31.1.15

Convocation Basi

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi best di Sini


Bila balik kampung ni, semua line phone takde. Terpaksa hidupkan internet celcom semula barulah dapat online. Hukhuk.

Elok je balik kampung tengok ada gambar konvo yang akhirnya sampai jugak. Itu pun minggu lepas baru dapat. Kenapa aku cakap convocation basi? Sebab aku konvo 11 Oct 2014 last year. which is 3 bulan lepas. Janji siap dalam dua minggu je, ni dah nak mereput tunggu baru la sampai. Hangin betul la aku dengan orang tu.


Kesian betul dekat aku, Orang lain lama dah boleh share gambar, aku jugak dapat yang last-last. Itupun dah ngamuk-ngamuk sikit. Ambil pakej vip konon nak gambar best. Tapi service..cehhh.

Maka dengan ini genaplah 6 bulan jadi wifey yang menganggur je. Huhu. Semoga Allah murahkan dan dibukakan pintu-pintu rezeki buat aku dan keluarga. Amin--

Let's find out; Kita ni Bodoh ke tidak???


Assalamualaikum..
**sticky post, scroll down for new entries**

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Jom tengok apa bendanya tajuk entri aku ni. Tajuk ni sebenarnya tajuk satu kempen yang dijalankan oleh satu company nama www.dontbodoh.com. Kempen ni adalah untuk kita membuat perbandingan di antara semua syarikat telco di Malaysia ni. Company ni adalah satu independent entity, maksudnya tiada sebarang link pun dengan mana-mana syarikat telco tersebut. Apa maksud syarikat telco? Syarikat telco tu contohnya macam Maxis, Digi, Celcom etc.


Okay..apa motifnya kempen ni diadakan? Sebenarnya dengan kempen ni, nanti kau orang boleh survey mobile plan yang kau orang langgan selama ni berbaloi ke tidak. Lepastu dia akan buat perbandingan dengan mobile plan yang kau orang ambil tu dengan mobile plan yang ditawarkan oleh syarikat telco lain. Faham ke idak ni? Ala..tak payahlah fikir panjang, jom lah try. Bukan kena bayar pun, free aje. Best jugak buat survey-survey ni.  So kau orang pun boleh compare pilihan mobile plan kau orang selama ni berbaloi-baloi ke atau membazir. Kalau tak berbaloi mesti kena boo je nanti, hehehe.



Aku punya result survey adalah GOOD dan berada dalam dalam range 'not too bad' untuk mobile plan yang aku guna ni. Kau orang pulak taknak tahu ke result kau orang? Survey free je tau.

Apalagi..jom try survery ni dekat WWW.DONTBODOH.COM 


p/s : dapat result apa, mehla share dengan aku :)


30.1.15

29.1.15

Segmen | Pencarian Bloglist oleh Mrs. Marble


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom terjah SiniSini dan Sini ;p


Malam ni mesti takde apa nak buat kan? Jom join segmen ni pulak. Jom jom jom!


Rasa-rasa nak join tu, jemputlah klik banner ni. Heeheee.


Tahniah! | Lisa Surihani kini hamil


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom terjah SiniSini dan Sini ;p


Ketika usia perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry menginjak hampir ke angka 3 tahun, mereka akhirnya dikurniakan zuriat. Sebelum ini desas desus tentang berita kehamilan Lisa masih menjadi tanda tanya kerana pasangan artis ini tidak membuat sebarang pengumuman kepada umum.




Namun baru-baru ini ketika sidang media pelancaran Cicakman 3, pasangan artis ini telah mengesahkan berita kehamilan Lisa. Ianya merupakan berita yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh mereka dan juga peminat.



"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh. Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama," kata Yusri ketika ditemu bual.

Manakala Lisa pula menyatakan, "Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya."

Memang betullah tindakan yang diambil mereka tu kan. Jangan jadi macam sesetengah pihak pulak, vavavoom cerita pregnant  bersama bukti home pregnancy test bagai, tup tup takde pulak kan. Jadi untuk pasangan Yusri dan Lisa, marilah sama-sama kita doakan agar zuriat yang dikandung Lisa Surihani ini sihat dan menjadi anak yang soleh/solehah kelak. Amin--


Cinta Monyet Alam Persekolahan

Assalamualaikum..

Sebelum tu mari buat amal jariah di SiniSini dan Sini ;p



Cinta monyet ke bercinta dengan monyet? Haha. Majoriti daripada kita semua ni mesti pernah ada pengalaman cinta monyet ni kan? Dan mostly zaman cinta monyet ni zaman sekolah la kan. Tapi cinta monyet yang membawa sampai ke gerbang perkahwinan tu aku rasa tak banyak mana pun. Sekolah habis cinta pun habislah jugaklah kan. Ye tak.

Tapi dizaman cinta monyet aku dulu-dulu takdelah advance macam budak sekarang. Nak dating-dating pun takde. Banyak bezanya tau. Lagipun kemudahan teknologi tu tak sehebat sekarang. Jom tengok apa bezanya..dimata aku lah ceritanya.


