1.7.15

Promosi Hawa Instant

Assalamualaikum..

Dah beli tudung raya ke kesayangan semua dekat sini? Kalau belum jom jamu mata tengok SINI, kot ada yang terbekenan ke kan.

Yang pastinya dengan harga hanya RM39, shawl ni bakal memenuhi citarasa dan gaya anda kerana:

-Tidak perlu di iron
-Tidak perlu menggunakan pin
-Sangat mudah dipakai
-Labuh, memenuhi syariat dan solat ready


Tengoklah iolls kat atas ni, elok je encik asbeng kata nak pergi servis kereta, laju je cakap nak ikut sebab tahu boleh bersiap dengan cepat. Tak payah nak tunggu aku kelam kabut menggosok lah, nak lilit-lilit adjust labuh lah..lepastu kadang muka pulak tak jadi terkelepek sana sini.

Dah ada Instant Hawa ni, terus je sarung..zapzupzas 5 saat je dah siap. So kalau ada keberanian nak mencuba, janganlah segan-segan untuk whatsapp ye!!

Whatsapp je... :)
0192633464


24.6.15

Jom Shopping Hawa Instant Shawl!

Assalamualaikum..

Hai dearies! Jom beli instant shawl dekat Ellma Hijab. Dijamin puas hati dan mudah digayakan. 

 --Dengan size seperti wide shawl yang pastinya lebih labuh dan menutup aurat -
--Tidak perlu menggunakan pin-
--Dan pastinya sangat mudah digayakan-
--Tidak perlu digosok-
--Terdapat 12 pilihan warna-

ACTUAL PRICE : RM49 each (exclude postage)
PROMO PRICE: RM 39 each (exclude postage)
MATERIAL : LYCRA
MEASUREMENT : 2.0mx0.7m


HOW TO PLACE ORDER:
Whatsapp / Telegram
0192633464






Nak tengok lebih lanjut jomlah ke page Ellma Hijab ^_^


23.6.15

Jom Shopping Raya!

Assalamualaikum..

Hai kesayanganku semua! Dah shopping raya ke? Meh beli shawl dekat aku meh. Baru nak berjinak-jinak berkecimpung dalam bidang perniagaan ni. Baru tu maksudnya harini lah. Huahua. So mehla cuci-cuci mata tengok koleksi jubah dan instant shawl yang ioll jual.

Jom tengok SINI tau.




Antara koleksi yang anda boleh tengok dekat sana. Jemputlah like ye page tersebut ;p

InshaaAllah akan update handsocks murah-murah dalam masa terdekat ni. Thanks singgah baca. Mmuahh ;*

11.5.15

Jodoh Dan Kita

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas berpeluang mendengar keluhan hati seorang sahabat tentang betapa beratnya dugaan yang dia hadapi untuk mendapatkan jodoh. Kerana faktor umur yang makin laju bergerak dah hampir meninggalkan zaman 20-an.

Memang aku faham situasi tu. Aku sendiri berkahwin ketika umur aku 27 tahun. Sebelum nak sampai ketahap itu, rasa bebal dan sebal dah hati dan telinga ni menadah setiap pertanyaaan.

"Bila nak kahwin?"

"Ehh taknak kahwin ke?" atau....

"Tak teringin ke nak kahwin?" atau..soalan yang paling cepumas sekali, soalan berbaur perbandingan daripada ibu rakan2 lain.

"Eh shima ni bila nak kahwin,  anak sipolan dah nak masuk 2 orang dah, shima bila lagi?"

Sehingga setiap kali musim perayaan aku rasa macam malasnya nak berkunjung kerumah sesiapa. Kalau manusia biasa yang normal, siapalah tak teringin nak kahwin. Macam dugaan aku sendiri, banyak habiskan masa dengan belajar. Sesetengah orang lain pulak memang jodohnya belum sampai. Dugaan dan ujian Allah untuk tiap insan tu tak sama. Tak perlu kot aku rasa nak pertikaikan.

Ketika ini aku bersyukur sudah bersuami, sudah tidak perlu memikirkan soal jodoh. Namun mulut manusia, hati manusia tidak pernah puas. Bila dah berkahwin, soalan lain pulak timbul.

"Bila nak ada anak?"

"Tak teringin ke nak ada anak?"

Dan yang paling terbaik bila dikurniakan anak..rapat-rapat pulak. Mesti ada mulut-mulut akan bertanya pulak. "Rapatnya anak, tak merancang ke?"

Allahuakbar..tak terfikir ke setiap kali soalan tu diajukan, apa yang dirasakan oleh insan yang terpaksa menjawab soalan seperti itu. Mungkin aku yang usia perkahwinan belum menjejak umur setahun, kadang terkesan dengan soalan seperti itu..apa agaknya perasaan orang yang telah berkahwin 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Kepada yang si penanya..berfikirlah sebelum bertanya, luangkan sedikit masa untuk letakkan diri anda ditempat mereka. Cuba selam dan faham kedukaan mereka. Takde siapa yang mahu diuji seperti itu. Sekali lagi..tak perlu kot nak pertikaikan urusan Allah S.W.T.

