20.2.14

Jom kurus bersama Diet Atkins

Assalamulaikum

Hallooo everybody. Harini nak sembang benda serius sikit. Okay meh dekat sikit. Berdasarkan tajuk entri aku kali ni, mestilah nak update pasal diet kan. Atkins? Apa atkins tu? Okay meh nak cerita sikit asal-usulnya diet atkins ni. Sebenarnya diet atkins ni merupakan sejenis diet atau senang kata cara permakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins. 

Target utama diet atkins ni adalah untuk kurus (haruslahkan..) dengan menyingkir lemak dan memaksa tubuh badan kita membakar lemak dan karbohidrat yang terkumpul dalam badan. Tapi untuk sampai ketahap pembakaran karbohidrat ni, kita perlu untuk mengikut segala pantang larang dalam diet atkins. Antara pantang larang paling besar sekali kita kena mengehadkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian kita contohnya seperti nasi, mee, kentang, gula dan juga sebarang makanan berasaskan tepung.

Terdapat 4 fasa dalam diet atkins ni:
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
Sebenarnya aku pun masih dalam fasa pertama lagi, masih dalam fasa induction. So tak nak lah nak sembang kencang sangat. Alhamdulillah dalam masa seminggu amalkan diet atkins ni, lebih kurang 4kg jugaklah hilang. sebelum ni berat aku hampir 60kg tapi sekarang 55kg je. Almaklumlah nak slim atas pelamin katanya kan. Hehe. Target aku nak dapatkan berat 50kg masa wedding aku nanti, In shaa Allah.

Nak cerita banyak-banyak pun susah jugak kat sini sebab diet ni bukan sebarang diet, perlukan ilmu jugak. Kita tak boleh nak diet membabibuta je. Nanti sakit payah pulakkan. So bagi yang berminat aku sarankan korang join group KELAB DIET ATKINS ni dekat facebook. Dekat sana lebih ramai otai-otai yang akan buatkan korang excited tengok testimoni diorang dan korang boleh dapat lebih banyak info tentang atkins ni. Contohnya info tentang makanan yang diharamkan dalam atkins dan menu-menu sesuai ketika ber'atkins'.

Okay peeps. Selamat diet. :)

10.2.14

Wedding series: Persiapan Kahwin?


Assalamualaikum.

Ni minggu terakhir nak bersenang-lenang dekat rumah. Minggu depan dah start kuliah. Malas betul nak balik ke Pahang ni. Tahulah perjalanan Perak ke Pahang sememangnya jauh (belum oversea lagi..kecoh haha). Result exams pun dah keluar last week. Hasilnya alhamdulillah semua masih dalam kawalan..hakhak. Kalau dah balik ke Pahang, pastilah rindu dengan masakan mak aku nanti. :'(

Sebelum balik kampus ni banyak benda yang aku dah setel dan survey-sucey untuk barang kahwin. Barang hantaran pun dah mula beli sikit-sikit disebabkan sales masa CNY aritu kan. Mesti kekorang kata kecoh nak beli awal padahal majlis lambat lagikan. Tapi aku ni belajarnya di Kuantan, haruslah jarang balik. Kat kuantan tu pulak satu-satunya mall yang boleh cari barang hantaran adalah kat ECM tu, tapi tula selalunya tak banyak choice kat sana (orang Kuantan jangan marah aaa..). Kalau beli dekat Perak mestilah dipantau ketat oleh Mr.FH supaya aku tidak boros (erkk).. So yang paling best mari bershopping di KL sana..haha

So antara perkara-perkara penting yang aku dah buat (booked) dalam persiapan kahwin ni adalah:
  1. Kursus kahwin
  2. Pelamin
  3. Busana pengantin (nikah, bersanding & bertandang)
  4. Make up (nikah, bersanding & bertandang)
  5. Dekorasi meja makan pengantin bersama khemah makan tetamu
  6. Beberapa barang hantaran untuk aku dan Mr.FH (bag, kasut, perfumes, etc.)
  7. Beberapa pasang kain ela untuk family members
Masa memula nak book pelamin ni aku rasa macam awal lagi, tapi bila pergi sana untuk tarikh yang dekat-dekat dengan aku ni ada lah 2 3 pasangan dah book lagi awal. So takdelah rasa segan sangat. Takut jugak akak bridal boutique tu kata aku ni dah tak menyempat..gitu. 

