18.12.14

Puasa Sunat Isnin dan Khamis

Assalamualaikum..

Kejap je rasanya cycle hari kalau diikutkan, harini dah khamis. Rasa baru je Isnin berlalu. Ni dah nak masuk hujung minggu balik. Alhamdulillah asbeng aku pun memandang serius soal puasa sunat isnin khamis ni, so dalam masa yang sama aku sebagai isteri pun turut terikut. Memandang hari ni hari khamis, so jom kita bercakap pasal puasa sunat isnin dan khamis.





Antara kelebihan puasa sunat isnin dan khamis


Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi) 

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi). 

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran. 

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah SAW mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi) 

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah SAW bersabda bermaksud:"Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah SWT membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka" (Riwayat al-Tabrani) 

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)


Kenapa mesti isnin dan khamis, bukannya hari lain (?)


Pada hari Isnin , wahyu pertama di turunkan kepada Rasulullah SAW. Bermula dari hari itu Rasulullah SAW terus menerima wahyu hingga sempurna al-Quran untuk panduan kepada kehidupan kita dunia dan akhirat. 

Pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu: 

1. Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin 
2. Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu 
3. Turunnya Dalil tentang keEsaan Allah SWT 
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW 
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah SAW 
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah SAW pada hari Isnin 
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW 

Dan juga antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah: 

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir. 
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal). 
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui. 
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT. 
6. Rasululllah SAW memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Jadi dah tahukan banyak fadhilatnya kalau kita berpuasa sunat untuk kedua-kedua harini. Nak dijadikan amalan berterusan pun, lagi baik. Semoga dipermudahkan ALLAH SWT jalan kita dalam memperbanyakkan amalan :)

17.12.14

Gila Bola

Assalamualaikum..

Disebabkan harini ada perlawanan bola sepak Malaysia lawan Thailand, asbeng aku ni tak nampak dah wife dia. Rumah aku ni dah macam stadium riuhnya. Haha. Dengan suara asbeng aku sorang je dah macam ada satu team bola sepak kat sini. 

Kalau tanya soalan pun mungkin dia akan postpone nak jawab waktu saat yang kurang genting. Jeling tahap nak terkeluar biji mata pun tiada gunanya. Haruslah bertabah je dalam hati ni kan. Sobs. Aku bukanlah tak minat, cuma sejak kahwin ni rasa malas nak ambil tahu dah. Biarlah asbeng sorang yang tengok. Bukan apa..sementara dia tengok tu aku dah boleh dengar siapa yang power siapa yang tak power. Mungkin cita-cita nak jadi pengulas sukan kot kecik-kecik dulu. Haha.

Dah suka sangat tengok bola..nanti birthday aku hadiahkan dia bola sebijik. Bolehlah tengok puas-puas kan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Heeee :p
Lagipun buat masa ni dah nampaklah Malaysia nak kalah. Power jugaklah Thailand main sebab dah leading 2 - 0. Aku kalau pandang pemain thailand ni aku cari sorang je. Sebab ensem sangat. Hahah. Nak tau siapa?

Charyl Chappuis. Ehem ehem..

Salam Maghrib!

Assalamualaikum..


Let the picture do the talk. Jangan lewat-lewatkan waktu solat ye. Reminder untuk diri sendiri jugak. Moga kita mampu terus istiqomah dalam memperbanyakkan amalan untuk bekalan akhirat. :)

Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak, Share Banyak-Banyak!

Blog Eny Abdullah.

Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....

1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 





GA SIMPLE ~ PLANNER ISLAM 2015

Assalamualaikum..

Nak join GA lagi tak? Dari tak buat apa jomlah join. Kita kena support rakan-rakan blogger lain jugak kan. Baru lah bersatu teguh, bercerai talak..sedih. One day aku pun nak buat GA sendiri pulak. Angan-angan aku je lah buat masa ni. Hahah. Wishlist 2015, Ecewahh.


Okay mari kembali ke jalan yang benar sebelum aku merapu ke perkara lain. Sapa nak join boleh TENGOK SINI.

Dalam pada tu klik-kliklah dekat iklan aku yang bersimpang siur diatas tepi dan tengah nanti ye. Nanti kunjungan anda akan dibalas. Muahhh ;*

How to make money with churpchurp?

Assalamualaikum..

Haa tajuk punya gempak macam nak bagi tips dekat orang kan. Padahal itu adalah soalan kudus dari sudut hati aku yang paling dalam yang menyebabkan aku selalu pening bila fikir. Dah macam lirik lagu raya dah tahap kepeningan aku tu.

Tanya kat churpchurp pun sudah, cuma masih dalam fasa pening lagi. Aku ni almaklumlah spesis slow-mo sikit kan. Hoi camna study engineering aritu. Toyol lebih ke (?) 

Entri ni tak boleh nak pepanjang sebab nak pegi memasak untuk asbeng. Dah terbiasa rumah ni tak makan tengahari terus makan petang je berat. Tengahari belasahlah roti ke atau benda yang ringan-ringan. 

So..berbalik pada tajuk diatas siapa boleh tolong insan blurr ni? Please..anyone?

16.12.14

Hujan

Assalamualaikum..

Memandangkan negeri pantai timur sedang dilandakan musim tengkujuh, aku yang duduk dekat-dekat sempadan ni memang terasa jugaklah. Harini dah 3 hari berturut-turut hujan renyai je melanda Gerik. Takde tanda-tanda akan berhenti pun.

Tapi takpelah asalkan tak jadi macam haritu, rumah aku dilanda BANJIR. Selama ni tengok dalam tv je kan. Dah terkena baru faham azabnya macamana. Alhamdulillah tak terlalu dalam dan mengambil masa sekejap air tersebut nak surut. Kalau tak memang aku terpaksa tidur sambil kuak lentang beriramalah nampak ganyanya. Haha.

Aku pun baru kahwin peralatan elektrik just ada yang basic-basic je. Alhamdulillah lah kan. Fridge pun size yang sedang-sedang je, sempatlah naikkan ketempat tinggi. Kalau tak memang tak terbelilah fridge baru. Sobs.

Bila cuaca pun dah macamni, memang aku tak pasang kipas duduk dalam rumah. Sebab sejuk sangat aku rasa, dah macam cameron highlands. Tak payah nak bercuti sana dah nampaknya kan. Duduk rumah sambil feeling-feeling bercuti di cameron. Best jugak sebab sejuk, mestilah nak berkepit ngan encik asbeng je kan, Eh..hehe. Mood tidur pun makin membuak-buak. 

Semoga hujan ni tidak semakin lebat. Amin. Takut jugak kalau peristiwa banjir berulang kembali kan. Tak terdaya rasanya. Bukan apa, penat mencuci rumah dari air lumpur. Dan perkara paling penting waktu banjir kena hati-hati. Takut ada binatang bisa termasuk dalam rumah. Tu yang seriau nak melabur dekat toilet sendiri selama seminggu lepastu, nasib tak menjejes drive laju-laju pergi petronas. Homaiii tak sanggup dah tau T_T