12.12.10

TREND nak kawen gadis maghribi..??

Salam..haha...hye all..
Arini saje nak merepek serba sedikit tentang kawen. Bukanlah aku gatal sangat nak kawen ke ape..tapi sangat kelakar bila baca kat metro, lelaki Malaysia tergila2 nak kawen gadis maghribi..ngeh3..pastu part yang paling best pulak adalah.."gadis malaysia merasa terancam dengan perkara tersebut.."...hahaha..mungkinkah..??



Bagi aku tidaklah kowt..huhu.. Memangla mereka ini cantik, tp cantik saje xmenjanjikan kebahagiaan...tapi terpulanglahkan...bukannya ape itukan terpulang pada pendapat dan penerimaan masing2.. Tapi statement yang paling best..gadis maghribi ni dikatakan boleh didapati dengan harga serendah RM14k...hik3..dah macam barang pulak aku tengok..dan didatangi dalam pakej (cantik + berkulit gebu + subur + belum tercemar)...haha..statement yg best and giler kentang...

Mana x nya, gadis tempatan ni pulak..letak hantaran saje dah RM15k..belum campur sumer perbelanjaan lagi...ish3..so sape yang rase terancam tu, sila2 la turunkan harga hantaran korang ea ataupun bagi la diskaun ckit..takut calon suami korang tu beralih arah lak pada gadis maghribi..baru la nanti gigit jari..haha..xpun silalah menggebukan diri anda...ahaks..
(Pasni pasti gadis tempatan akan buat sales @ diskaun mati2an kan..hahaha..)

7.12.10

Soal Hati (?)

Whoaa...lamanya lah aku x update blog ni rasanya..nak kata busy sgt xdela..cuma asyik keluar @ dalam erti kata lainnya 'merewang' xtentu hala..mungkin lepaskan gian sebab masa kat pahang tu banyak melepak kat hostel je kan...so skarang kan tengah cuti..JADI KITA ENJOYY...!!!..ahaks..

Dalam masa cuti ni xde benda len yang boleh dibuat pun, kalau x merewang..confirm2 aku duduk umah makan tidur..makan tidur...nak jadi ular sawa kowt..huhu..gumoxxx la nanti..(0oops..mintak simpang la)..huhu..

Okay2..aku citer balik pasal title yang aku tulis kat atas ni..kalau diri korang sendiri la kan..korang prefer yang mana..?? Seseorang yang pandai ambil hati @ seseorang yang pandai menjaga hati..? Memang la bagus kalau leh dapat dua2..tapi andailah kita terpaksa untuk membuat pilihan..pasti sukar kan.

Tiba2 aku teringat tentang nasihat seseorang kat aku..dia cakap lebih kurang camni la..

"Bila kita ingin mencari seorang teman, sahabat ataupun teman hidup..kita xboleh menilai mereka melalui KESEMPURNAAN DIMATA DUNIA, tapi kita patut menilai mereka dari segi KESEMPURNAANNYA DIHATI KITA SENDIRI..sebab xde sape pun yang sempurna kat dunia ni..jadi xsalah kalau kita anggap ketidaksempurnaan itu merupakan satu anugerah terhadap insan tersebut dan juga terhadap diri kita sendiri..kerana kita berpeluang untuk mengenali apa itu kelemahan pada diri setiap manusia, dan kita juga berpeluang untuk berusaha mengubah kelemahan itu kepada kekuatan..lalu kita akan akan mampu bangun dari kekalahan dan mampu belajar untuk menghargai setiap kemenangan.. Indah dimata dunia, belum tentu indah dimata kita..begitu juga sebaliknya.. Jadi mengapa perlu kita bermegah2 mempertahankan perasaan keegoan kita bahawa dengan keindahan dan kesempurnaan dimata dunia itu mampu membuat kita bahagia..sedangkan hati kita merana..?? "

Masa mula2 dia cakap kat aku dulu, aku xfaham sgt..tapi fikir2 balik betul jugak..orang skarang suka sangat menilai seseorang dengan mudah..dengan memandang luaran dan keindahan fizikal semata2. Sedangkan bila kita sendiri mendekati mereka..belum tentu hati budi mereka seindah itu..kan..?? So biarlah orang kata teman kita tu xcantik, tapi dia tetap cantik dimata hati kita atau.....biarlah teman kita tu xhensem dimata orang lain, tapi dia kekal hensem dan sempurna dimata kita dengan caranya yang tersendiri..bukan terikut2 dengan cara orang lain...sebab keindahan fizikal yang kita tengok dengan mata tu xkan kekal lama, ianya akan pudar jugak..tapi keindahan yang ada dekat dalam hati tu akan bertahan hingga akhir hayat kalau kita tahu untuk memelihara dan menghargainya..

Jadi hati tu pelik kan..? Bila bercerita tentang soal hati ni, macam2 perkara yang kita xboleh nak duga..sebabbbbb..........

"RAMBUT SAMA HITAM, HATI SIAPA YANG TAHU.."
*so sape yang rambut dia xhitam, camna pulak ea..huhu...*