Dulang hantaran kakak aku janji nak buatkan, rasa macam nak guna fresh flowers tapi belum survey lagi kedai-kedai area ipoh ni. Kalau yang artificial flowers aku dah survey dekat bandar baru sri iskandar tu. Aku bercadang nak DIY je doorgift, so barang-barang dia aku dah survey jugak kat situ jauh lebih murah berbanding tempat lain. So yang checklist tu belum finalize lagi. Dah dekat nanti baru finalizekan.
.
.
.
.
Okay nanti update lagi ye. :D

9.2.14

Wedding series: Jom Kursus Kahwin!

Assalamualaikum..

Hai hai hai.. Last update blog ni last year..hakhak.. Beria cakap nak bertunang kan haritu. Alhamdulillah plan bertunang tersebut diteruskan dan berjalan lancar pada 17 August 2013. So dah lebih kurang 6 bulan lah bergelar tunangan pada Mr.FH. Dah dekat setengah setahun bertunang baru nak update. Buat majlis pun simple-simple je almaklumlah belum makan gaji lagi. Disebabkan masa bertunang tu dah bincang nak ikat setahun.. maksudnya majlis kahwin aku akan dijalankan syawal jugaklah (In shaa Allah).. so 6 bulan pertama haruslah buat relax kan. Maklumlah student kan..ececehhh alasan. Sekarang ni boleh dikatakan dah masuk 6 bulan yang kedua, so dah start gelabahlah nak prepare macam-macam. 

Perkara pertama yang aku buat dulu adalah blog-walking sana sini tengok idea majlis kahwin orang lain. Daripada dekat mana nak tempah kad, nak tempah pelamin baju dan macam-macam lagi termasuklah doorgift. Almaklumlah student lagi kena berjimat cermat. Kesian Mr.FH nak tanggung memacam. 

Dah dua perenggan ku merepek, sekarang nak berbalik pada tajuk diatas..hehe. So kepada bride to be tu, ini adalah langkah pertama yang penting untuk kahwin. Jangan pulak kau buat pasal prepare memacam untuk majlis kira nak havoc sana sini tapi kursus kahwin kau buat lupa..alamatnya gulung tikarlah pelamin kauorang nanti. :D

Sebenarnya aku dah pergi kursus kahwin ni 3 minggu lepas lagi. Bru sekarang nak bercerita sebab tengah rajin nak berblog balik. Kursus kahwin ni aku ambik dekat Hasani management cawangan Ipoh. Hasani Management ni ada banyak cawangan sebenarnya sekitar Kedah dan Perak..nak tahu lebih lanjut boleh klik sini. Mr.FH yang book kursus kahwin dekat sini, dia just mintak no ic aku dan tak bagitahu kenapa. Rupa-rupanya dia nak book kursus kahwin ala-ala surprise kot..LOL :p

Modul yang telah di'standardize'kan oleh jakim plus resit pembayaran.
Ni hah bangunannya..
Hasani Management cawangan Ipoh ni bertempat dekat-dekat dengan bustop ipoh @ medan kid (tak pasti betul ke tak ejaan ni..huhu). Tapi ianya terletak seberang jalan berhadapan dengan bustop tu. Kiranya kena masuk dekat restoran daun pisang tu then belok kiri. Korang pusing-pusing for sure boleh nampak bangunan tu.

Kursus kahwin ni akan ambil masa dua hari iaitu sabtu dan ahad dari pukul 8.30 pagi - 5.00 petang. So pepandailah korang cari masa lapang lagipun kan week day, senanglah kerja. Kira okaylah kursus kahwin kat sini sebab penceramah a.k.a ustaz kat sana sempoi-sempoi baq hang. Bagi aku lah..tak mengantuk sebab asyik gelak je sepanjang dua hari berkursus tu. Last day tu dia akan bagi kita jawab test. Mudah je In shaa Allah.
.
.
.
.
.
So after dua hari..inilah penghujungnya..YES! hikhik..


Panjang pulak entry kali ni..nanti aku update preparation lain pulak! :)