Assalamualaikum..
Belum reda dengan kesedihan yang menimpa mangsa banjir, kita dah dikejutkan pulak dengan berita kehilangan pesawat Air Asia yang dikatakan terhempas di Indonesia dua hari lepas. Allahuakbar.
Sekarang dah confirm ianya memang terhempas, tak tahulah macamana penerimaan keluarga mangsa dengan berita macam ni. Tak dapat aku nak bayangkan kalau kita ditempat mereka. Walaupun penumpang hampir keseluruhan bukanlah rakyat Malaysia, tapi penerbangan air asia membawa nama Malaysia.
"Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat Republik Indonesia berkata pihaknya menerima laporan bahawa Penerbangan Pesawat Airbus 320 Air Asia dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan pada 06:17 (Barat Indonesia Masa) 05:17 waktu Malaysia di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Difahamkan terdapat seramai 155 penumpang berada dalam pesawat AirAsia ini. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Pesawat membawa 155 penumpang dan anak kapal itu (130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi) berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan."
Punca Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang
Ketua Jeneral Perhubungan Udara Indonesia (PUI), Djoko Murjatmojo memberitahu pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah meminta 'penukaran jalur penerbangan' untuk mengelak awan sejurus sebelum ia hilang.
“Ketika itu, pesawat yang terbang pada ketinggian 32,000 kaki melintasi Laut Jawa berhubung dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki."
“Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih terlihat dalam radar namun pada 6.17 pagi, ia hilang dari pemantauan ATC. Bermula jam 6.18 pagi, yang kelihatan hanyalah jejak laluan penerbangan,” ujar Djoko dalam sebuah sidang media tergempar berkenaan kehilangan pesawat tersebut.
Pihak ATC pada jam 7.08 pagi menunggu lagi sehingga 20 minit, kemudiannya untuk mengesahkan kehilangan pesawat berkenaan.
Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang:
Jenis pesawat: Airbus A320 Pendaftaran: PK - AXC
Laluan: Surabaya-Singapura
No Penerbangan: QZ 8501
Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan)
Komposisi Kru:
Kapten: Iriyanto
Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel
4 Atendan: Wanti Setiawati Khairunisa Haidar Fauzi Oscar Desano Wismoyo Ari Prambudi Jurutera: Saiful Rakhmad
Komposisi penumpang : 138 dewasa : 16 kanak-kanak : 1 bayi
Dan update terkini dikatakan penemuan 6 jasad mangsa di Selat Karimata, Kalimantan Tengah Indonesia. Semoga semua jasad mangsa dapat ditemui dan semoga mangsa yang beragama islam ditempatkan Allah bersama dengan orang-orang yang beriman. Al-fatihah~