10.2.15

Earn money with Nuffnang | CPUV #8 2015

Assalamualaikum..


Wuu Alhamdulillah malas-malas nak update blog pun, Nuffnang still sayang aku. Huhu. Dapat CPUV yang ke-8 untuk 2015 ni. Masuk yang ni maknanya ada 7 berstatus on going sebab DiGi punya CPUV dah credited haritu. 

Kecuali Nike Running Tights punya CPUV yang dalam gandaan 2, yang lain semuanya dalam gandaan 3..maknanya semuanya ada 20 CPUV yang masih aktif bejoget. Ngeh ngeh ngeh.. Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah.

Okay..CPUV yang ke-8 datang dari Maggi Kari. Aku memang hantu Maggi pun, kalau nak cari mee segera mesti nak cari brand Maggi. Stock yang selalu ada dekat rumah Big Curry dengan Asam Laksa. Dua-dua ni memang kena ada selalu. Barulah perghhhh..tapi walaupun penggemar dua jenis maggi ni, tapi belum pernah try buat maggi kawen. Haaa nantilah kalau rajin, memang nak try.


Almaklumlah bertahun-tahun jadi pelajar duduk jauh dari rumah, so sebagai student memanglah maggi menjadi keutamaan aku kalau duduk dihostel. Mudah dan cepat. 

Thanks Maggi untuk CPUV yang menyinggah! Kau orang pun jomlah buat amal jariah click-click iklan dekat blog ni. Tinggalkan jejak nanti aku balas kunjungan dan click-click ads kau orang pulak :)


9.2.15

Setel marathon Asam Pedas Untuk Dia

Assalamualaikum..

Haaa lama dah tak update, kemain bersawang blog ni. Dah nak kena house cleaning dah kot ni. Fuhh fuhhhh *tiup tiup sawang*


Malas nak bukak blog yang benarnya, kalau bukak lappy laju je terus bukak Tonton. Hahaha. Sebabnya aku ni dah kemaruk pulak dengan cerita Asam Pedas Untuk Dia (APUD) ni. First tengok dekat tv haritu, aku terus jump ke episod 5 dah tak silap aku. Now nak kena patah balik ke episod 1. Heheh. Dekat tv dah sampai episod 10 pun, so Tonton pun dah update sampai episod 10 jugak.


Tapi cerita ni aku tak tengok semua part pun, suka part Ziyad dengan Ainin je. Sebab Ziyad tu sweet sempoi kata orang. Sweet sangat pun tak best sangat, kang jiwang karat tahap leleh pun aku tak berapa suka. 

So lepas ni aku nak cari novel APUD ni. Muahaha nampak betapa excitednya aku disitu. Mana taknya, bila sampai part Ziyad ngan Ainin kemain sengih-sengih depan lappy. Asbeng aku sampai naik hairan, berapa kali jugak dia datang menempel tepi aku nak tahu apa yang best sangat tu kan.
Yang sebenarnya aku suka tengok lakonan Shukri Yahaya je. Hahaha oppss asbeng jangan mare aaa. Suka lakonan dia je. Ngeh ngeh.

Okaylah nak sambung lipat kain. Bye.

6.2.15

Nuffnangers Who Recently Viewed My Blog #2


Assalamualaikum..

Sebelum tu meh tengok SINI dan SINI kejap ^_^


Hai. Lama dah tak update pasal Nuffnangers terbaik dari ladang ni kan. Hehehe. Asyik lupa lupa dan lupa je, Semenjak menginjak usia sempena tahun baru ni, semakin tua kot. Nasiblah birthday aku end of the year kan, boleh jugak feeling-feeling muda setahun -_-'

Eh aku kalau membebel suka lari topik. Okay jom ikut aku terjah blog-blog yang rajin menerjah ke blog aku ni. Boleh jugak tambah kenalan. Siapa mereka? Jeng jeng jeng...


  1. http://www.azhafizah.com/
  2. http://www.dianarashid.com/
  3. http://diyanatjuman.blogspot.com/
  4. http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/
  5. http://macikzkonah.blogspot.com/
  6. http://flawlesssakura.blogspot.com/
  7. http://khazanahrahsia-wardah.blogspot.com/
  8. http://aleiyamustaffa.blogspot.com/
  9. http://nokuchemong.blogspot.com/
  10. http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/
  11. http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/

Thanks ye kau orang semua. InshaaAllah akan balas kunjungan satu persatu.

Salam Jumaat

Assalamualaikum..

Sebelum tu meh tengok SINI dan SINI kejap ^_^


Video | Jasa dan pengorbanan seorang ayah

Assalamualaikum..

Sebelum tu meh tengok SINI dan SINI kejap ^_^




Tengok video ni, betapa rindunya aku pada arwah abah aku dan rindunya pada kasih seorang ayah. Walaupun ayah kita kadang-kadang tak mampu penuhi semua permintaan kita, tapi dia tetap akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anaknya.

Walau seletih mana pun mereka memerah keringat untuk menyara sebuah keluarga, mereka akan tetap akan cuba bertahan agar anak tak tahu nilai keperitan yang terpaksa mereka lalui demi melihat anak-anaknya berjaya.

Sayangilah ayah kau orang selagi mereka masih ada, selagi mereka masih bernyawa. 



5.2.15

Doa bertemu jodoh


Assalamualaikum..

Meh terjah SINI dan SINI dulu!


Hai. Siapa yang belum kahwin tu, tapi dah rasa teruk sangat tak sabar nak berlaki..bolehlah amalkan baca doa ni. InshaaAllah akan termakbul kalau ikhlas kau orang meminta pertolongan Allah SWT.

sumber: www.darussyifa.org
Yang sekolah lagi tu, mohon jangan bermimpi ye. Pergilah belajar dulu cari ilmu sepuasnya. Nanti yang senang masa depan kau orang jugak. Boleh jugak membantu mak ayah kan.


Earn money with Nuffnang | CPUV #7 2015


Assalamualaikum..

Meh terjah SINI dulu!



Alhamdulillah rezeki CPUV dari Nuffnang singgah lagi. Kali ni datang dari Nike Running tights. Kali ni tak berapa banyak info yang tahu pasal tights dari Nike ni. Tapi kalau nak tahu lebih, nanti nampak iklan berjoget sakan tu, jemputlah klik ye. Hehehe.