Cinta monyet dulu-dulu;
  1. Kalau minatkan seseorang, berbulan-bulan perhatikan je orang tu. Dah macam stalker terulung.
  2. Lalu depan kelas sidia, jantung macam nak terpelanting. Mulalah jalan bajet-bajet cun dan control habis kekonon sidia takde kerja lain, lepastu asyik nak perhati pintu kelas je nak perasankan kau tiap kali lalu.
  3. Kalau terserempak dekat walkway atau balcony sekolah, rasa macam nak nyanyi, "i believe i can fly.." Haa sampai macamtu teruk punya angau. 
  4. Kumpul dengan kawan-kawan, buat hand-made card untuk sidia. Lepastu tengok card siapa yang paling kreatif dan inovatif. Masa tu barang keperluan yang kena ada, colorful pen, colorful paper, gam dan tisu. Kenapa tisu? Hahah sebab nak gulung-gulung buat bingkai untuk kad. Takpun bakar hujung kad tu ala-ala scrap book.
  5. Passing love note atas meja. So datang pagi-pagi kau akan nampak atas meja ada tulisan dengan pensel say hai ke atau sebagainya. 
  6. Duit syiling kena banyak, sebab public phone je tempat nak lepaskan rindu..konon. Haha. Takpun bil telefon rumah mencanak naik sebab bergayut sakan, begitu jugak dengan darah tinggi mak kau tengok bil telefon.
  7. Kalau bercinta pun, panggilan aku kau je biasa digunakan. Paling advance boleh pergi pun saya awak je.
  8. Lebih kepada heart-ship relation.
  9. Bila putus cinta, takdelah over sangat. Relax je.
  10. Oh satu lagi..kalau minat tahap teruk, tapi macam nak stays in shadow kiranya. Pergi bukak majalah sekolah tengok alamat sidia. Lepastu hantar surat cinta ataupun yang paling best, kad raya misteri. Huhu.
Cinta monyet sekarang;
  1. Kalau minat, terus mengayat. Then mintak no phone je, senang nak ber'whatsapp'. 
  2. Kalau rindu boleh skype atau video call. Takde dah nak pakai surat-surat atau kad ni, buang masa katanya.
  3. Tanpa segan silu berkepit kehulu kehilir macam belangkas, lebih lagi daripada tu pun ada.
  4. Panggilan digunakan lebih dasyat daripada orang yang dah berkahwin.  Papa mama, bee boo, dan sebagainya.
  5. Topup phone yang cepat habis sebab nak renew internet.
  6. Nak tunggu bagi kad pun maybe time birthday. Tapi takde dah lah hand-made, sebab...memory lane kan ada.
  7. More to skin-ship relation -_-'
  8. Kalau putus cinta, over sangat. Duk pergi toreh-toreh lengan lah segala bagai.
  9. Monyet pun marah guna perkataan cinta monyet sebab perangai dah lebih teruk daripada monyet.
Contoh kebodohan
Entahlah cuma nak cakap batas pergaulan tulah banyak bezanya dulu dan sekarang. Dulu cinta monyet tu more to minat sahaja. Takdelah melibatkan pergaulan yang melampau. Tapi bukan semua orang lah. Masih ramai yang terjaga akhlaknya. Cuma biasalah..macam pepatah melayu lama. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tapi satulah yang aku nak pesan dekat adik-adik yang masih sekolah tu. Tolonglah jaga batas pergaulan kau orang. Percayalah banyak lagi benda yang menarik nak kau tempuh dimasa akan datang. Tak payahlah nak cinta mati sangat waktu sekolah, seriously memang tersangat buang masa. Kalau nak bercinta zaman sekolah pun, bercintalah relax-relax je okay. Jangan over excited sangat.

Nanti masuk U, kau boleh jumpa dengan ramai lagi yang menarik hati dan bijak-bijak. Kan dah menyesal. Tu belum alam pekerjaan lagi, bersepah pilihan terbaik yang boleh kau pilih. Kalau dapat menjurus kepada kebaikan, Alhamdulillah lah kan. Kot dapat bantu study ke, pemangkin semangat untuk berjaya ke. Tapi kalau banyak yang buruk dari baiknya, baik kau tumpukan SPM je dulu.


Oo mak kau..terkojut den!


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini



Hehehe kesian tau, kemain terkejut menatang tu kena sergah. Nasib takde heart attack kalau tak dah selamat kedalam. Suka tengok muka dia terkejut tu, over tau.


Recently i have issue with colors. Haha. Siapa yang rajin bukak-bukak blog ni mesti perasan. Kejap dah berubah warna itu then for the next hours dah warna lain blog ni. Kalau hati tengah kelam kabut macam ni lah, terkeluar berciciran perangai pelik-pelik. Padahal tengah period je pun, tapi tahap kecelaruan emosi tu tahap over macam red panda dekat atas ni. Huhu.

