29.3.14

Wedding series: Checklist persiapan kahwin oii.. (Edisi satu)

Assalamualaikum..

Lagi empat bulan je ni majlis kahwin aku nak berlangsung, tapi macam 70% lagi benda yang tak setel lagi (nangis bawah shower..hukhuk).. Selagi tak buat checklist memang takkan perasan yang sebenarnya aku dah tak cukup masa. Itulah semua benda nak cakap..nantilah nanti..awal lagi.. Ni lah padahnya tak nak dengar cakap mak. T_T

Aku harap korang semua jangan tiru macam aku okay. Idea nak kahwin tu memang bunyi macam best, tapi boleh pecah kepala tau kalau tak manage betul-betul. So baru hari ini waktu ini saat ini lah aku baru nak buat final checklist untuk hari bersejarah itu nanti..ecewahh.. 

Dibawah adalah senarainya..acah-acah chef nak turunkan ilmu resepi didada..gituuu. Padahal masak memasak pun masih suam-suam kuku. Nasiblah Mr.FH dapat wife macam gini nanti.

Tarikh:
  • Nikah                   =  1 August 2014
  • Majlis resepsi        =  2 August 2014
  • Majlis bertandang  =  3 August 2014 (senang ambil 1 2 3..huhu)

Tempat:
  • Nikah                     =  Masjid @ rumah (belum decide lagi)
  • Majlis resepsi         =  Rumah pengantin perempuan
  • Majlis bertandang   =  Dewan berhampiran rumah pengantin lelaki

 Masa:
  • Nikah                     =  Pukul 4.30 petang - 5.30 petang (lepas asar..)
  • Majlis resepsi         =  Pukul 11.30 pagi - 4.00 petang
  • Majlis bertandang   =  Pukul 12.00 tghari - 4.00 petang

Tema:
  • Nikah                     =  Dusty pink @ mint green
  • Majlis resepsi         =  Green turquoise (pengantin) & pink (family)
  • Majlis bertandang   =  Biru purple @ royal yellow (pengantin) & untuk family belum decide lagi

Prosedur dan dokumen penting:
  • Kursus kahwin  Done
  • HIV test
  • Borang nikah
  • Borang tok kadi
  • Borang lain 
  • Tempahan kad kahwin

Urusan penting lain;
Urusan penting untuk majlis nikah:
  • Tempat nikah Pending
  • Busana nikah L+P Pending
  • MUA  Done
  • Katering Done
  • Photographer  Done

Urusan penting untuk majlis resepsi:
  • Pelamin   Done
  • Hiasan meja makan pengantin  Done
  • Busana pengantin L+P  Done
  • MUA  Done
  • Katering  Done
  • Kanopi  Done
  • Doorgift
  • Tetamu jemputan
  • Photographer  Done
  • Hiasan hantaran (kakak buatkan)  Pending
  • Bunga pahar (beli saja)

Urusan penting untuk majlis bertandang (selain yang diuruskan family Mr.FH):
  • Pelamin Pending
  • Busana pengantin L+P  Done
  • MUA  Done
  • Photographer  Pending


Idea hantaran 7 berbalas 9 ;
Dari perempuan untuk lelaki:
  1. Bag + wallet + belt
  2. Kasut
  3. Jam
  4. Senaskah Al-quran berserta tajwid
  5. Perfume 
  6. Kemeja + seluar
  7. Coklat
  8. Buah-buahan
  9. Cincin

Dari lelaki untuk perempuan:
  1. Handbag + purse
  2. Jam
  3. Senaskah Al-Quran berserta tafsir
  4. Perfume 
  5. Set telekung + sejadah
  6. Buah-buahan / coklat / kek
  7. Rantai tangan + mas kahwin
Ni je lah yang boleh keluarkan untuk kali ni. Nantilah update yang lain bila rajin. Boleh tahan pening kepala ni bila fikir. Till later okay..bye.






Chillex bersama KitKat

Assalamualaikum..

Halo..tajuk macam nak promote coklat kitkat tu kan. Tapi sebenarnya nak mengomel sikit pasal kitkat ni. Balik kelas semalam punyalah penat, aku pun singgahlah kedai runcit sebab nak beli air, so masa nak bayar dekat kaunter aku nampaklah coklat kitkat ni. Terus ambil dua yang size kecik-kecik tu. Mood diet kan..mana boleh pulun yang besar.

Ini semua dusta okay :'( (sumber dari encik google)
Pastu dengan semangatnya on the way nak balik rumah tu aku makanlah satu. Adalah terasa semacam hampanya sebab kitkat aku tu adalah coklat semata. Korang paham tak kitkat aku tu takde wafer kat dalam. Patutlah lembik semacam je. Apalah erti kitkat tanpa wafer didalamnya kan. Baiklah aku beli cadbury camtu..sangat ergghhh tau. Sampai aku terfikir kitkat ada produk baru ke tanpa wafer didalam. Tiga empat kali jugaklah aku baca dia punya wrap tu punya tak percaya. Walaupun kecik punya hal..tapi mana adil okay. T_T

Tak tahulah nasib malang apa aku yang terkena..sabo je lah. Nasib harini bukak yang lagi satu ada wafer, rasa gembira kembali. Kalau tak harini pasti akan mengamuk disini..huhu. K nak bagitahu itu saje untuk kali ni. Salam hari minggu kepada semua. Xoxo :p

26.3.14

Study: Final Year Project yang merapu

Assalamulaikum..

