17.2.15

Jom kurus dan sihat dengan Green Tea

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dan SINI dulu!


Rasanya ramai dah kot antara kita yang tahu kebaikan green tea atau teh hijau ni kan. Dan mungkin ramai yang dah biasa pun minum green tea ni betul tak? Almaklumlah sekarang semua orang dah ada kesedaran diri nak amalkan cara hidup sihat. Promosi pasal green tea ni pun bersepah dah dekat sana sini.

Aku pun dah lama tak minum teh hijau ni, so sekarang ni baru hari kedua mengamalkannya balik. Masa belajar dulu, aku amalkan clenx tea. Itu pun ada kawan yang recommend kan dekat aku yang clenx tea ni. Masa tu aku nak bertunang, nak kuruslah katakan. Huhu. Clenx tea ni memang more to detox lah.

Aku ada kenalan yang amalkan clenx tea ni, dia memang dari kembang semangkuk sampai slim dah sekarang, tapi kena maintain lah minum. Tapi kena ingat jugaklah nak kurus, makan pun kena jaga. Elakkan makanan berlemak, makanan bergoreng, makan lebih daripada hadnya. Ni kalau breakfast dah bedal roti canai 2 3 keping, lepas tu pukul sepuluh bedal nasi lemak dua bungkus pulak,lunch nasi beriani mamak pulak lagi..,menu petang dan berikutnya kau fikirlah sendiri..exercise pun malas. Lepastu merungut kenapa badan tak turun.

Sumber : Google
 Kalau aku bila minum Clenx Tea ni memang akan ke toilet je kerja aku. Kalau tak membuang besar-besaran mesti nak buang kecil-kecilan. Masa duduk hostel, menggelabah jugaklah nak ke toilet sebab toiletnya dekat luar bilik. Tambahan pulak time tu memang tengah hot cerita hantu macam-macam version. Budak bilik aku nampak, budak bilik depan pun nampak, budak bilik kiri kanan pun nak jugak nampak..tak ke takut aku. Macam tengah tunggu turn je aku pulak nak nampak kan. Alhamdulillah mata ni masih tebal hijabnya...heheh.

Okay-okay macam biasa memang suka lari topik, now jom sembang pasal green tea balik. Kali ni aku try beli Lipton Green Tea. Bagi aku rasa dia light je lah, lepas tu takde pulak membuatkan aku nak ketandas selalu. Berbanding Clenx tea yang rasanya lebih pahit dan warnanya lebih gelap. Sebab tu memula rendam Lipton Green Tea ni, rasa macam biar betul..cair semacam je, macam tak kaww je.


Tapi lepas minum okaylah aku rasa, adalah jugak rasanya kan. Kalau baru beginner phase, bolehlah kot try yang ni, takdelah nanti kau nak terperanjat kalau terus minum yang pahit sangat. Lepastu terus tutup kamus nak minum Green Tea untuk seumur hidup kan. Angan-angan jelah lepastu nak amalkan gaya hidup sihat.

Aku start minum teh hijau balik ni sebab rasa macam toxic banyak sangat dalam badan kot (style memandai buat assumption sendiri)..sebenarnya bukan apa, kebelakangan ni rajin pulak white head dengan black head ni menyinggah dekat pipi dan dahi. Rimas pulak rasanya. Lepas tu perut selalu kembung, banyak angin dalam badan. Maka aku pun decide nak amalkan balik green tea ni.

Okay kat sini aku share serba sedikit kebaikan Green Tea ni. Nak tahu lebih lanjut pergi google sendiri. Heheh gurau je :p

Kebaikan Green Tea
1. Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.

2. Menurunkan tahap gula dalam darah. Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah. Ini baik bagi pesakit diabetes.
3. Mencegah kanser. Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser. 
4. Membantu mengurangi kadar kolesterol jahat (LDL). Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan mengapa kebiasaan meminum teh hijau berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung.

5. Mencegah osteoporosis. Penyelidik di Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain. 
6. Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun terhadap bakteria dan virus. 
7. Mencegah keracunan makanan. Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. 
8. Membantu mengawal tekan darah tinggi. Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi.
9. Mampu menganjalkan kulit. Ini kerana kandungan antioxidant dalam green tea tersebut adalah tinggi, maka cell dalam badan dapat dilindungi.
10. Membuang toxin dalam badan. Bila kandungan toxin dalam badan berkurang, scara tak langsung mampu mengurangkan masalah jerawat.

Haaa banyakkan kebaikan Green Tea ni, so tunggu apa lagi jomlah jadikannya sebagai amalan harian. Mana tahu kot boleh slim macam model slim world tu, hehe mampu berangan je lah kan. Jangan jadi mascot Michelin dah la ye. Nanti tak pasal pulak suami benci macam dalam cerita di entri INI. Yelah kita ni ikhtiar je, apa-apapun hasilnya boleh tawakkal kepada Allah S.W.T je lah kan.



7 comments:

  1. Alhamdulillah.. zaza pun dah amalkan green tea sb nak langsing dan cantik..ewhh cantik tu xdela hehe. no karbohidrat no gula ! tq sharing ye ema ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik pun bolehla zaza..sebab kalau ema minum ni, jerawat pun malu2 nak singgah..hehe

      Delete
  2. Saya just nak share, saya selalu beli greentea jenama osk, japanese greentea.. Ada jual di 99 speedmart.. Rase die same macam greentea di sushi king.. Bagi saya brand ni baru betul rase greentea, sedap (untuk saya la) dan memang nampak kesan die (selalu ke tandas)

    ReplyDelete
  3. Saya just nak share, saya selalu beli greentea jenama osk, japanese greentea.. Ada jual di 99 speedmart.. Rase die same macam greentea di sushi king.. Bagi saya brand ni baru betul rase greentea, sedap (untuk saya la) dan memang nampak kesan die (selalu ke tandas)

    ReplyDelete
  4. Nak tnye kalau minum clenx tea ni memang selalu ke tandas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Saya first time minum clenx tea hari tu first day memamg perut asyik nak membuang je. Masuk hari ketiga dah okay :)

      Delete
  5. Nak tnye kalau minum clenx tea ni memang selalu ke tandas ke?

    ReplyDelete