Warna dia berubah macam..harini kalau mood relax, blog pun keluar warna-warna pastel. Kalau tiba-tiba rasa bad mood terpampang warna garang pulak. Lepastu tiba-tiba bosan, aku putihkan je semua. Haihh. Konon nak jadikan blog sebagai diary lah kan, tapi sekarang dah jadi medium melempiaskan emosi. Hahaha. Banyak sangat internal conflict ke apa pun entahlah.


28.1.15

Blogwalking Journey with JJAJJA

Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Hye. Let's join a blog-walking segment here.


Care to join? Click the banner above! :)

Wordless Wednesday #5 | Boredom


Assalamualaikum.. (wajib ;p)

Jom tengok SINI


credit:Diylol.com

27.1.15

Earn money with Nuffnang | CPUV #5 2015

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..murah rezeki 2015 ni dapat lagi CPUV dari Lactacyd walaupun CPUV lama dari Lactacyd ni still berstatus on-going lagi. Bagi yang tak tahu apa Lactacyd ni, boleh baca entri INI ye, ada penerangan yang lengkap kau orang boleh baca.
Heheh sayang sangat dekat Lactacyd ni tau. Oh siapa yang nak dapatkan sample percuma untuk Lactacyd ni, bolehlah tengok dekat www.lactacyd.com.my! ^_^

Apabila merotan anak menjadi kes jenayah

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini

Assalamualaikum..



Usul untuk menyaman ibu bapa yang merotan anak ni langsung tak boleh diterima pakai. Aku 100% bantahlah perkara macam ni. Merotan ni bertujuan mendidik, bukan mendera anak-anak. Kalau usul merotan kena saman ni diterima pakai dan mula berkuat kuasa, bagaimana nak mendidik anak-anak kan dizaman yang serba mencabar ni kan.

Dunia ni dah lah makin lama makin dasyat cabarannya, godaan duniawi lagi..fitnah pun makin berleluasa. Memang tak semestinya mendidik anak memerlukan kekerasan. Tapi rotan ni bagi aku bukan lambang kekerasan, tapi lambang supaya anak tahu hormatkan ibu bapa. Anak-anak sekarang dah makin hilang hormat pada orang tua kalau kita perhatikan.

Yang ibu bapa pun janganlah jadikan tiket boleh merotan anak ni untuk tujuan mendera. Pandai-pandailah kawal emosi ketika marah. Yang nak kau pukul tu, anak kau jugak..darah daging kau kan. Takkan tak rasa sayang darah daging sendiri kau nak belasah sampai patah riuk.

So renung-renungkan lah dan selamat beramal! Huhu


Pencarian Bloglist Fi Hifzillah


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Jom join pencarian bloglist ni. Boleh tambah ramai kawan dan kenalan :)


Click banner if u wanna join k ^_^

Cara simpan barang yang lebih kreatif dan efektif


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Aku zaman bujang dulu suka simpan barang macamni. Sampai ada kawan kata aku pelik. Padahal efektif kot cara ni. Kemas pun kemas. Aku pulak dulu budak-budak, malas nak angkut botol bagai duduk rumah sewa. Kalau macamni boleh buang je kalau dah habis kan.

Tengok sekarang, orang lain pun buat tau. Heheh maknanya takdelah pelik sangat aku ni. Kau orang pernah try tak?


Kalau tak pernah, jomlah try. Kalau dah pernah, buat-buat tak nampak je eh entri ni. Heehee.


Pelukan ke Syurga


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Pagi-pagi mak dah call aku tanya kabar, haihh rindu dekat mak tercinta. Dia pun mesti rindu dekat aku. Heehee. Kau orang walaupun yang dah ada anak tu, jangan lupa selalu call mak dan tanya khabar dia orang. Tambahan yang tengah belajar tu, asyik sibuk dengan kawan-kawan. Dah takde duit baru ingat mak abah kan.


Jangan sia-siakan mak abah kita selagi mereka masih bernyawa. Bila mereka dah tiada, tak guna nak meratap menangis dah. Hargailah sementara mereka masih didepan mata. Mungkin mak kita tak cakap kalau rindu, tapi sebenarnya kalau kita call..hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati mereka. Tak caye? Try call lepastu cakap, "rindunya dekat mak."

Buat yang bujang tu..daripada call bf/gf cakap rindu, baiklah call mak abah. Daripada pegang tangan bf/gf, baiklah pegang tangan mak abah. Dan daripada peluk erat gf/bf kau orang yang tentu-tentu haram untuk kau orang, baiklah peluk erat mak abah kat rumah tu. Redha mereka kita dapat, redha Allah pun kita dapat..sebab itulah PELUKAN KE SYURGA untuk kita.

p/s: Yang dah kahwin, jom peluk suami / isteri masing-masing. Jangan menggatal peluk isteri / suami orang lain pulak tau..huhu.


25.1.15

Best pulak cerita Asam Pedas Untuk Dia ni


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok apa menarik dekat Sini dulu.


Actually baru tengok dua tiga episod je cerita ni..itupun nasib tertengok je, kebetulan bukak tv3. Rasa macam best pulak cerita tu.