Uwaaaa..penatnya. Entah macamana untuk project semester akhir ni aku pergi pilih bidang environment. Last masuk lab tu adalah tiga tahun lepas, memang tak ingatlah kan segala prosedur dia. Tapi main belasah jugak buat. Haa dapatlah kejadian pelik-pelik. Patut simpan sana..aku simpan sini. Patut tambah itu..aku tambah ini. Concept nya bedal lah labu..camtulah kalau datang perasaan malas nak bertanya.

Dahlah bereksperimen dengan dye merah..kalau salah buat dah tahu siapa.
Tapi last-last aku tanya jugaklah ada student chinese yang jugak buat final year project dekat situ, sebab dia nampak macam dasyat je. Rupanya banyak jugak yang mengarut aku buat. Buat pulak berdua dengan bff feberet aku si ainajuani tu, samalah nganga jugak cam aku. Kalau salah buat, akhirnya gelak sampai terduduk atas lantai, hampir tahap berguling jugaklah. Nasib tak boom kebabow aku punya lab. Nasiblah nanti bersanding muka rentung..haha. 

So moral of the story kali ni janganlah malu bertanya kalau kita tak tahu sesuatu benda tu. Kalau tak kan dah sia-sia je kena buat semua benda 2 3 kali. Sendiri jugak yang penat. Huhu..hari ni dah belajar dari pengalaman sendiri. Semester terakhir untuk berusaha. Doakan ye.. :')

25.3.14

Hopping for miracles..MH370

Assalamualaikum..

Hari ni dunia dikejutkan dengan pengesahan tentang pesawat MH370 yang dikatakan terhempas kedalam lautan hindi. Ianya dikatakan telah disahkan terhempas dan disampaikan oleh PM kita sendiri. Dikatakan juga tiada seorang pun yang terselamat dari nahas tersebut..Allahurabbi.. Bila dengar berita ni, tak tahu perasaan apa yang nak aku luahkan. Sedih tu memang, tapi dalam masa yang sama ada sedikit perasaan lega hadir dalam diri dan juga ada perasaan yang seolah-olah masih berharap.

Yup..miracles do happen. In shaa Allah.
Sedih..andai keluarga aku yang terlibat, tak pasti macamana aku nak hadapi kenyataan pahit ni. Siapa sangka hari terakhir melihat mereka dilapangan terbang sebelum menaiki pesawat tersebut merupakan hari terakhir untuk bersama mereka..yang terakhir untuk selamanya. Siapa sangka kan?

Namun kini penantian keluarga mereka telah berakhir, walaupun pengakhiran ini pahit..perit..dan payah untuk ditelan, sekurang-sekurangnya mereka tahu apa yang terjadi. Tidak terus meletakkan diri didalam tanda tanya. Walau tiada jasad untuk dituntut, tiada ucapan selamat tinggal terakhir..yang pasti mereka tahu, kemungkinannya ada disitu. Mungkin ada yang masih menyimpan harap, masih berpegang pada janji si anak, si bapa atau si ibu yang mengatakan mereka akan pulang..masih berharap mereka-mereka ini masih bernafas dimuka bumi Allah ni. Bukan menolak takdir Allah, namun lebih kepada menenangkan hati sendiri bahawa harapan itu sentiasa ada.

Im still hopping that they still alive and breathing safely. 
Jika benar mereka telah pergi..telah dipanggil menghadap penciptanya, aku pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang maha mengetahui baik buruk setiap sesuatu kejadian. Walau apa pun yang berlaku. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat penumpang dan juga krew yang terlibat.

-Al-FATIHAH-

21.3.14

Demam urat..apa tu?

Assalamualaikum..

Mungkin ada yang tak pernah dengar apa tu demam urat? Takkan urat pun boleh demam ye tak? Tapi tulah, kalau aku tak mengalaminya sendiri aku pun takkan tau apa tu demam urat. Sebenarnya ni dah kali kedua aku kena demam urat ni? First kena demam ni masa bulan puasa last year. Sempatlah ponteng puasa lima hari sebab badan terlalu panas dan tak boleh bergerak sebab terlalu sakit. Sumpah sakit kalau kena demam ni..memang sakit tahap boleh nangis punya. Rasa macam satu badan berdenyut-denyut sampai tak boleh nak beralih tempat tidur.

