25.3.14

Hopping for miracles..MH370

Assalamualaikum..

Hari ni dunia dikejutkan dengan pengesahan tentang pesawat MH370 yang dikatakan terhempas kedalam lautan hindi. Ianya dikatakan telah disahkan terhempas dan disampaikan oleh PM kita sendiri. Dikatakan juga tiada seorang pun yang terselamat dari nahas tersebut..Allahurabbi.. Bila dengar berita ni, tak tahu perasaan apa yang nak aku luahkan. Sedih tu memang, tapi dalam masa yang sama ada sedikit perasaan lega hadir dalam diri dan juga ada perasaan yang seolah-olah masih berharap.

Yup..miracles do happen. In shaa Allah.
Sedih..andai keluarga aku yang terlibat, tak pasti macamana aku nak hadapi kenyataan pahit ni. Siapa sangka hari terakhir melihat mereka dilapangan terbang sebelum menaiki pesawat tersebut merupakan hari terakhir untuk bersama mereka..yang terakhir untuk selamanya. Siapa sangka kan?

Namun kini penantian keluarga mereka telah berakhir, walaupun pengakhiran ini pahit..perit..dan payah untuk ditelan, sekurang-sekurangnya mereka tahu apa yang terjadi. Tidak terus meletakkan diri didalam tanda tanya. Walau tiada jasad untuk dituntut, tiada ucapan selamat tinggal terakhir..yang pasti mereka tahu, kemungkinannya ada disitu. Mungkin ada yang masih menyimpan harap, masih berpegang pada janji si anak, si bapa atau si ibu yang mengatakan mereka akan pulang..masih berharap mereka-mereka ini masih bernafas dimuka bumi Allah ni. Bukan menolak takdir Allah, namun lebih kepada menenangkan hati sendiri bahawa harapan itu sentiasa ada.

Im still hopping that they still alive and breathing safely. 
Jika benar mereka telah pergi..telah dipanggil menghadap penciptanya, aku pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang maha mengetahui baik buruk setiap sesuatu kejadian. Walau apa pun yang berlaku. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat penumpang dan juga krew yang terlibat.

-Al-FATIHAH-

21.3.14

Demam urat..apa tu?

Assalamualaikum..

Mungkin ada yang tak pernah dengar apa tu demam urat? Takkan urat pun boleh demam ye tak? Tapi tulah, kalau aku tak mengalaminya sendiri aku pun takkan tau apa tu demam urat. Sebenarnya ni dah kali kedua aku kena demam urat ni? First kena demam ni masa bulan puasa last year. Sempatlah ponteng puasa lima hari sebab badan terlalu panas dan tak boleh bergerak sebab terlalu sakit. Sumpah sakit kalau kena demam ni..memang sakit tahap boleh nangis punya. Rasa macam satu badan berdenyut-denyut sampai tak boleh nak beralih tempat tidur.

Tengah aku menaip ni, sebenarnya ni dah hari ketiga aku kena demam ni. Baru malam ni boleh bangun dan roomate aku belikan aku nasi..dan baru ada selera nak jamah sikit. Kalau tidak tiga hari tak masuk apa-apa dalam perut ni. Mana tak nya, asal makan je muntah..minum pun muntah jugak.Teringat pulak kena demam ni kat rumah last year, mak ada tolong jagakan. Now dah kena dekat rumah sewa, rasa nak menangis je rindukan mak.. :'(

Aku pun tak pasti apa punca demam urat ni. Aku adalah bertanya dengan encik google punca demam urat ni, so ni lah hasilnya yang aku dapat:-
  • tak biasa bersukan atau sekali-sekala bersukan
  • suka makan-makanan yang sejuk menyebabkan mudah kekejangan otot
  • stress di tempat kerja sebab terlalu sejuk dan kerja yang banyak
  • urat membengkak perjalanan darah tak jalan ikut saluran yang betul sebab dalam tubuh kita ada bermacam jenis urat
Tapi untuk kes aku ni tak pastilah kenapa. Maybe last year kena sebab sakan sangat buat kuih raya kot. Yelah kalau dah start mengadap kuih raya tu memanglah makan masa berjam-jam lamanya. Yang kali ni pulak mungkin gigih sangat nak kurus bersenam buat crunch and sit-up bagai. Tak pun petang sebelum kena tu aku semangat sangat melepak dekat teluk cempedak tu. Siap terkinja-kinja berlari sana sini cari ketam. (Haa amiklah balasannya..(kata ketam tu).. Orang tua-tua pun ada jugak cakap mungkin tak tahan kena angin pantai. Almaklumlah dah lama tak melepak dekat situ. 

