16.12.14

Bestnya Astro HD! #AstroHDUniverse

Terkenang pulak zaman belajar nak tengok movie atau cerita apa pun, semuanya kena download. Nak pergi cinema pun boleh tahan jauh jugak nak keluar ke bandar masa tu. Almaklumlah kan student..aku pulak takde transport. Nak naik bas karang, habis lambat maka tak baliklah aku kan. Nasiblah ada bff yang sentiasa membantu dikala ku kesusahan dan kesempitan..ececeh.

Dah duduk rumah ni memang rasa best sangat. Sebab apa best? Nak tengok cerita apa pun senang. Tambahan pulak sejak dah melanggan Astro HD, pilihan channel pun dah makin banyak. Lagipun dah kahwin dan duduk pulak rumah sendiri memang takde siapa nak halang aku duduk depan tv sepanjang hari. Husband pun memang sekepala, jadi takde masalah nak tengok channel apa pun.

Ada 48 channel HD untuk ditonton woi! Jomlah ramai-ramai join #AstroHDUniverse revolution ni :)


So dapatlah spend quality time dengan husband kan duduk rumah, bergolek sambil tengok tv. Berkain pelikat dan batik suami isteri. Sambil tu mulut pulak "krup krap krup krap" mengunyah keropok ikan. Kau orang bayangkan jelah heaven tak heaven nye kan. Tak payah lagi dah berpusing cari parking, tak payah nak beratur beli tiket dan tak payah nak bersiksa beratur semata-semata demi popcorn. Dan yang penting laki kau orang tak payah nak tunggu berjam-jam korang siap make-up. Memang suka sangat lah kan husband aku bab-bab macamtu.

Kalau kau orang pulak ada anak kecik memang lagilah terbaik. Layankan je astro HD ni dekat rumah. Pilihan untuk anak-anak pun ada. Tambahan untuk Christmas dan New Year ni, pilihan yang tersedia pun lebih banyak.

8 Channel baru HD:
Astro AEC HD (CH 306)
Astro Shuang Xing (CH 307)
Fox Action Movies HD (CH 430)
Fox Family Movies (CH 434)
HITS HD (CH 720)
DIVA HD (CH 723)
FOX HD (CH 724)
FYI HD (CH 736)

2 Channel baru SD:
Celestial Classic Movies (CH 321)
ZooMoo (CH 619)

Kalau kau orang memang dah melanggan rangkaian Astro HD, kau orang boleh tengok percuma preview 10 channel baru ni bermula dari 16 Nov sehingga 28 Feb 2015! Jadi tunggu apa lagi?


Nak tau lebih lanjut? Sila layari www.astro.com.my

15.12.14

Mee Bandung Segera ;p


Assalamualaikum..

Oleh sebab taknak rasa macam terlebih power sebab dapat buat mee bandung, haruslah dekat title dah bagitahu siap-siap. Aku guna yang ready made punya perencah. Punyalah malas nak pergi blend udang kering bagai, malas katanya kan. So cari je yang mudah. Actually ni aku buat lama dah, last month kot tapi terperap dalam phone je, lepas tu haruslah nak tunggu belog ni bersawang. Perencah apa aku guna? Ni bukan jual pulak tau. Saja nak share je.



Nampak tak tu tak perlu tumis, sesuai untuk orang malas macam aku. Haha. Senang kerja aku rebus jap daging sampai empuk, lepas tu masuk je perencah ni dalam periuk tu, masaklah sampai dapat kepekatan yang kau nak. Aku suka pekat-pekat, baru terangkat ummph dia. Rasa dia okaylah terubat hati nak makan mee bandung muar..hakhak. Pastu boleh pecah telur dalam tu, jangan kacau pulak lepas tu. Sebab kalau dapat telur tu sebijik-sebijik lagi sedap. Hasil dia? Jeng jeng jeng...


Lupa pulak tabur bawang goreng. Penat tau buat bawang goreng sendiri, lagi penat dari nak masak mee ni. Sobs. Yelah nak potong bawang kecik-kecik tu lagi (fasa paling malas sebab kena hiris nipis-nipis nak bagi rangup). Tabur gula pastu goreng. Memang selamat lah kan kalau nak diikutkan daripada engkorang makan  bawang goreng straw yang express tu. Alamak lapar pulak tenung gambar ni lama-lama. Hiks T_T

Hamil semula selepas keguguran (?)

Assalamualaikum..

Ecewah..tengok title atas macam dah hamil lagi je kan. Actually belum dikurniakan rezeki lagi, takde good news lagi nak share. Hopefully soon adalah kan..hehe. Lagipun tak sampai sebulan lagi keguguran haritu kan. Tapi aku masih mencari info tempoh terbaik untuk hamil semula selepas Keguguran Di Awal Kehamilan. 