Lagi satu mamat tu kelihatan hensem dan lakonan dia tak berapa poyo sangat. Aku tak suka orang yang berlakon nampak over tau. Lakonan perempuan tu best jugak. Eh dahlah nak pergi tengok sekarang, walaupun tak tahu dah episod keberapa. Main tengok terus tengah je, aci tak? Takpe-takpe..Tonton kan ada. Hehe.


My daily supplement


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok apa menarik dekat Sini dulu.


Bila sebut pasal supplement, kebanyakan kita terfikir shaklee. Betul tak? Bukan sebab apa dah ramai yang meniaga dan mempromosi supplement brand shaklee ni. Kalau dulu sebelum aku kenal Shaklee aku suka beli dekat farmasi jenama Blackmores je.

Dah sekarang sepupu sepapat pun promote shaklee, akak aku pun dah ahli..so dengan aku-aku pun terjebak dengan shaklee ni. Aku bukan meniaga atau promote pun dengan korang, just nak share je vitamin apa yang aku makan.


Yang ni aku tumpang order atas akaun akak je..hehe. Senang dapat harga ahli kan. Seronok tengok lori GDex hantar sekotak terus.Tengoklah kenyang makan obat je, nasi tak payah makan dahlah kan..haa berangan. Nasi tetap dua pinggan tau. Yang tak masuk dalam gambar ni ada Alfalfa Complex dengan Chewable Vita-C plus (sedap boleh buat ubat ngantuk dalam kereta). Lagipun supplement ni semua tahan lama jugak sebotol 4-5 bulan, kecuali Omega tu tahan sebulan setengah je, sebab tu kena belasah 2 botol sekali beli. Tapi ada jugak yang datang malas 3 4 hari langsung tak ambil apa-apa, lagilah tahan lama kan. Hukhuk.

Sejak makan semua ni yang aku perasan kulit tu makin moist dan tumit kaki yang pecah pun berkurang cikit. Tapi aku memang takde masalah jerawat ke apa, cuma kulit kering je. Selain itu, rambut pun kurang gugur. Hihi. Tapi yang pasti makan banyak-banyak macam diatas ni, kena minum air banyak kalau tak aku mesti pening kepala. Itu untuk aku lah.

Oh lupa, aku jugak consume folic acid, nak baby cepat katanya kan. Hehehe. Itu je nak share, kalau kau orang, makan supplement apa pulak?


Idea Mini Garden

Assalamualaikum..

Semalam dah takde buat apa, sajalah scroll facebook, ternampak pulak kawan-kawan share idea taman mini yang cantik dan comel didalam pasu. Tapi ada yang macam letak atas batu hampar je. Kalau orang dah kreatif tu, buat macamana pun nampak cantik kan. So impressed. Hihi.


Ni paling suka, macam rumah Hobbit










24.1.15

Ubat gembira bila mood tiada


Assalamualaikum..

Dalam bermalas-malasan seharian ni dan ber'moody' sakan, sempat jugak duk godek-godek peralatan dapur. Maka terhasillah benda penambah lemak ni. Nak keluar macam malas je. So tengoklah apa bahan sedia ada yang boleh bagi boost mood gumbira kan.


Lepastu tak sabar nak makan, bukak peti ais selang sepuluh minit. Belum sempat keras betul pun dah cedok, dasar gelojoh tau. Hehehe okay dah gumbira balik dah lepas bedal separuh bekas tu sorang je. Alhamdulillah :)


Photo Card GiveAway


Assalamualaikum..


Hai semua. Jom join GA yang ni. Macam biasa click banner kalau berminat nak join ye :)























Good luck ye !


Mood terbang melayang


Assalamualaikum..

Harini mood memang terbang melayang. Puncanya sebab terjaga subuh pagi tadi, tengok bestfriend cik P dah datang. Arggghh frust. Sepatutnya 19hb tu dah datang sebab cycle day untuk cik P selalunya 28 hari je. Ni dah hari ke 34 baru nak datang. Suka tau bagi harapan palsu.


Haha tak memasal bangun pagi mood meroyan. Kali ni betul-betul nangis bawah shower, bukan cobaan dah ni. Asbeng pun macam frust tapi, cuba taknak tunjuk dan  tetap bagi kata semangat dekat aku, "takpe yang..belum rezeki kita lagi, Allah ada plan yang lagi baiklah tu untuk kita."


Haihh bukan tak redha dengan percaturan Allah, cuma terkadang tu tak boleh elak rasa kecewa tu kan. Kita ni pun insan biasa, kadang marah kecewa sedih menangis tu tak boleh nak kontrol. Huhu.

Takpelah lepas ni malas nak fikir sangat dah, nak fokus hidup bergembira je dengan asbeng. Mungkin Allah tahu kita orang ni belum bersedia, kan Allah tu sebaik-baik perancang. Kalau sampai satu masa tu Allah nak bagi, alhamdulillah sangat-sangat.


23.1.15

Snipping tool


Assalamualaikum..