Asalnya soal jodoh, jauh pulak aku topik aku tersasar. Tapi memang ianya semua berkaitan. Sebut soal jodoh..takkan boleh lari daripada soal rezeki dan takdir Allah. Semua tu berada pada paksi yang sama, tidak berpusing jauh..


Soal jodoh..kita sambung ke persepsi jodoh 2. 

Selamat Pagi Isnin

Assalamualaikum..

Hai. Dah lama tak sapu sawang dekat blog ni. Berhabuk habis dah. hehe. Siapa yang tengah bekerja tu, selamat bekerja aku ucapkan. Tapi jangan duk asyik sangat dengan blog kau orang tu ye. Usha sikit sekeliling. Tah tah bos kau ada blakang tu tengah perhati. Sakan online nampak??

Tu untuk yang bekerja, untuk surirumah pulak..selamat melakukan kerja rumah bagi yang rajin dan selamat tidur bagi yang malas (spesis aku la tu).

Dulu zaman belajar, asal isnin je rasa macam..why isnin? whyy.. Puncanya tak habis lagi mood bercuti sabtu ahad tu terbawak sampai isnin. Bila dah bekerja ni, alhamdulillah rasa okay rasa cergas sebab dah puas rehat masa weekend kan. Kononn


So jangan membenci hari isnin okay. Jom sama sama menambah pahala :)





17.4.15

Tidak ada tajuk..


Assalamualaikum..

Sempena tengahari yang maha mengantuk ni, so tiba-tiba teringin nak update blog. Lepas dah bukak bahagian 'write new entry' ni..terus terdiam sambil sepi memandang laptop. 

"eh..aku nak tulis pasal apa ni?" blurrrr..

Otak ni dah asyik fikir pasal office dan site je, dah loading nak fikir pasal benda lain. Nak cerita pasal kerja aku, nanti syok sendiri pulak. Yelah..pasal kerja? Tengah jaga indon kat site..siapalah yang nak tahu. Projek pun baru nak stabil setelah macam-macam problem, Haa mai kaih pakat beli rumah dekat Gerik ni..huhu

Okay try sembang pasal GST? Eh yang tu pun orang dah muak dengar..takkan nak cerita pasal itu lagi tak habis-habis. Rungutan rakyat picisan macam kita ni bukan ada orang ambil peduli pun kan. Daripada everyday duk fikir pasal GST, banyak mana yang kita dah melabur untuk GST ni, maki hamun pasal GST..baiklah aku redha je. Berbelanja sekadar yang termampu.

Menteri feberet rakyat Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ahmad Maslan kesayangan kita tu dah usulkan macam-macam untuk rakyat dia. Suruh kita bercucuk tanam, memasak sendiri dan yang terbaru kena berbasikal pulak nak pergi kerja. Huhu. Tak tahu nak react macamana bila part berbasikal tu. Cuba set depa yang try naik basikal dekat putrajaya tu dulu, maybelah ada rakyat nak ikut.

Cakap pasal politik ni memang boleh emo aku dibuatnya. Bukan sebab aku bencikan mana-mana parti..cuma aku tak suka dengan cara mereka yang menindas rakyat sendiri.

Eh dahlah buang masa cakap pasal benda tu..lupa pulak nak ucap Salam Jumaat semua! ;p



10.4.15

Bestnya dah bekerja..eh betul ke best?

Assalamualaikum..

Dah berbulan-bulan rasanya tak update blog ni. Bukan apa, sibuk sana sini job hunting. Dah setengah tahun mereput dekat rumah, maka perlulah lebih aggressive sikit kan nak secure kerja. 

So dah interview sana sini dapatlah kerja dalam Gerik ni jugak. Office pulak 2 minit je dari rumah. Alhamdulillah. Sebab kalau boleh taknaklah kena berjauhan dengan asbeng kan. Isteri mithali katanyeee..

Yang penting kerja ni berkaitan kos yang aku belajar, taknaklah kerja merapu-rapu sebab membazir je aku belajar sampai jadi tua cenggini. kehkehkeh. Sia-sia zaman remaja iolls dengan buku-buku tu semua kalau tak diaplikasikan sepenuhnya. Hiks,

Berbalik tajuk diatas, eh betul ke best kerja ni? Hahah actually payah aku nak jawab soalan aku sendiri. Sebabnya masa duduk rumah jadi suri rumah, boleh manage time sendiri..dan yang paling bestnya boleh syok sendiri..hukhuk. Kerja dah settle bolehla berguling depan tv.

Now dah bekerja kenalah follow time yang ditetapkan dan sebagainya. Kena pandai bahagi masa antara rumahtangga, suami dan kerja. Haa tak ke pening tu. Kalau wife yang dah lama bekerja tu..mesti baca blog ni sambil monolog dalam hati, 

"ek eleh dia ni orang dah kerja lama dah kot, relax je..saje nak kekecoh kan.."