Alhamdulillah masa aku gugur tu aku doc dah scan dan pastikan kes aku ni adalah 'complete abortion', so tak payah kena D&C (dilation & curettage) maksudnya cuci rahim. Takut masih ada saki baki janin yang tak keluar, dan kalau dibiarkan boleh memudaratkan ibu tersebut.

So berdasarkan carian info yang aku dapat, tempoh terbaik untuk hamil lagi adalah 3 bulan selepas keguguran (3 kali kitaran periodlah masksudnya). Tapi kalau ikut saranan sesetengah doc mereka akan suruh kita mula planning untuk hamil 6 bulan selepas keguguran. Kenapa 6 bulan kan? Sebab nak bagi masa rahim kita  kuat semula dan sembuh sepenuhnya.

Tapi hal ni bergantung kepada individu itu sendiri jugak. Berdasarkan pembacaan aku, ada jugak yang a month after keguguran diorang dah mengandung balik. Dan ada jugak tak sampai sebulan pun.  Kebanyakannya melibatkan keguguran bawah 12 week dan yang tidak memerlukan D&C lah. Sebab kalau kita kena D&C memang kena berpantang dengan husband minimum pun sebulan. So nak pregnant macamana kan if takde aktiviti ehem ehem tu. 

Sebenarnya kalau kita rasa badan dah okay, dah rasa kuat takde masalah rasanya nak TTS (Trying to concieve) again kan? Lagipun masa keguguran tu doc mesti ada bagitahu kita ni ada penyakit ke atau apa-apa ke kan, so kalau dia kata kita normal takde masalah nak hamil, so apa tunggu lagi kan ;)

Doa untuk mendapat zuriat yang soleh

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah SWT mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan dapat meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Amin Ya Rabbal Alamin.


13.12.14

Lapar

Assalamualaikum..


Tak tau lah pasal apa sekarang asyik lapar je kan. Sedap je makan nasi tiga kali harini kan. Aritu ada jugak alasan pembawakan budak, ni nak bagi alasan apa pun tak tau. Dan tak lama kemudian masih lapar dah berfikir-fikir nak makan apa pulak. So stress okay. Ehh stress ke (?) 

Niatnya nak diet tapi nak mulakan diet tu, rasa macam errr i kurus lagi hokayy. Sangat perasan perempuan sorang ni k. Lepas tu merungut kenapa baju dan seluar makin ketat. Haruslah kan nak salahkan baju tu yang shrinked kan. Dasar tau..tak sedar diri..duhhh..

Okaylah nak cerita pasal lapar and dah gemuk je sebenarnya. Itu je sebab musabab aku ni create blog ni kan. Heheh. Okaylah aku nak pergi selongkar fridge jap ;p

11.12.14

Wanita berkerjaya vs Suri rumah

Assalamualaikum..


Apa perkaitannya tajuk diatas dengan aku? Haaa banyak kaitannya. Kalau korang, korang nak pilih yang mana? Kalau aku pilih berkerja lah kot. Sebab aku suka shopping..muahaha. Nak mintak kat encik asbeng bebanyak rasa tak sampai hati. Lagipun takkan nak perap je degree dalam almari tu. Nak sambung belajar macam dah tak lalu je..haha mudah mengalah. Tunggulah master dan  PHD, akan ku PJJ kan dikau nanti. 

Sekarang ni dah nak masuk 6 bulan aku ni jadi penganggur terhormat. Memang rasa tak sabar nak kerja tapi belum ada rezeki lagi. Ada jugak dapa panggilan interview sekitar KL dan Johor, tapi jauh sangatlah. Mesti encik asbeng tak kasi. So aku pun abaikan je temuduga tersebut. Lagipun berbakti pada suami lebih besar ganjarannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kan. So duduklah dulu disisi suami selagi boleh..hehe dah memang suka berkepit pun kan. Harap-harap sampai tua pun macamni, memang tak suka berenggang.

Kalau difikir-fikirkan bilalah nak dapat rezeki kerja dalam perak ni ye. Memandangkan aku duduk gerik sekarang ni dapat area ipoh atau kuala kangsar pun dah bersyukur. Tapi itulah masih dalam proses berusaha, berdoa dan tawakal. Dalam masa yang sama masih berharap Allah murahkan rezeki kami  dan kurniakan zuriat kepada kami. 