Aku ni kalau bab gadget ke atau apa-apa new technology ni, kadang-kadang boleh jadi laju sangat..macam-macam tahu. Tapi ada masa noob sangat, super slow. Benda basic pun aku tak tahu dan tak ambil tahu.



Macam snipping tool ni one of it. Boleh pulak aku tak tahu kewujudannya setelah lebih sedekad menggunakan laptop. Okay memang lembab tahap Gary (siput belaan Sponge Bob) tau. Jangan gelak okay. Aku tahu apa kau orang rasa,"bengong betul dak ema hasan ni..ish ish ishhh..". Ye tak?

Itupun aku tahu sebab tengok my besties nama Aina Juani tu (eh..lama dah tak mention nama ni), elok je dia duk copy dan crop gambar. Lepastu aku pun terkagum siap cakap, "best ah laptop kau ada benda snipping tool tu, senang nak crop gambar kan?" Sebab masa tu dia pakai laptop mahal, so aku ni jakun sikit.

Terus je dia pandang pelik dekat aku. Macam dalam hati cakap, "beb..kau ni datang dari mesin back to the future ke? semua laptop ada kot application ni."
-_-'

Tapi nasiblah kawan aku tu baik, tak bahan aku. Kalau bahan sentap jugaklah seminggu tidur hadap dinding. Dia just tanya, "eh kau punya laptop takde ke? cuba cek betul-betul." 


Cek punya cek memang adalah kan. Aku rasa semua version laptop pun ada. Uwaaaa baru tahu masa dah final year kot. Buat penat je dari dulu duk print screen then nak crop pulak. 

Kesian tau aku ni, tahu benda basic je kegunaan lappy. Benda paling tahu, online dan download movie. Heeeeheee *nyorok*


Frosty Friday!


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Hey it's friday already. Pejam celik pejam celik kejap je dah nak masuk minggu baru. Then bulan baru, tahun baru dan macam-macam pun nak baru. Yang lama tu orang nye je. Hehe.

Bangun-bangun pagi ni terasa sangat cuaca pagi ni sejuk terlampau. Bangun solat subuh pun sarung sweater tebal, baru boleh solat dengan tabah tanpa shaking. Karang asbeng cop parkinson ke bini dia ni. Disebabkan dah sejuk mestilah malas mandi, takut nanti beku pulak dalam bilik air, kan kesian. *alasan cliche seorang pemalas*


Macam encik cat ni, kesian kencing dia dah froze, habislah kena batu karang T_T


Karangan 450 hingga 500 perkataan


Assalamualaikum..

Kenapa bercerita pasal karangan ni kan. Nak kata baru habis SPM..dah bertahun, tahun dan tahun dah aku tinggalkan. Nak feeling-feeling muda remaja pun, macam dah nak senja je umur ni. Huhu.

Sebenarnya alkisah dah dekat 6 bulan duduk rumah jadi wife sepenuh masa, hati ni dah mula tak sabar nak kerja. Itu yang sekarang pulun isi jawatan kosong sana sini. Walaupun dari awal sombong tolak kerja..hukhuk yelah dapat kat KL, asbeng pulak kat Gerik..mana mampu den berjauhan. 

Now dah mula job hunting dengan serious nya ye. Kalau dapat dekat ipoh atau kuala alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat. Kalau tak dapat-dapat? *nangis bawah shower*


Okay-okay masih tak masuk bab tajuk kat atas tu. Dalam 3-4 hari lepas, isilah jawatan kosong dekat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Lepastu syarat nak apply kerja kena buat essay 450 hingga 500 perkataan. Tahulah dunia dah maju bukan nak hand writing, tapi dah lama tak buat karangan panjang-panjang. Tajuk pulak huraikan mengenai Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan pastikan semuanya my own words, no plagiarism. 

Makanya aku pun belasah jelah apa aku tahu, sebenarnya hampir tak tahu apa-apa pun. Haha harap tak pening dia orang baca. Kalau bagi tajuk tak berkaitan kerajaan, minat gak rasanya nak terangkan. Wuuu asbeng ni kerja kerajaan, suruh buatkan pun takmau. *merajuk seminggu*

So itu jelah nak cerita. Memang dah lama gila tak buat proper essay dalam bahasa melayu sepanjang itu. Essay tak proper adalah. Dekat mana? Ni hah bersepah dekat blog ni, luahan hati dan perasaan. Takpe..kot nanti ada anak, dia boleh baca mak dia ni punya sengal macamana. Huahua. Eh nak pergi masaklah kejap, lapar.

*p/s ; doa-doakanlah ye ada rezeki anak dan kerja untuk aku :)


Senarai Pemenang Mini GA by Ema Hasan


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Alhamdulillah diber kesempatan menaip lagi untuk kali ni. Yang ni senarai pemenang untuk second GA anjuran aku private and limited. Hehehe. Yang ni sekejap je sebab nama pun mini GA kan.