.
.
.
.
.
Apa-apa pun..semoga esok badan aku lebih sihat dan boleh pergi kelas macam biasa. Amin :)



15.3.14

Kenduri kahwin..

Assalamualaikum..

Hai..sebelum aku nak bercerita panjang, jom kita semua doakan semoga penumpang dan krew yang terlibat dengan kes kehilangan kapal terbang MH370 agar Allah SWT lindungi diorang semua dari sebarang mala petaka dan agar diorang dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing. Maklumlah terlalu banyak spekulasi sekarang ni kan. So apa yang terjadi pada mereka ni..Wallahu'alam bissawab. Kita doakan jelah yang baik-baik.

Okay berbalik pada tajuk entri aku diatas. Last month aku dan Mr.FH pergilah majlis kahwin kawan. Majlis perkahwinan Hizal & Linda. Punyalah gigih tau sebab sanggup pergi dua-dua belah pihak which is satu dekat Penang dan satu lagi dekat Ampang, tapi disebabkan kedua-duanya pun adalah kawan kami berdua so digagahkan jugaklah. Tambahan pengantin lelaki adalah kawan baik Mr.FH ni. Kitorang berempat ni actually kawan sekelas masa belajar dekat PUO dulu..so tu yang macam wajib kena pergi.

Majlis belah Penang (belah perempuan) yang berlangsung pada 15 Feb 2014, hanya aku dan Mr.FH je yang wakil dari PUO, yang lain semua nak pergi belah lelaki maklumlah ramai yang kerja area KL kan. So tercongoklah kami berdua dekat situ tanpa kenalan lain..haha agak blur jugaklah time tu sebab sampai awal. Nak tunggu pengantin sampai dekat sejam jugak, so layanlah perut yang sememangnya sangat lapar time tu. Kat sana sempatlah snap beberapa gambar.

Cantik dan hensem tau kedua-dua pengantin ni. Jelessss tau.



Then  the next weekend, pergi pulak majlis belah lelaki di Ampang. Sebenarnya aku dah balik kuantan, tapi sanggup turun KL..sebab boleh jumpa Mr.FH..hehe.. Yang dekat sini lebih havoc sebabnya hampir satu kelas member-member PUO datang so dah macam reunion pulak dekat situ. Maka huru-haralah majlis kawan aku tu. Mr.FH pun satu, dah jumpa member mulalah terbabas perangai gila-gila dia tu. Papepun memang bestlah dapat jumpa diorang semua. 

Nampak tak kesengalan Mr.FH aku kat belakang tu..



Tunang siapalah yang suka interframe tu..ish ish ishhh..

Tengok majlis orang, aku pulak rasa excited. Tinggal 4 bulan je lagi aku nak prepare untuk majlis sendiri pulak. Tapi tulah banyak lagi yang tak setel sebenarnya. Banyak benda yang aku nak DIY tapi macam tak sempat sebab aku sekarang dah last sem, so banyak betul project nak kena handle plus dengan final year project punya lab dan thesis. Nak berulang alik dari Kuantan ke Ipoh pun satu hal jugak. Family dah push itu ini, tapi bila call Mr.FH..dia mesti cakap..relaksss.. Harapnya semua berjalan lancarlah nanti..Amin~





20.2.14

Jom kurus bersama Diet Atkins

Assalamulaikum

Hallooo everybody. Harini nak sembang benda serius sikit. Okay meh dekat sikit. Berdasarkan tajuk entri aku kali ni, mestilah nak update pasal diet kan. Atkins? Apa atkins tu? Okay meh nak cerita sikit asal-usulnya diet atkins ni. Sebenarnya diet atkins ni merupakan sejenis diet atau senang kata cara permakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins. 

Target utama diet atkins ni adalah untuk kurus (haruslahkan..) dengan menyingkir lemak dan memaksa tubuh badan kita membakar lemak dan karbohidrat yang terkumpul dalam badan. Tapi untuk sampai ketahap pembakaran karbohidrat ni, kita perlu untuk mengikut segala pantang larang dalam diet atkins. Antara pantang larang paling besar sekali kita kena mengehadkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian kita contohnya seperti nasi, mee, kentang, gula dan juga sebarang makanan berasaskan tepung.