Tak sabar rasanya nak rasa pegang anak sendiri. Tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya. So kita sebagai hamba kenalah redha dengan setiap ketentuannya. Aku yakin dan percaya Allah ada percaturan yang lebih untuk aku. InshaaAllah :)
.
.
.
.
Doakan aku ye kalian semua semoga dipermudahkan Allah didalam setiap urusan didunia dan akhirat...

Belanja gambar sekeping dengan asbeng kite layan sengkuang calit
dekat Taman Tasik Permaisuri ;p

26.11.14

Resepi: Kek Marble Susu

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak lepas kahwin kemain lagi aku suka duduk dapur. Kalau takde apa nak buat pun mesti kedapur tengok apa ada, kalau tak memasak aku cari benda nak mengunyap. Makin mok lah lepas ni. Sobs. Sebenarnya entry ni dah sebulan terperap dalam draft, so harinilah publish. Tihihi.

Bukan apa sebab cik abang pun tak cerewet tentang makanan. Apa aku masak semua habis. Tak pernah membazir lagi sepanjang 2 bulan usia perkahwinan. Ececeh macam dah kahwin dua tahun kau kan shima.

Okay back to tajuk entry kat atas tu. Aku ada try buat kek guna pemanggang ajaib. Maklumlah baru kahwin barang tak lengkap, ada basic needs je dulu. Tapi guna pemanggang ajaib ni memang tak menghampakan. Resepi kek ni pun aku mintak dari kawan je, Alhamdulillah menjadi dan dah empat (what?? dasar mok tau) kali pun buat. Sebab bahan dia simple dan tak guna banyak barang.




Bahan-bahan kek:
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder (tak perlu kalau guna self rise flour)
1 cawan gula castor (aku just 3/4 sebab tak suka manis-manis)
1 cawan mentega
2 sb susu pekat manis (aku guna 1 1/2 je)
3 biji telur
1 sk esen vanilla
Beberapa jenis pewarna untuk membentuk lapisan berwarna (ikut selera anda)

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla dan kacau rata hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
4. Bahagikan ikut beberapa bahagian mengikut pewarna yang ada mahukan.
5. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah disapu marjerin atau dialas baking paper secara berlapis mengikut warna. Disarankan mengguna sudu. (Contohnya bubuh merah satu sudu, kuning satu sudu dan hijau satu sudu. Kemudian ulang semula merah, kuning dan hijau dan berikutnya sehingga habis semua bancuhan)
6. Semasa menyudu bancuhan kedalam loyang disarankan untuk menghentak-hentak sedikit sudu dan menggoyangkan loyang untuk mencantikkan lapisan dan membuang lapisan udara yang mungkin terhasil.
7. Boleh dibakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah celcius didalam oven atau bakar dengan pemanggang ajaib dengan api perlahan sehingga masak.
.
.
.
.
.
Selamat mencuba ye mengkome!

Keguguran di awal kehamilan

Assalamualaikum..

Tak tahulah kenapa sejak kahwin ni makin malas update blog. Padahal aku ni surirumah sepenuh masa dengan degree yang diperam dalam file. Dah hampir 4 bulan bergelar isteri kepada encik hubby. Alhamdulillah.

Okaylah ni aku nak cerita pasal pengalaman aku keguguran. Keguguran pertama untuk anak yang pertama. Actually baru semalam aku mengalami keguguran ni. Kandungan aku berusia 6 minggu sepatutnya. Memang sedih kalau diikutkan, tapi bukan rezeki aku dan hubby lagi..kenalah redha.

Ianya bermula macamni aku memang ada masalah selalu sakit perut sebelum ni. Kadang-kadang aku risau jugak kot ada ketumbuhan ke dalam perut ni, Yelah sekarang penyakit terlalu banyak kan berkaitan dengan perempuan ni. Contohnya cyst lah fibroid lah. So one day aku decide nak pergi cek dekat hospital, sebab dalam 2 3 minggu kebelakangan ni aku selalu rasa kram perut dan rasa senak dekat area bawah pusat. 

So pada 18/11/2014 which is last week aku pergilah hospital kerajaan memandangkan gerik ni pekan kecik aku tak sure ada tak O&G specialist. Aku cakaplah dekat doc yang perut selalu sakit dan bila bersama dengan husband aku rasa kurang selesa. Doc suggest nak cek dengan cara scan and seluk dekat bawah tu. Hah terkejut jugak memula dengar tu..yelah nak seluk-seluk kan.

