa, alkisahnya line internet yang sangat slow-mo dan super siput. Celcom ke maxis ke, hatta wifi sekali pun sangatlah lembab tahap dewa kan. Ni baru dapat internet barulah kurang bersawang blog ni. Fuhhh Fuhhh *tiup-tiup*
Okay memandangkan baru second day of 2015, tak terlambat lagi kan nak tanya kau orang, apa AZAM 2015 kau orang semua? Jangan nak jawab nama suami kau azam, lepas tu kau dah memiliki 'azam' tersebut sejak zaman purba kala pulak ye. Ciss. As for me ada 4 lah yang paling besar dan yang paling utama nak kejar untuk 2015 ni. Sebelum ni kurang fokus untuk azam-azam tersebut kecuali yang no satu. Haaa apakah azam-azam itu? Jeng jeng jeng
1) Terus istiqomah dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
2) Menjadi isteri yang solehah dan sentiasa membahagiakan suami.
3) Dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah.
4) Dapat kerja idaman
Hopefully semua yang aku idamkan kat atas tu tercapai. Semoga Allah permudahkan urusan aku didunia dan akhirat kelak, Usia pun makin lama bukan makin muda, nak tunggu esok lusa baru nak sedar diri nak kejar semua ni..takut tak sempat dah. Kalau bab jiwa, memang terlajak muda.,sentiasa uollsss. Hakhak.
Mengantuknya pagi-pagi macamni, sambung tidur pun best ;p
SELAMAT TAHUN BARU EMA.. Smoga segala impian dipermudahan.
ReplyDeleteThanks ye zaza..semoga semua impian kita dipermudahkan dan dimakbulkan :)
Delete