1.4.14

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum..

Hai dan hei lagi. Pagi tadi punyalah malas nak pergi kelas sebab mengantuk, tapi pergi jugaklah kan kelas pukul8 tu. Cuma kelas yang pukul sepuluh memang rasa nak ponteng. Tup tup lalu depan block W (masih dalam universiti) tu ternampak orang tengah buat kempen derma darah. Anjuran bersama pihak Universiti dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Aku pun baru kali kedua derma darah, itupun  lebih kurang 4 tahun lepas dah, so boleh tahan nervous jugaklah tadi. Pastu aku paksalah si Ainajuani tu ikut derma jugak, sebab dia tak pernah derma kan. Dengan tak ambil breakfastnya, lepas dah ambil darah tu takdelah pening. Siap boleh jalan-jalan kesana sini. Cuma lepas dah isi form untuk sijil and minum air sikit tiba-tiba rasa nak pitam. Tak memasal kena baring balik dekat kerusi tu.. Ishh buat malu tau.

Kemain besar tau jarum tu..
Nampak tak si Ainajuani tu tengah eksaited bagai..

Sample darah aku.. T_T
Harap lepas ni masih dikurniakan kesihatan yang baik agar aku masih boleh berbakti macam ni. Kita tak tahu kan siapa yang mungkin memerlukannya. So apa salahnya berkongsi nikmat Allah kan. :)

Steamboat di Kuantan

Assalamualaikum..

Ni semalam punya hal sebenarnya. Entah mimpi apa nak keluar makan dengan classmate kan. Tak pernah lagi keluar dengan dorang, first time lah kiranya ni. Sebab dah lama ada member cakap yang steamboat dekat City Times Hotel area Indera Mahkota kat Kuantan ni boleh tahan la okaynya. Dia charge by person dengan kadar  RM25 seorang.

So sekian lama berhajat, semalam baru pegi. Tahlah nak cakap okay ke tak, bagi aku daripada 5..aku bagi 2 setengah bintang je kot sebab makanan tak berapa fresh. Tak banyak pilihan makanan laut, tiada sotong fresh atau ketam. Banyak fish ball and fish cake je. Sayur-sayur lain pun tak banyak pilihan. Selain tu tomyam dia jugak tak berapa best, cair sangat kot. Pilihan air pun tak banyak.

Okaylah layan gambar kay..ni dari pergi sampailah nak balik.

Otw nak pergi dengan perut berkeroncong



Antara makanan yang ada..
Comot tau pompuan tudung pink tu..

Ayunya kawan aku sebelah tu..huhu

Okay dah habis makan lepas tu terus menuju karaoke dekat Kuantan Parade :p

Overall, kalau nak dibandingkan, aku prefer lagi makan dekat Restoran Shabu-shabu dekat area Ipoh kot. Almaklumlah aku orang Perak kan..hehe harus promote. Harga dia mahal sikitlah RM31, tapi kat Shabu-shabu memang best sebab banyak sangat pilhan makanan. Seafood memang banyak terutamanya ada ketam segar, sotong dan udang besar-besar. Takdelah nak mengadap crab stick tu je. Lepas tu banyak pilihan desert dan air yang macam-macam jenis. Dari soft drink sampailah ke juice, puas hati jugaklah.

Dekat Shabu-shabu tu nanti aku update lain. Hujung minggu ni dah start midterm break, bolehlah ajak Mr.FH pergi dating dekat sana. Okay tata.. :)