Pemilihan pemenang adalah menggunakan random.org. Apa result yang keluar aku ambil je, takde tukar-tukar. Sangat telus, mulus dan suci dalam debu gitu. Kepada yang menang, TAHNIAH aku ucapkan ye. Mana yang tidak, len kali boleh cuba lagi. InshaaAllah ada akan yang akan menyusul nanti.


Pemenang bagi second GA ni adalah 9 orang sahaja. 4 orang dapat hadiah berupa topup RM5, dan lagi 5 orang akan tersenarai masuk bloglist aku. Aku mention nama blog je lah eh sebab ada yang tak pasti nama betul. Dan insan yang bertuah tersebut adalah...

Pemenang untuk topup RM5
  1. Dunia MRS Rongoks
  2. Contest & Giveaway
  3. Noor Izwani Eliyana's Blog
  4. Ini Blog CikBunga a.k.a Ciktim
Pemenang tersenarai bloglist
  1. Cerita Dari Jejariku
  2. Karimah Zulkafali
  3. Penulis Hingusan
  4. Watever I like To Write
  5. Macikz Konah

Kepada pemenang hadiah topup, boleh tak bagi sekali lagi email kau orang. Nanti aku senang nak cerita details pasal hadiah. Mana menang bloglist, nanti aku masukkan nama dalam bloglist ye, kau orang relaks je.  Thanks ye semua sudi support GA kecil-kecilan aku ni.




Senarai Pemenang Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Sekejap je dah sebulan tarikh aku anjurkan GA ni. Seperti dijanjikan sebulan yang lepas, maka inilah hari yang dinanti-nantikan semua orang yang join GA aku ni. Ini adalah senarai pemenang yang join first GA aku haritu.

Pemilihan pemenang adalah menggunakan random.org. Apa result yang keluar aku ambil je, takde tukar-tukar. Sangat telus, mulus dan suci dalam debu gitu. Kepada yang menang, TAHNIAH aku ucapkan ye. Mana yang tidak, len kali boleh cuba lagi. InshaaAllah ada akan yang akan menyusul nanti.



Pemenang bagi first GA ni adalah 5 orang sahaja. Aku mention nama blog je lah eh sebab ada yang tak pasti nama betul. Dan insan yang bertuah tersebut adalah...

  1. Tempat pertama (topup RM30 x 1orang) : Emi Izzeyda Diary's
  2. Tempat kedua (topup RM20 x 1orang) : Eny Abdullah
  3. Tempat ketiga (topup RM10 x 3orang) : Always together, Papaglamz.com dan Budubilis Blog

Kepada pemenang, boleh tak bagi sekali lagi email kau orang. Nanti aku senang nak cerita details pasal hadiah. Thanks ye semua sudi support GA kecil-kecilan aku ni.


22.1.15

Mini GA by Ema Hasan (CLOSED)


Assalamualaikum
**Sticky post..scroll down for new entries**

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSiniSini dan Sini

Tak tahulah kenapa 2015 ni rasa bermurah hati sangat nak bagi hadiah dekat rakan-rakan blogger. Bagi yang dah tahu, ini adalah GA kedua aku. GA yang pertama aku? Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan




Syarat penyertaan:

1. Buat satu entry khas bertajuk "Mini GA by Ema Hasan"
2. Tampal banner dibawah beserta backlink ke segmen ini.
3. Then just follow dua blog ni Ema Hasan dan Mrs. Marvelous (keduanya wajib ye)
4. Dah setel semua, sila tinggalkan link segmen kau orang dan # follower ke berapa (untuk kedua-dua blog)
5. Pemenang akan dipilih menggunakan random.org :) 


Hadiah penyertaan:

Topup RM5 x 4 orang
Terpilih untuk senarai bloglist x 5 orang


Tarikh Penting:

Tempoh segmen berlangsung: 14 Jan 2015 - 21 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015 (same date as first GA)
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.


**All the best!**


Senarai peserta setakat ini boleh tengok di SINI!



Selamat pagi khamis !


Assalamualaikum..



Syukur ya Allah masih bernafas untuk satu hari lagi. Semoga KAU permudahkanlah urusan kami kali ini. Amin~

21.1.15

Tisu kaki mereput bahana plastic surgery


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Mula-mula tengok gambar ni aku ingatkan apalah dekat kaki dia sebab tak perasan sangat, semangat zoom lepastu hampir pitam tengok lubang-lubang tu. Sobs. Kisah model ini menjadi topik hangat di Brazil pada hujung tahun lepas.


Model yang bernama Andressa Urach ini berumur 27 tahun dan berasal dari Brazil. Kerana terlalu inginkan kesempurnaan bentuk tubuh dan sebagainya, beliau telah berkali-berkali membuat pembedahan plastik dipelbagai tempat diseluruh tubuhnya. Kerana terlalu obses untuk kelihatan cantik, beliau hampir mempertaruhkan nyawanya setelah mendapatkan rawatan untuk mencantikkan peha.