Terdapat 4 fasa dalam diet atkins ni:
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
Sebenarnya aku pun masih dalam fasa pertama lagi, masih dalam fasa induction. So tak nak lah nak sembang kencang sangat. Alhamdulillah dalam masa seminggu amalkan diet atkins ni, lebih kurang 4kg jugaklah hilang. sebelum ni berat aku hampir 60kg tapi sekarang 55kg je. Almaklumlah nak slim atas pelamin katanya kan. Hehe. Target aku nak dapatkan berat 50kg masa wedding aku nanti, In shaa Allah.

Nak cerita banyak-banyak pun susah jugak kat sini sebab diet ni bukan sebarang diet, perlukan ilmu jugak. Kita tak boleh nak diet membabibuta je. Nanti sakit payah pulakkan. So bagi yang berminat aku sarankan korang join group KELAB DIET ATKINS ni dekat facebook. Dekat sana lebih ramai otai-otai yang akan buatkan korang excited tengok testimoni diorang dan korang boleh dapat lebih banyak info tentang atkins ni. Contohnya info tentang makanan yang diharamkan dalam atkins dan menu-menu sesuai ketika ber'atkins'.

Okay peeps. Selamat diet. :)

10.2.14

Wedding series: Persiapan Kahwin?


Assalamualaikum.

Ni minggu terakhir nak bersenang-lenang dekat rumah. Minggu depan dah start kuliah. Malas betul nak balik ke Pahang ni. Tahulah perjalanan Perak ke Pahang sememangnya jauh (belum oversea lagi..kecoh haha). Result exams pun dah keluar last week. Hasilnya alhamdulillah semua masih dalam kawalan..hakhak. Kalau dah balik ke Pahang, pastilah rindu dengan masakan mak aku nanti. :'(

Sebelum balik kampus ni banyak benda yang aku dah setel dan survey-sucey untuk barang kahwin. Barang hantaran pun dah mula beli sikit-sikit disebabkan sales masa CNY aritu kan. Mesti kekorang kata kecoh nak beli awal padahal majlis lambat lagikan. Tapi aku ni belajarnya di Kuantan, haruslah jarang balik. Kat kuantan tu pulak satu-satunya mall yang boleh cari barang hantaran adalah kat ECM tu, tapi tula selalunya tak banyak choice kat sana (orang Kuantan jangan marah aaa..). Kalau beli dekat Perak mestilah dipantau ketat oleh Mr.FH supaya aku tidak boros (erkk).. So yang paling best mari bershopping di KL sana..haha. 

So antara perkara-perkara penting yang aku dah buat (booked) dalam persiapan kahwin ni adalah:
  1. Kursus kahwin
  2. Pelamin
  3. Busana pengantin (nikah, bersanding & bertandang)
  4. Make up (nikah, bersanding & bertandang)
  5. Dekorasi meja makan pengantin bersama khemah makan tetamu
  6. Beberapa barang hantaran untuk aku dan Mr.FH (bag, kasut, perfumes, etc.)
  7. Beberapa pasang kain ela untuk family members
Masa memula nak book pelamin ni aku rasa macam awal lagi, tapi bila pergi sana untuk tarikh yang dekat-dekat dengan aku ni ada lah 2 3 pasangan dah book lagi awal. So takdelah rasa segan sangat. Takut jugak akak bridal boutique tu kata aku ni dah tak menyempat..gitu. 

Dulang hantaran kakak aku janji nak buatkan, rasa macam nak guna fresh flowers tapi belum survey lagi kedai-kedai area ipoh ni. Kalau yang artificial flowers aku dah survey dekat bandar baru sri iskandar tu. Aku bercadang nak DIY je doorgift, so barang-barang dia aku dah survey jugak kat situ jauh lebih murah berbanding tempat lain. So yang checklist tu belum finalize lagi. Dah dekat nanti baru finalizekan.
.
.
.
.
Okay nanti update lagi ye. :D

9.2.14

Wedding series: Jom Kursus Kahwin!

Assalamualaikum..