Uwaa sentap ah cenggini..sorrylah ye..saya insan yang lemah dan baru setahun jagung dalam pembahagian masa antara kerja dan rumahtangga. Kadang manusia tak bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Yang duduk rumah dapat peluang pelihara sendiri anak, jeles tengok orang lain bekerja ada duit sendiri. Yang dah bekerja jeles pulak tengok orang yang duduk rumah boleh didik anak sendiri. Serba macam-macam manusia sekarang ni kan.

Satu lagi kes, kadang isteri dah bekerja..dapat pulak suami yang penyakit 'M' nya sangat ketara. Apa M tu? Apa lagi kalau bukan malas. Kesian isteri kadang balik kerja baju pun tak sempat tukar terus kedapur nak masak, mana dengan anak-anak yang merengek..yang si suami tu boleh pulak boleh buat dek je tengok tv. Tak kesian ke dekat isteri awak tu kan. Tak tolong semua, tolong sikit-sikit mana yang mampu pun dah okay rasanya. Haa..meh nak selit sikit.


Alhamdulillah asbeng dah makin rajin sekarang ni. Tolong buat kerja rumah mana yang aku tak sempat settle sebelum pergi kerja.Dan yang paling best dia dah belajar masak..sedap pulak tu. Ohh heaven..sayang awak encik asbeng. Lelaki ni bila dah takde option, semua benda boleh je nak buat. Kalau ada option untuk bini yang buat..memang susahlah dia nak offer diri.

Ehh dah lama tak membebel..panjang pulak sekali luah. Hehhe suka syok sendiri katanya.


Salam Jumaat

Assalamualaikum...



12.3.15

Tips cantik luar dan dalam

Assalamualaikum..

Sumber : facebook

Haa jomlah cuba ye. Jangan asyik nak tonyoh produk mahal-mahal je dekat muka tu. Lepas tu hati tu jarang nak dibersihkan. Hati kita ni macam filter air jugak..lama-lama akan makin kotor dan tersumbat jikat tidak dicuci kalau input masuknya perkara yang tak bersih je. 

Fikir-fikirkan ye :)

3.3.15

Earn money with Nuffnang | CPUV #11 2015

Assalamualaikum..

Hai dan hai lagi. Meriah sangat nak update pasal rezeki february itu hari ye. Moga march ni pun dimurahkan rezeki jugak. Bolehlah kumpul duit pergi holiday. InshaaAllah. Hakhak.


CPUV yang kesebelas ni datangnya dari PDB CNY Coffee Break. Macam biasa, haruslah nak ucap terima kasih yang berbakul-bakul kepada advertiser iaitu PETRONAS Dagangan Berhad dan jugak Nuffnang kesayangan kita semua. Ecewahh bodek tak tahan.

Nak tahu apa itu PDB CNY Coffee Break ni apa, jemputlah klik iklan kalau ternampak duk tergedik-gedik dekat ads box aku di tiga penjuru itteww. Hehe. 


Atas ni antara contoh iklan yang keluar dekat blog ni. Daa~

Haa jom terjah SINI atau SINI jugak!


Earn money with Nuffnang | CPUV #10 2015

Assalamualaikum..

Hai. Nampak nau malasnya aku minggu ni nak menaip. Sama ada update entri berkenaan CPUV atau CPC je. Selain tu tak tahulah nak update apa dah. Huahua.


Okaylah teruskan ke tajuk asal. CPUV yang ke 10 ni datangnya dari South Australia Tourism. Thanks ye sebab sudi singgah blog aku ni dan tak lupa jugak thanks kepada Nuffnang yang masih memandang blog yang kian sepi ini. Haha.

Sebenarnya tak berapa tahu juga tentang South Australian Tourism ni, nak pergi jenguk iklan pasal ni kejap lagi. Kalau kau orang pun nak tak tahu, jemputlah klik kalau iklan ni keluar ye. Boleh jugak tengok promosi apa dan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Australia.


Salah satunya macam contoh yang aku paparkan diatas ni ye. Ewah guru bahasa sangat guna paparkan. Heehee

Haa jom terjah SINI atau SINI jugak!

2.3.15

CPC for February 2015

Assalamualaikum..

Hai semua. Panas betulkan cuaca sekarang ni. Duduk rumah pun dah macam dekat sauna. Lepas ni bolehlah nak feeling-feeling artis korea kan, tapi version malap. Dekat Korea kan macam wajib kalau nak cantik kenalah lepak spa n sauna.

Dua tiga hari ni datang mood malas, macam biasa scroll sana sini itu ini, lepas tu laju je shutdown laptop. Sambungannya berguling depan tv main game FunRun2 dekat handphone. Siapa suka main game tu? Kita geng! Tihihi

Tapi kena ingat jugaklah ye. Kalau dah jadi wife tu tambahan mak orang pulak lagi, jangan nak duk ralit sangat tengok gadget je ye. Kerja rumah tu uruskan dulu, anak dan suami kena layan dulu. Dah setel semua bolehlah nak buang masa godek-godek gadget kau orang tu. Jangan bagi suami alasan nak menduakan kita. Sesetengah orang laki sekarang ni memang pantang jumpa excuse je nak cari lain. Huhu mintak simpanglah kan.