“Saya malu dengan lubang-lubang dan parut di kaki saya. Bekas luka ini akan ada di kaki saya sepanjang hayat dan melihatnya mengingatkan saya agar terus bersyukur kerana masih boleh bernafas. Terima kasih kepada tuhan kerana memberi peluang kepada saya untuk memberitahu wanita-wanita di luar sana agar tidak melakukan perkara bodoh seperti saya. “Jika semua yang berlaku ini adalah untuk memberi amaran kepada orang lain untuk menyelamatkan mereka daripada kematian, maka itu adalah alasan mengapa saya perlu menempuhinya,” katanya ketika ditemu bual oleh Brazilian TV.

Ianya berlaku kerana Urach telah menyuntik sejenis cecair kimia hydrogel kedalam pehanya untuk membuatkan ianya kelihatan tengang dan pejal. Namun proses tersebut telah memudaratkan beliau, apabila tisu kulitnya mula rosak dan mereput. Ianya hampir meragut nyawa beliau kerana terdapat jangkitan kuman akibat daripada pereputan tisu kulit pehanya itu. Maka proses untuk mengeluarkan bahan kimia tersebut dilakukan secara serta merta bai mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

Ujar Urach lagi, “ketika mahu menyuntik hidrogel tersebut saya langsung tidak berfikir dua kali, malah apabila rakan-rakan menasihati tentang risiko yang bakal berlaku, saya hanya berkata, itu urusan kemudian jika perkara itu benar-benar berlaku. Dahulu, saya berjumpa dengan doktor pembedahan plastik seperti saya pergi ke pusat beli-belah. Ada sahaja yang ingin saya ubah. Saya bagaikan ketagihan pembedahan plastik. Ketika itu, saya hanya mahu orang memandang saya dengan penuh rasa cemburu."

“Saya sentiasa menganggap diri saya hodoh. Ketika remaja saya sangat kurus dan sering menjadi mangsa buli. Saya juga tidak cukup tinggi untuk menjadi model peragaan atau model katalog, tetapi pada masa sama saya mahu menjadi terkenal. Stesen televisyen pula hanya memberi peluang kepada wanita yang mempunyai bentuk tubuh menggiurkan dengan dada, punggung dan paha yang besar,” tambahnya lagi.



Kini beliau masih dalam kesakitan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Kesakitan yang dialami sukar untuk digambarkan. Lukanya yang masih berdarah membuatkan Urach perlu menukar pembalut luka sebanyak dua kali sehari. Dia juga perlu mengambil tiga jenis antibiotik dan ubat tahan sakit, selain menggunakan pam tangan untuk mengeluarkan cecair dari tubuhnya melalui tiub yang dimasukkan pada lubang di kedua belah kakinya.


Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pembentukan Semula, Estetik, dan Bedah Plastik British (BAPRAS), Nigel Mercer, berpendapat, tidak mungkin gabungan hidrogel dan PMMA menjadi punca kerosakan pada badan Urach sebagaimana didakwa. Sebaliknya kecederaan yang dialaminya adalah disebabkan jangkitan kerana menggunakan peralatan yang tidak dinyah kuman (stril).


Dato' Ramli MS backup Qu Puteh


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Berikutan dengan #AJL29 yang berlangsung baru-baru ini, Qu Puteh telah mendapat kritikan yang hebat dari penonton dan juga beberapa artis lain kerana dikatakan ianya dah over-shadowed majlis #AJL29 itu sendiri. Yelah semua pengacara rancangan tu pun tak putus-putus bercakap pasal Qu Puteh, iklan pun pasal Qu Puteh.

Aku sendiri pun ada jugak berkata-kata pasal Qu Puteh ni. Tapi takdelah sampai tahap ekstrim nak mengata Dato' Vida sekali. Kesian pulak dekat dia kan. Dahla mengeluarkan duit yang banyak untuk menaja #AJL29, ramai pulak yang memberikan kata-kata negatif.

Kalau baca dekat twitter memang boleh nampak bertapa dasyat dan kejamnya tohmahan dan kecaman yang diterima Dato' Vida. Siap ada yang terlebih rajin edit gambar Dato' Vida dan membuat perbandingan dengan gambar lain.


Dalam ramai-ramai yang berikan kata negatif, Dato' Ramli MS dilihat tampil untuk cuba mempertahankan Qu Puteh dan pemiliknya, Dato' Vida. Betul jugak kata Ramli MS tu, dah dia yang taja sepenuhnya program #AJL29 tu, ikut dialah nak buat apa pun. 

Harap next AJL adalah keyboard warrior mana-mana nak taja dengan duit juta-juta pulakkan. Huhu. Lepastu bolehlah buat ikut tema sendiri.


Earn money with Nuffnang | CPUV #4 2015


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini.


Disebabkan harini wordless wednesday, maka malas cakap banyak. Mengantuk pun tak habis lagi. Heheh. Nak share CPUV baru untuk hari ini je. Lepastu boleh sambung tido. Hoyehh


Terima kasih Allah atas rezeki kurniaan mu :')


Apa itu Churpchurp?


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini.


