18.12.14

Jom buat tomyam!

Assalamualaikum..

Disebabkan beberapa hari lepas asyik hujan je, teringin betul nak makan benda panas-panas dan pedas. Maka terlintas dekat hati ni nak makan tomyam. Nak keluar pulak rasa macam malas je, so decidelah nak buat sendiri. Cek barang-barang nak buat tomyam ni pun semua cukup. Apalagi mulalah aktiviti 'tung tang tung tang' kat dapur. Lauknya ada sotong ngan ayam je, okaylah kan.


Maka terhasillah sekuali tomyam pekat dan terbaik.

Tak sempat nak capture yang dalam bowl sebab laju je dah kena serbu. Bau dia memang buat kita lapar. Macam-macam resepi aku dah try nak buat tomyam ni, Tapi yang ni paling aku suka. Tak ingat ambil mana sebab dah lama copy dan simpan dalam laptop. Jom tengok resepi.


Bahan Kisar :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lengkuas
Daun Limau Purut
Cili kering yang dicelur

Bahan lain:
Lauk mentah : ayam, udang, sotong, fishball dan lain-lain
Perencah tomyam 
Pes Cili Thai
Daun limau purut - dikoyak untuk mengeluarkan bau
Serai - diketuk
Cilipadi - diketuk (nak pedas letak banyak-banyak)
Air asam jawa
Air untuk kuah
Susu cair / santan cair
Bahan perasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air dan dibiarkan mendidih.
Masukkan serai, cilipadi, daun limau purut, perencah tomyam, pes cili, air asam jawa dan serbuk perasa
Akhir sekali masukkan susu cair, didihkan sekejap je terus tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan tomato (optional)

Sukatan pandai-pandai kau oranglah nak agak-agak banyak mana kau orang nak masak. Resepi aku rasa lebih kurang sama je dengan resepi lain, cuma yang ni ada tambahan susu cair/santan dan pes cili thai yang bertindak memekatkan tomyam kita. Sedapnyaaa (eh terpuji pulak).. Tapi asbeng memang puji sedap dan cakap tak payah pergi kedai siam dah. Hahah kembang. 

No comments:

Post a Comment