Eh dah tiga perenggan tapi satu pun takde kena mengena dengan tajuk. Tapi takde apa nak terangkan pun pasal tajuk. Eh tengok jelah ek CPC Feb punya versi ni. Takde banyak mana pun, jadilah nak beli jajan dan gula-gula.


Siapa nak share tips macamana nak increase earning dengan CPC ni, jemputlah komen ye. Mana tahu kotlah lepas share info, Allah tambah rezeki kau orang pulak ke. Hehehe share ilmu tu pahala pun dapat.

Haa jom terjah SINI atau SINI pulak!



28.2.15

SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM

CLICK BANNER TO JOIN!


Assalamualaikum semua=)

Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .

Jemput join semua ye. Thanks!! =))
Tarik tamat: 15/03/15

26.2.15

Kenduri kahwin last week

Assalamualaikum..

Nak menang besar? Jom tengok SINI!


Malas betul nak update blog kebelakangan ni. Maybe sebab tengah nak bendera jepun ni kot. Laptop tu bukak memang bukak, online pun memang online. Cuma malas tahap tertinggi je. Bukak blog > klik dashboard > scroll entri orang > baca mana yang menarik > log out. Tu je lah tahap kerajinan yang termampu aku buat.

 Minggu lepas ada pergi 2 wedding. Satu sampai ke keratong, Pahang tu. Tapi apa gambar pun tak ambik. Kihkih. Sebabnya dah penat seharian dalam kereta. Jauh baq hang.

Yang second wedding tu dekat Kamunting je, tupun datang makan..posing tepi pengantin sikit, terus balik. Jadilah kan dari takde bukti pergi kenduri kahwin ;p

So nah nak share satu je gambar yang ada. Jemputlah tengok gambar sendu pasangan suami isteri dibawah. Haha. Taknak tengok sudah pejam je mata tu.


Asbeng den kalau bergambar biasa pun mesti kelihatan poyo, pasal apa pun tak tahu. Huhu. Gasak awak lah asbeng, janji bahagia.


24.2.15

Manusia yang kurang bersyukur atas nikmat Allah SWT

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dulu!


Malas aku nak komen pasal ni. Kau orang fikirlah apa perkataan yang sesuai untuk minah ni. Dia lupa agaknya semua ni milik Allah. Segala nikmat yang Allah bagi tu sekelip mata je boleh ditarik balik..tambahan harta dunia je.

Patutnya bersyukurlah kau dilahirkan dalam keluarga yang senang. Tak perlu hidup bersusah payah macam tu. Syukur ya Allah atas limpah kurniamu, atas setiap rahmat dan rezeki mu yang luas tidak terhingga.



Kisah kena skodeng di Toilet Awam

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dulu!

Siapa antara kau orang jenis yang suka perhatikan siling tandas kalau dekat public toilet?
 Atau jenis perhatikan sekeliling takut ada kamera ke apa. Kalau ada, kita memang geng lah. Sebab aku ada pengalaman hampir manjadi mangsa intai di public toilet.

Masa tu aku masih sekolah tingkatan 3 tak silap aku. Aku ikut mak pergi rombongan kahwin anak jiran dekat johor, masa tu naik bas beramai-ramai. Kami bertolak malam dari Perak, kemudian singgah dekat RnR Melaka sebelum subuh untuk mandi dan solat subuh. 

Masa tu dah ramai-ramai nak mandi, maka kenalah beratur panjang depan bilik mandi tu. Ada yang mandi dekat toilet je. Kiranya time tu depan aku ada sorang kakak, kira cun jugaklah..dan ada sorang makcik nak tunggu turn nak mandi.

Sampai je turn aku, aku pun masuk lah kan. Masuk-masuk terus tengok atas, alamak siling terkopak pulak. Puncanya aku ni penakut jugak, teringat pulak hantu Ju-On tu keluar dari lubang siling. Tapi bila fikirkan, ehh dekat luar tu ramai orang, hantu pun tak suka bising-bising. Lebih kurang macam dekat bawah nilah lubang siling tu, cuma yang versi aku nampak tu, terang sikit dari ni, ada palang kayu yang melintang dekat tengah lubang tu dan macam ada tiang dekat bahagian atas tu.


Aku pun decide untuk mandi je. Elok time nak bukak baju tu..aku terpandang atas..ehh macam palang kayu tu bergerak. Terus tak jadi bukak baju. Mata aku tahap terbeliak jugaklah tengok atas tu, duk terfikir takkan time ni Ju-On nak turun kot. Alamak, nak kena cabut lari keluar ke macamana ni. Ke perasaan aku je..ishh susah betul nak buat keputusan.

Tengah aku duk perati lagi tu, aku macam nampak ada tangan pegang tiang tu. Nak tercabut jantung aku dengan mata tak berkedip aku still perhati dekat situ. Lepastu aku nampak ada susuk tubuh lelaki menjengah dari atas tu, dari perkiraan aku, lelaki tu tengah berdiri. Aku masa tu terkaku sekejap..nak jerit pun lupa. Masa tu tak fikir hantu dah, fikir 'ada orang tengah skodeng!'. Dia nampak aku tengok dia, dia kebelakangkan badan dia balik. 