Hai hai hai.. Last update blog ni last year..hakhak.. Beria cakap nak bertunang kan haritu. Alhamdulillah plan bertunang tersebut diteruskan dan berjalan lancar pada 17 August 2013. So dah lebih kurang 6 bulan lah bergelar tunangan pada Mr.FH. Dah dekat setengah setahun bertunang baru nak update. Buat majlis pun simple-simple je almaklumlah belum makan gaji lagi. Disebabkan masa bertunang tu dah bincang nak ikat setahun.. maksudnya majlis kahwin aku akan dijalankan syawal jugaklah (In shaa Allah).. so 6 bulan pertama haruslah buat relax kan. Maklumlah student kan..ececehhh alasan. Sekarang ni boleh dikatakan dah masuk 6 bulan yang kedua, so dah start gelabahlah nak prepare macam-macam. 

Perkara pertama yang aku buat dulu adalah blog-walking sana sini tengok idea majlis kahwin orang lain. Daripada dekat mana nak tempah kad, nak tempah pelamin baju dan macam-macam lagi termasuklah doorgift. Almaklumlah student lagi kena berjimat cermat. Kesian Mr.FH nak tanggung memacam. 

Dah dua perenggan ku merepek, sekarang nak berbalik pada tajuk diatas..hehe. So kepada bride to be tu, ini adalah langkah pertama yang penting untuk kahwin. Jangan pulak kau buat pasal prepare memacam untuk majlis kira nak havoc sana sini tapi kursus kahwin kau buat lupa..alamatnya gulung tikarlah pelamin kauorang nanti. :D

Sebenarnya aku dah pergi kursus kahwin ni 3 minggu lepas lagi. Bru sekarang nak bercerita sebab tengah rajin nak berblog balik. Kursus kahwin ni aku ambik dekat Hasani management cawangan Ipoh. Hasani Management ni ada banyak cawangan sebenarnya sekitar Kedah dan Perak..nak tahu lebih lanjut boleh klik sini. Mr.FH yang book kursus kahwin dekat sini, dia just mintak no ic aku dan tak bagitahu kenapa. Rupa-rupanya dia nak book kursus kahwin ala-ala surprise kot..LOL :p

Modul yang telah di'standardize'kan oleh jakim plus resit pembayaran.
Ni hah bangunannya..
Hasani Management cawangan Ipoh ni bertempat dekat-dekat dengan bustop ipoh @ medan kid (tak pasti betul ke tak ejaan ni..huhu). Tapi ianya terletak seberang jalan berhadapan dengan bustop tu. Kiranya kena masuk dekat restoran daun pisang tu then belok kiri. Korang pusing-pusing for sure boleh nampak bangunan tu.

Kursus kahwin ni akan ambil masa dua hari iaitu sabtu dan ahad dari pukul 8.30 pagi - 5.00 petang. So pepandailah korang cari masa lapang lagipun kan week day, senanglah kerja. Kira okaylah kursus kahwin kat sini sebab penceramah a.k.a ustaz kat sana sempoi-sempoi baq hang. Bagi aku lah..tak mengantuk sebab asyik gelak je sepanjang dua hari berkursus tu. Last day tu dia akan bagi kita jawab test. Mudah je In shaa Allah.
.
.
.
.
.
So after dua hari..inilah penghujungnya..YES! hikhik..


Panjang pulak entry kali ni..nanti aku update preparation lain pulak! :)

10.4.13

Haiii..immm backkkk!!!

Assalamualaikum. Dah dua tahun tinggalkan blog ni. Now tiba-tiba teringat nak bukak balik. Dulu orang nak bukak blog, aku pun nak bukak blog tapi aku tak tahu nak update apa. Nampak tak sangat kasihan dan lifeless nya aku disitu..haha.


Dalam bulan 6 atau 7 nanti maybe aku nak bertunang (dikala rakan sebaya semua dah sepakat usung anak kehulu kehilir..sobs), aku pulak masih buat ayat maybe kat depan tu..haha.


Seperti yang telah di'count' oleh ticker kat blog ni..dah 3 tahun 9 bulan aku kawan dengan mr.boyfie. Dalam masa tu banyak jugaklah dugaannya. Dugaan dari pihak aku..pihak dia..macam-macam lagi lah. Dan alhamdulillah kami masih mampu bertahan sampai sekarang tau uolls. Bukan nak cerita hebat ke tak hebat tapi nak cerita dah tak sabar nak tamatkannya dengan perkahwinan. Ehem..kemain gatal tau aku ni..haha.
.
.
.
.
.
K la..nak merapu itu je for now. See u till later. Ahaks!