Mula-mula dia masukkan alat macam muncung itik tu nama dia spekulum tak silap aku, pastu dia suluh nak tengok ada yang tak normal tak. Dia cakap okay je takde apa yang abnormal. Lepas tu kena seluk dengan doc guna dua jari still kata takde apa yang tak normal. Last dia scan perut je, Memula doc tu cakap semua normal, then dia panggil staff  nurse sorang sebab dia nampak sesuatu kat perut aku. Doc tu baru, so maybe dia tak sure. Lepas nurse tu tengok dia cakap "adik..awak ni mengandung ke?" aku laju je jawab "eh takdelah" punyalah yakin jawab kan sebab takde tanda-tanda mengandung yang ketara pun. Period pun belum delay.

Lepas dia duk godek-godek lagi scan kat perut dia pun cakap "eh betul ni dik awak mengandung ni..kalau ikut sini dah 5 minggu ni". Punyalah terkejut aku dengar. Tak sangkakan aku mengandung. Rasa nak menangis sebenarnya tapi kontrol. "Takpelah awak buat UPT lah lepas ni" nurse tu cakap, aku angguk je lah kan.

Aku pun buat lah test tu amik urine semua lepas dah dapat result, sedikit hampalah sebab resultnya negatif. Jumpa balik doktor dia cakap maybe hormon mengandung aku tak kuat lagi then suruh aku datang minggu hadapannya iaitu 25/11/2014 untuk buat test UPT lagi.

Tapi semalam iaitu 24/11/2014 tiba-tiba perut aku rasa senak semacam selang berapa minit rasa macam ada sesuatu menyentap-nyentap perut aku. Dalam pukul 11 pagi macam tu aku pergi toilet tengok ada darah dekat panties. Aku dah mula risau lah sebab apa kan. Mula-mula ingat period sebab aku tak yakin aku pregnant sebab hasil keputusan UPT aku negatif kan. Tapi memang sakit tak tertahan sampai aku berguling-guling atas katil. Dalam tengahari tu aku pergi mandi, memang tengok darah banyak keluar. Perut masih memulas-mulas. Elok je melangkah keluar dari bilik air, tiba-tiba pandangan gelap nasib sempat berpaut dekat dinding. Aku pun cuba jalan slow-slow terus baring atas katil memang rasa berpusing dunia. Perut tu pun makin sakit. Akhirnya aku try selawat syifa' beberapa kali sambil usap-usap perut sampailah tak sedar terlelap. Akhirnya encik hubby balik kerja dia kejutkan aku dah kurang sikit rasa sakit ni. Tapi sampai ke malam memang terasalah sakit lagi.

So harini iaitu 25/11/2014 aku pergi hospital kebetulan pulak memang harini hari yang aku ada appoinment untuk buat test UPT tu. So tanya dekat bahagian lab perlu ke aku buat UPT test memandangkan aku period, dia cakap buat je dulu lepas tu consult doktor balik. So tunggu punya tunggu memang resultnya negatif. Terasalah sedikit hampa kan. Then pergi jumpa doktor dia suggest scan semula. Mula-mula scan perut dia cakap tak berapa clear sebab pundi kecing dah kosong. Memang aku tak minum banyak air pun memandangkan perut asyik sakit je. Lepas tu dia scan guna TVS pulak, scan dari bawah je.

So nampaklah yang rahim aku dah kosong, kantung baby dah jatuh tapi still tak keluar lagi. Maksudnya aku dah keguguran. Sedih jugaklah masa doc bagitahu benda tu. Lepas tu dia cakap hormon HCG aku tak kuat sebab tu masa buat UPT tu dapat result negatif. Dan disebabkan  tu jugak aku takde menunjukkan alahan ke apa. Tapi alhamdulillah aku tak perlu cuci sebab dia dah jadi complete abortion. Semua saki baki dah jatuh cuma ada yang belum keluar habis.

So pada bakal-bakal ibu kat luar sana hargailah perasaan mual muntah loya bagai tu sebab tu tandanya anda normal, hormon mengandung anda tinggi.
.
.
.
Itulah cerita pengalaman keguguran diawal kehamilan aku yang terjadi semalam. Sedih tu memanglah sedih, sebab memang tak sabar nak baby. Asbeng pun dah mula mengharap kan, so nampaklah dia hampa jugak terima berita keguguran ni. Alhamdulillah dapat suami yang positif sebab dia banyak membantu aku dari segi fizikal dan mental.Mampu tenangkan aku agar sentiasa ingat Allah SWT kalau aku tak mampu kawal emosi.

Sampai harini pun terasa lagi sengal-sengal badan. Jadi kenalah berpantang 2 minggu. Hukhukhuk lama jugak tu. Walaupun keguguran diminggu yang keenam, still kena jaga sebab aku nak hamil cepat untuk yang berikutnya kalau diizinkan Allah SWT. Amin ;)