Aku masih lagi tak bergerak..boleh pulak sekali lagi dia duk jengah kepala nak tengok aku. Lepas dia dah pasti memang aku tengah tengok dia, aku dengar tapak kaki berlari dan palang tu bergerak kuat tanda dia nak lari turun dari siling. Aku keluar terus muka pucat. 

"eh..kenapa tak mandi lagi ni ema? buat apa lama-lama dalam toilet tadi?", mak aku tanya dengan perasaan musykil sebab takde bunyi air.

Aku cakap dekat mak aku nampak orang atas siling, mak aku dengan lajunya macam gangster nak pergi bergaduh keluar toilet sambil sinsing lengan nak cari pak guard nak report, tapi tak jumpa pulak..aiseymann. Selamat lah kau mamat bodoh. Lepas tu aku dengan mak tak jadi mandi dekat situ, terus mandi dekat toilet je. Itupun lepas pastikan takde sebarang lubang atau perkara pelik dalam toilet tu.

So itulah pengalaman aku hampir jadi mangsa skodeng kepada manusia bodoh berperangai syaitan. Kesian dekat orang yang dah mandi guna shower room sebelum aku tu, selamat dah mamat dekat atas tu duk perhati. Yang aku takut..dia sempat rakam ke kan orang tu tengah mandi.

Sejak tu, aku memang jadi makin takut kalau guna public toilet. Kadang aku perasan ada sesetengah toilet, dekat setiap satu siling toilet tu..ada lubang kecik dekat atas dia. Tempat lain takde pulak..ngam atas setiap satu toilet. Nak kata tebukan lubang lampu ke..ni macam pecah sendiri je. Entahlah atau mungkin aku yang paranoid sendiri, aku pun tak pasti jugak. Tapi itulah lebih baiklah kita ambil langkah berjaga-jaga kan.

Kau orang pernah tak kena benda macam ni?


Misteri bunyi ketukan didinding bilik mandi

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dulu!


Haaa tajuk macam seram je kan? Tapi ceritanya takdelah seram mana pun, cuma banyak menimbulkan tanda tanya je lah pada aku. Okay. Tak payah muqadimah panjang-panjang, aku cerita terus je lah ek.

Benda ni jadi dekat rumah mertua aku, masa balik kampung CNY yang lepas. Aku ni memang jenis suka fikir negatif lebih dari orang lain, hehehe. Kalau nak mandi tu, walaupun rumah sendiri sebelum mandi, habis perhatikan sekeliling daripada dinding sampailah ke bumbung bilik air tu, kotlah ada apa-apa ke kan..tambahan public toilet, kot ada orang mengintai ke. Sebab aku memang pernah ada pengalaman berkaitan benda tu, nanti aku cerita dekat next entri.

Okay sambung balik, sedap-sedap tengah mandi..aku memang kalau dapat duduk bawah shower tu, memang lama pun..sebab seronok sangat air kena kepala. Kiranya dah dekat nak abes mandi tu, aku ambil batu untuk scrub tumit tu, niat nak scrublah kan. Takkan nak gosok gigi pulak. Hehe.

Elok je ambik terdengar pulak bunyi orang main ketuk-ketuk dekat dinding bilik air tu, kiranya dari dinding belah sana lah. Bilik  mandi tu, hanya share dinding dengan bilik tidur aku dimana asbeng aku tengah tidur dekat situ, dan dengan ruang makan, time tu takde sapa pun dekat ruang makan tu. Dua side lagi, satu terus bahagian luar dapur, satu lagi share dinding dengan toilet. Haa paham tak?

Yang aku dengar ketuk-ketuk tu datangnya dari belah dinding yang other side nya adalah bilik tidur aku. Dengar bunyi ketuk tu kuat pulak. Mula aku buat tak tahu, bajet suami aku saja nak main-main. Sebab seingat aku memang ada botol air dekat tepi dinding tu. Lepas tu makin kuat. 

'tukk tukk...tukkk tukkk'

Aku pulak tetiba rajin guna batu scrub tumit tu, aku balas lah balik bunyi tu. Tapi balas seperlahan yang mungkin takut dengar sampai luar pulakkan kan. Aku ikut rentak bunyi ketuk tu, kalau dua kali..dua kalilah aku balas. Kalau 3 kali..3 kalilah aku balas. Lepastu saja aku ketuk macam bernada sikit. Macam bunyi mesej dekat enset nokia 3310 lama tu..cuba kau bayangkanlah macamna bunyi dia.

'tukk tukk tukkk tukk tukk tukk..tukk tukk'

Elok pulak orang belah sana pun ikut buat bunyi sama, dua kali aku buat bunyi bernada tu, dua kali dia ikut. Aku punyalah siap gelak-gelak dalam bilik mandi tu sebab fikir, apakehalnya laki aku ni ajak main ketuk-ketuk dinding, buang tabiat ke..ishh ishh.

Dah setel mandi, aku pun terus terlupa pasal benda tu, nak tanya pun lupa sampailah 3 4 hari kemudian. Tupun masa dekat rumah mak sedara asbeng dekat keratong, Pahang. Time nak tidur tu aku tanyalah. 