Semalam dah bercerita pasal Nuffnang dan cara daftar kan, harini cikgu ema nak ajor kome pasal Churpchurp pulak, cara daftar dan cara share kempen. Mohon bertabah ye jika tutorial ini tunggang langgang. Jadi mari tengok langkah pertama.

Langkah pertama wajiblah bukak website Churpchurp ni. Dan pastikan kau berdaftar dengan Churpchurp Malaysia. Jangan buat pasal berdaftar dengan negara lain pulak, nganga nanti kau nak baca instruction dia. Lepas tu bolehlah sign up dengan menggunakan email atau boleh guna twitter log in je kalau ada akaun twitter,

Sesudah itu isilah semua yang diperlukan dekat personal details, education dan sebagainya sampai habis dekat bawah tu dan jangan lupa Save. Dah siap isi, sekarang kita cerita macamana nak share kempen pulak. First kau pergi dekat Rewards yang aku kotakkan no 2.

So kau akan nampak macam gambar dibawah ni, Ada 4 jenis kempen yang ada dekat Churpchurp ni. Yang selalu availabe adalah social share. Yang social seed tu, kau akan nampak iklan tu kalau dia orang pilihkan untuk kau. Yang dua lagi tu aku tak berapa pasti. Tapi kita focus kepada social share dulu ye. Jangan tamak haloba. Huhu. Okay part nak share pulak. Kan ada gambar perempuan pegang phone tu, itu adalah salah satu kempen yang sedang berlangsung. Kalau iklan yang belum pernah kau share, dia akan keluar Share Now dekat kotak no 2 tu. Disebabkan aku dah selalu share kempen tu, makan dia akan keluar Earn More. Jadi kau klik lah dekat situ.

Lepas tu page bawah ni akan terbuka..inshaaAllah lah kalau kau daftar tempat yang betul sejak awal aku membebel tadi. Cara nak share ni ada banyak, tapi aku share empat je dulu. Aku cerita ikut turutan no dekat bawah ni okay. Yang no 1 tu, kalau kau nak share kempen tapi malas nak reka ayat sendiri makan boleh klik situ. Klik je dekat perkataan Link tu, dia akan jadi automatik copy. 

Tapi kalau ayat macam iklan sangat, orang jarang nak klik. So boleh try yang no 2, compose ayat sendiri. Kalau aku, aku guna je keyword yang dia bagi dekat bawah tu untuk compose ayat. Buatlah ayat yang menarik, bila orang tengok tu teringinnya nak klik. Bila dah siap compose ayat, klik dekat bahagian Save & Copy tu. Kiranya kau dah save lah, tunggu nak paste je.

Atau no 3, boleh copy link sahaja yang aku petakkan no 3 tu. Link tu paste lah dekat blog kau ke, atau status mesengger ke. Ikut suka kau lah. Aku lebih suka share dekat blog, setiap kali entri baru aku akan letak dekat atas, macam dekat atas entri ni bawah Assalamualaikum tu.

Yang no 4 tu pulak kalau kau ada twitter, kau nak auto-share je. Dia akan auto-share setiap 24 jam tak silap aku. So kalau kau tak bukak pun, dia akan share sehari sekali. Tapi lambatlah cara ni kan.


Okay kira dah setel part copy dekat atas tadi, tak kiralah yang dah siap ayat atau ayat yang kau compose sendiri. Now kita pergi part nak share dimana dan bagaimana pulak. Yang bawah ni contoh aku share dekat facebook aku. Bukan susah pun, tadi dah copy..now paste jelah dekat status kau tu. Daripada up status mengumpat, baiklah share kempen Nuffnang ni, ada jugak hasilnya. Aku share dekat private facebook je, tak cukup power sampai nak buat fanpage. Tapi yang penting jangan share dekat page orang atau wall orang lain, pendek kata jangan spam. Nanti kalau ada orang report spam, Churpchurp akan sekat earning kau. Lepastu boleh jugak share dekat akaun Twitter, kalau kau ada akaun twitter. Bagi aku share dekat twitter lebih cepat dan lebih besar peluang orang akan klik. 




Setiap klik dapat 20sen, tapi tak payah memandai nak klik sendiri. Sebab dia kira 20sen untuk satu unique id. Tapi sesetengah kempen, setiap rabu akan jadi 40sen per click. So kau boleh baca dulu sebelum nak share tu. Okay, aku rasa itu sahaja untuk yang boleh aku share mengenai churpchurp ni. Semoga apa yang aku share dapat membantu dan memberikan manfaat kepada kau orang semua. Yang dah tahu dan dah masuk kategori terer baq hang tu, sila share pulak ilmu dengan aku. Aku ni pun separa newbies lagi. Tahu sikit-sikit je. 

Sejuknya pagi-pagi dekat Gerik ni cecah sampai 19-20 darjah celcius setiap pagi sekarang ni. Rasa macam nak sambung berguling dalam selimut. Eh kalau nak tahu lagi, lagi dan lagi tentang perkara yang berkaitan, bolehlah baca entri lain di Nuffnang Tips ni. ^_^