Tengah aku menaip ni, sebenarnya ni dah hari ketiga aku kena demam ni. Baru malam ni boleh bangun dan roomate aku belikan aku nasi..dan baru ada selera nak jamah sikit. Kalau tidak tiga hari tak masuk apa-apa dalam perut ni. Mana tak nya, asal makan je muntah..minum pun muntah jugak.Teringat pulak kena demam ni kat rumah last year, mak ada tolong jagakan. Now dah kena dekat rumah sewa, rasa nak menangis je rindukan mak.. :'(

Aku pun tak pasti apa punca demam urat ni. Aku adalah bertanya dengan encik google punca demam urat ni, so ni lah hasilnya yang aku dapat:-
  • tak biasa bersukan atau sekali-sekala bersukan
  • suka makan-makanan yang sejuk menyebabkan mudah kekejangan otot
  • stress di tempat kerja sebab terlalu sejuk dan kerja yang banyak
  • urat membengkak perjalanan darah tak jalan ikut saluran yang betul sebab dalam tubuh kita ada bermacam jenis urat
Tapi untuk kes aku ni tak pastilah kenapa. Maybe last year kena sebab sakan sangat buat kuih raya kot. Yelah kalau dah start mengadap kuih raya tu memanglah makan masa berjam-jam lamanya. Yang kali ni pulak mungkin gigih sangat nak kurus bersenam buat crunch and sit-up bagai. Tak pun petang sebelum kena tu aku semangat sangat melepak dekat teluk cempedak tu. Siap terkinja-kinja berlari sana sini cari ketam. (Haa amiklah balasannya..(kata ketam tu).. Orang tua-tua pun ada jugak cakap mungkin tak tahan kena angin pantai. Almaklumlah dah lama tak melepak dekat situ. 

.
.
.
.
.
Apa-apa pun..semoga esok badan aku lebih sihat dan boleh pergi kelas macam biasa. Amin :)



15.3.14

Kenduri kahwin..

Assalamualaikum..

Hai..sebelum aku nak bercerita panjang, jom kita semua doakan semoga penumpang dan krew yang terlibat dengan kes kehilangan kapal terbang MH370 agar Allah SWT lindungi diorang semua dari sebarang mala petaka dan agar diorang dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing. Maklumlah terlalu banyak spekulasi sekarang ni kan. So apa yang terjadi pada mereka ni..Wallahu'alam bissawab. Kita doakan jelah yang baik-baik.

Okay berbalik pada tajuk entri aku diatas. Last month aku dan Mr.FH pergilah majlis kahwin kawan. Majlis perkahwinan Hizal & Linda. Punyalah gigih tau sebab sanggup pergi dua-dua belah pihak which is satu dekat Penang dan satu lagi dekat Ampang, tapi disebabkan kedua-duanya pun adalah kawan kami berdua so digagahkan jugaklah. Tambahan pengantin lelaki adalah kawan baik Mr.FH ni. Kitorang berempat ni actually kawan sekelas masa belajar dekat PUO dulu..so tu yang macam wajib kena pergi.

Majlis belah Penang (belah perempuan) yang berlangsung pada 15 Feb 2014, hanya aku dan Mr.FH je yang wakil dari PUO, yang lain semua nak pergi belah lelaki maklumlah ramai yang kerja area KL kan. So tercongoklah kami berdua dekat situ tanpa kenalan lain..haha agak blur jugaklah time tu sebab sampai awal. Nak tunggu pengantin sampai dekat sejam jugak, so layanlah perut yang sememangnya sangat lapar time tu. Kat sana sempatlah snap beberapa gambar.

Cantik dan hensem tau kedua-dua pengantin ni. Jelessss tau.



Then  the next weekend, pergi pulak majlis belah lelaki di Ampang. Sebenarnya aku dah balik kuantan, tapi sanggup turun KL..sebab boleh jumpa Mr.FH..hehe.. Yang dekat sini lebih havoc sebabnya hampir satu kelas member-member PUO datang so dah macam reunion pulak dekat situ. Maka huru-haralah majlis kawan aku tu. Mr.FH pun satu, dah jumpa member mulalah terbabas perangai gila-gila dia tu. Papepun memang bestlah dapat jumpa diorang semua. 

Nampak tak kesengalan Mr.FH aku kat belakang tu..



Tunang siapalah yang suka interframe tu..ish ish ishhh..

Tengok majlis orang, aku pulak rasa excited. Tinggal 4 bulan je lagi aku nak prepare untuk majlis sendiri pulak. Tapi tulah banyak lagi yang tak setel sebenarnya. Banyak benda yang aku nak DIY tapi macam tak sempat sebab aku sekarang dah last sem, so banyak betul project nak kena handle plus dengan final year project punya lab dan thesis. Nak berulang alik dari Kuantan ke Ipoh pun satu hal jugak. Family dah push itu ini, tapi bila call Mr.FH..dia mesti cakap..relaksss.. Harapnya semua berjalan lancarlah nanti..Amin~