"eh bang..haritu apsal duk main ketuk-ketuk dinding bilik air masa dekat rumah mak?", terus dia kerut-kerut kening.

"bila pulak abang main ketuk-ketuk ni?", tanya dengan muka serius.

"ala..haritulah masa yang malam orang mandi tu, abang dah nak tidur."

"nama pun nak tidur, takkan bangun nak main ketuk-ketuk dinding kot?". jawab asbeng aku dengan muka serius takde tanda-tanda nak menipu. Asbeng aku ni kalau cuba menipu pun, kalau aku gasak tanya..akhirnya mesti terbongkar jugak.

Aku pun tak puas hati, tanya jugaklah banyak-banyak kali siap suruh sumpah bagai, memang dia kata takde. Sipi-sipi nak kena marah, maklumlah asbeng aku kalau mengantuk, cepat je bertukar nak jadi makhluk kaler hijau tu..huhuhuu. Dia kata maybe orang sebelah kot. Padahal dinding toilet tu, tak share dengan rumah jiran pun. Lepastu, time tu pun jiran tu mana ada rumah, balik kampung sebab cuti panjang.

Hampir macamnilah aku buat masa aku dengar bunyi tu..haha..
Takkan dari ruang makan pulak, mak dengan bapak mertua masa tu dalam bilik dia orang. Lagipun takkan dia orang pulak nak main ketuk-ketuk kan, memang mustahillah. Makin pening kepala aku berfikir. Lagipun memang aku pasti bunyi tu datang dari side dinding yang bersebelahan dengan bilik tidur aku. Dan yang pastinya masa aku lepas mandi tu, memang aku nampak asbeng aku elok je tengah tidur, baru teringat balik.

"dahlah yang..tidurlah, takpayah fikir sangat. karang sendiri jugak yang takut..so baik tak payah fikir sangat."

Disebabkan asbeng dah cakap macamtu, aku pun malas nak tanya lagi. Tapi itulah, benda tu still menjadi tanda tanya dalam kepala aku ni. Siapa sebenarnya yang ketuk?


Earn money with Nuffnang | CPUV #9 2015

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dulu!

Wahh dah seminggu rupanya tak bukak blog ni. Banyak sangat wedding nak attend time CNY itu hari. Naik pening jugaklah kebanyakan masa habiskan dalam kereta je.

Seminggu tak bukak blog, baru harini berkesempatan. Saja pulak cek akaun Nuffnang tadi, ehh ada CPUV lah..first time dapat satu je, mesti sebab langsung tak aktif minggu ni. Tapi apa-apa pun alhamdulillah, tu pun rezeki jugak.


Terima kasih ye dekat Mi Sedaap Krispi sebab sudi beriklan di blog aku ni. Kalau nak tahu apa promosi terbaru dari Mi Sedaap ni, jemputlah klik iklan kalau nampak keluar dekat mana-mana ads box dalam blog ni. 

17.2.15

Jom kurus dan sihat dengan Green Tea

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dan SINI dulu!


Rasanya ramai dah kot antara kita yang tahu kebaikan green tea atau teh hijau ni kan. Dan mungkin ramai yang dah biasa pun minum green tea ni betul tak? Almaklumlah sekarang semua orang dah ada kesedaran diri nak amalkan cara hidup sihat. Promosi pasal green tea ni pun bersepah dah dekat sana sini.

Aku pun dah lama tak minum teh hijau ni, so sekarang ni baru hari kedua mengamalkannya balik. Masa belajar dulu, aku amalkan clenx tea. Itu pun ada kawan yang recommend kan dekat aku yang clenx tea ni. Masa tu aku nak bertunang, nak kuruslah katakan. Huhu. Clenx tea ni memang more to detox lah.

Aku ada kenalan yang amalkan clenx tea ni, dia memang dari kembang semangkuk sampai slim dah sekarang, tapi kena maintain lah minum. Tapi kena ingat jugaklah nak kurus, makan pun kena jaga. Elakkan makanan berlemak, makanan bergoreng, makan lebih daripada hadnya. Ni kalau breakfast dah bedal roti canai 2 3 keping, lepas tu pukul sepuluh bedal nasi lemak dua bungkus pulak,lunch nasi beriani mamak pulak lagi..,menu petang dan berikutnya kau fikirlah sendiri..exercise pun malas. Lepastu merungut kenapa badan tak turun.

Sumber : Google
 Kalau aku bila minum Clenx Tea ni memang akan ke toilet je kerja aku. Kalau tak membuang besar-besaran mesti nak buang kecil-kecilan. Masa duduk hostel, menggelabah jugaklah nak ke toilet sebab toiletnya dekat luar bilik. Tambahan pulak time tu memang tengah hot cerita hantu macam-macam version. Budak bilik aku nampak, budak bilik depan pun nampak, budak bilik kiri kanan pun nak jugak nampak..tak ke takut aku. Macam tengah tunggu turn je aku pulak nak nampak kan. Alhamdulillah mata ni masih tebal hijabnya...heheh.

Okay-okay macam biasa memang suka lari topik, now jom sembang pasal green tea balik. Kali ni aku try beli Lipton Green Tea. Bagi aku rasa dia light je lah, lepas tu takde pulak membuatkan aku nak ketandas selalu. Berbanding Clenx tea yang rasanya lebih pahit dan warnanya lebih gelap. Sebab tu memula rendam Lipton Green Tea ni, rasa macam biar betul..cair semacam je, macam tak kaww je.


Tapi lepas minum okaylah aku rasa, adalah jugak rasanya kan. Kalau baru beginner phase, bolehlah kot try yang ni, takdelah nanti kau nak terperanjat kalau terus minum yang pahit sangat. Lepastu terus tutup kamus nak minum Green Tea untuk seumur hidup kan. Angan-angan jelah lepastu nak amalkan gaya hidup sihat.

Aku start minum teh hijau balik ni sebab rasa macam toxic banyak sangat dalam badan kot (style memandai buat assumption sendiri)..sebenarnya bukan apa, kebelakangan ni rajin pulak white head dengan black head ni menyinggah dekat pipi dan dahi. Rimas pulak rasanya. Lepas tu perut selalu kembung, banyak angin dalam badan. Maka aku pun decide nak amalkan balik green tea ni.

Okay kat sini aku share serba sedikit kebaikan Green Tea ni. Nak tahu lebih lanjut pergi google sendiri. Heheh gurau je :p

Kebaikan Green Tea
1. Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.

2. Menurunkan tahap gula dalam darah. Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah. Ini baik bagi pesakit diabetes.
3. Mencegah kanser. Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser. 
4. Membantu mengurangi kadar kolesterol jahat (LDL). Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan mengapa kebiasaan meminum teh hijau berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung.

5. Mencegah osteoporosis. Penyelidik di Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain. 
6. Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun terhadap bakteria dan virus. 
7. Mencegah keracunan makanan. Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. 
8. Membantu mengawal tekan darah tinggi. Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi.
9. Mampu menganjalkan kulit. Ini kerana kandungan antioxidant dalam green tea tersebut adalah tinggi, maka cell dalam badan dapat dilindungi.
10. Membuang toxin dalam badan. Bila kandungan toxin dalam badan berkurang, scara tak langsung mampu mengurangkan masalah jerawat.

Haaa banyakkan kebaikan Green Tea ni, so tunggu apa lagi jomlah jadikannya sebagai amalan harian. Mana tahu kot boleh slim macam model slim world tu, hehe mampu berangan je lah kan. Jangan jadi mascot Michelin dah la ye. Nanti tak pasal pulak suami benci macam dalam cerita di entri INI. Yelah kita ni ikhtiar je, apa-apapun hasilnya boleh tawakkal kepada Allah S.W.T je lah kan.



16.2.15

Butik pakaian terbakar di Greentown Ipoh

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dan SINI dulu!


Hai. Terkejut jugak bila dengar berita pasal kebakaran yang terjadi di Greentown, Ipoh pagi tadi. Yelah biasa jugak datang tengok-tengok baju dekat area situ kan. Terutamanya kalau musim perayaan, memang area Greentown ni menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah.

Tak sangka pulak kemalangan tu melibatkan kematian. Apa-apa pun jom sedekahkan al-fatihah buat pemilik butik yang terkorban. Salam takziah dan semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima ujian dari Allah S.W.T ini.

Ipoh : Seorang wanita maut dan seorang lagi wanita cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan rumah kedai berhampiran pasar raya di Greentown di sini, pagi tadi. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Timbalan Penguasa Bomba, P Samasuvam berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian 4.45 pagi bertindak segera menggerakkan sepasukan anggota bersama satu jentera.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati api marak di premis tiga tingkat berkenaan. 
"Kebakaran berjaya dipadam dan dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran. Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati dua mangsa terperangkap dan berjaya dikeluarkan anggota bomba. 
"Seorang daripada mangsa dipercayai telah mati di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera di bawa ke hospital berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, turut dibantu sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai. 
Katanya, identiti mangsa maut dikenal pasti sebagai Norhashimah Mohd Ismail, 48, manakala Siti Nur Ayu Jamal, 17, (cedera ringan) dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.
-sumber gambar dan berita : MyMetro--


Mangsa yang terkorban (belah kiri) bersama anaknya yang terselamat


14.2.15

Bahaya jika motosikal curi lalu di laluan tol berbayar

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dan SINI dulu!


Mohon hati-hati kepada sesiapa yang menggunakan laluan  tol jika ternampak ada motosikal cuba untuk curi lalu dilaluan tol yang dibayar oleh kau orang. Nak tahu sebab apa? Jom baca pengalaman yang diceritakan oleh mangsa kepada perkara tersebut.



So silalah berhati-hati ye. Kepada yang menunggang motosikal tu pulak janganlah buat perkara macamtu. Kesian awak duk aniaya pemandu kereta macam tu. Kalau pemandu tu cedera, kan bahaya tu -_-'


GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


Assalamualaikum~

Sebelum tu jom tengok SINI dan SINI dulu!

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : https://www.facebook.com/shima.hasan.3
instagram id : @mizsheema


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




13.2.15

Kisah isteri dihina oleh suami kerana berbadan gemuk

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dan SINI dulu!


Hai. Salam jumaat. First baca benda ni, hati aku memang rasa menyirap jugaklah. Sampai hati suami sendiri hina isterinya macamtu. Isteri berbadan besar sebab melahir anak kau jugak suami oi. Kesian sangat dekat si isteri tu.

Bukan nak membantu ringankan beban isteri ke apa, ni lagi ditambah pulak duka. Macamanalah isteri awak tu nak melawa bang oi kalau dapat suami macam awak, langsung taknak menolong. Tahu nak melenggang lagak bos je.

Itu dikhalayak ramai, yang dirumah kita tak tahu apa pulak hinaan yang telah diterima oleh sang isteri ni kan. Allah..mohon dijauhkan perkara-perkara macamni dalam kehidupan kita seharian. Buat isteri pun, pandai-pandailah jaga badan kau orang ye. Sesetengah suami sekarang ni kira nak cantik je tanpa fikir pengorbanan kita sebagai isteri.

Eh..kau orang bacalah screen-shot yang aku ambil dari facebook dekat bawah ni, lepas tu kau nyatakan pendapat kau orang macamana, okay ke tak okay. Ecewah macam karangan peperiksaan je pulak kan

Sumber: Facebook Sarie Tanjung


Kucing nakal tolak gelas walaupun setelah dijerit 'NO'!

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok SINI dan SINI dulu!


Hai. Salam jumaat semua! Semoga perjalanan hidup kita hari ini dipermudahkan Allah S.W.T. Dan tak lupa jugak sekalung takziah diucapkan kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai Tuan Guru Nik Aziz  Nik Mat diatas pemergian Allahyarham menemui penciptanya malam semalam. Al-fatihah..


Okay jom tengok kucing nakal gemok ni yang buat muka slumber lepastu je tolak barang-barang dari meja. Lepas tu buat buka sardin je bila tuan dia kata 'NO NO NO'. Dahla kucing ni memang spesis kucing muka sardin sejak azali, buat pulak perangai macamni. Memang tambah geram tengok.


Kalau aku lah owner kucing ni, memang aku gomol habis-habisan dah. Kejam semacam je muka bila tolak gelas tu. Macam dalam hati kucing tu cakap..

"Apa dia? No? Apa kau cakap ni? Tak faham pun." 
*tolak gelas*

Ishh sumpah geram tengok perangai kucing sekor ni, rasa nak tampo-tampo je. Huhu. Bese ni pangai degil macamni. Grrrr..

12.2.15

Al-fatihah | Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

Assalamualaikum..

Image result for tok guru nik aziz

Akhirnya..kau pergi juga. Tokoh islam iaitu Mursyidul Am PAS  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang menjadi idola dan kesayangan kita ni akhirnya telah pergi menghadap illahi malam ni. 

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang beriman dan semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan yang amat besar ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham. 

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, kira-kira jam 9.45 malam tadi.
 Bekas Menteri Besar Kelantan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Sidang media akan dibuat oleh anaknya sebentar lagi. -sumber oleh berita harian--
Orang ramai yang mula membanjiri perkarangan rumah allahyarham
Jom ramai-ramai kita sedekahkan bacaan al-fatihah untuk Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. 

-AL-FATIHAH--


Thoughtful Thursday


Assalamualaikum..

Sumber: Sayadoodle.com


Bestnya picit-picit bubblewrap


Assalamualaikum..

Kau orang kalau dapat bubble-wrap ni suka tak main picit-picit nak letupkan benda ni. Sebab aku pantang nampak je, selagi tak habis selagi tu duk picit. Lepastu kalau dapat yang meletup kuat, gelak sorang-sorang. Dari aku kecik sampailah tua bangka ni, still pantang nampak jugak. Huhu.

Tapi ada jugak yang bubble-wrap ni keras dan susah nak picit. Takpun dia tak kembung sangat, kalau yang tu semangat nak picit kurang sikitlah sebab tak berapa best.

Oh, the humanity
Sumber : 9gag.com

Kalau kau orang..macamana pulak? Suka tak picit menatang ni? Heheheh


11.2.15

Slownya CPC rate untuk 2015

Assalamualaikum..


 Memandangkan malas nak fikir apa nak tulis, so aku update pasal CPC je lah. Hahah. Tahulah CPC kau orang lebat ribu riban sebulan, so jangan ketawa eh tengok CPC aku ni. So pada yang rajin datang klik tengok iklan, Alhamdulillah terima kasih. Aku doakan kau orang murah rezeki, inshaaAllah akan balas kunjungan kau orang. Heeehee~

Haa kalau rajin share pulak kau orang dapat berapa, boleh jalan-jalan cuci mata jap lagi ^_^



Akibat Solat Dihujung Waktu

Assalamualaikum..


Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. 
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. 
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. 
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 
Dia mula menjerit;

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. 
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. 
Dia ditarik kembali ke atas. 
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. 
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?" 
Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." 
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. 
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. 
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

-- 
Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka. 
Siapa tahu? 
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan utk aku jugak..
-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang--