Assalamualaikum..
Tua dah mak aku ni. Yelah anak yang bongsu yang comot ni pun dah tua bangka dah kan. Entah esok lusa nak jadi mak orang. Takkanlah mak nak muda selamanya. Hehe.
"mak bukan selamanya nak tongkat dunia ni.."
Itu ayat feberet mak tiap kali membebel dekat aku. Sebabnya aku tak pandai masak, tak pandai mengemas dan tak pandai serba serbi.Sambil kemas bilik aku dia mesti cakap..
"macamana nak kahwin ni ema, kemas bilik pun mak yang kemaskan"
"ala mak..sapa cakap nak kahwin lagi, nak duduk dengan mak sampai bila-bila.."
Tu yang last keluar ayat tongkat dunia tu. Aku mesti balas dengan ketawa je. Bukan tak pandai kemas, cuma aku suka bermanja. Bermanja yang tak tahu sampai bila. Sejak arwah abah pergi Julai 2012, memang akulah tempat mengadu mak. Akulah peneman tidur mak.
Perkara paling aku suka, bila mak dah tidur aku akan perhatikan mak yang tengah tidur. Tengok rambutnya yang dah makin memutih, kulitnya makin mengendur dan badannya yang tidak sepejal dulu..semakin kurus dan kecik. Ini yang kadang-kadang tak sedar pun air mata dah meleleh sebab aku terfikir...
-ini bukan lagi mak aku yang garang, yang akan mengejar aku dengan hanger bila aku degil
-bukan lagi mak yang akan marah aku macam singa lapar bila aku lambat balik sekolah petang
Tapi mak yang ni dah terlalu penat dengan soal menguruskan anak-anak. Mak yang hanya mahu berehat dan melayan kerenah cucu-cucu nakal. Mak yang ni jugak sekarang terlalu manja dengan anak-anak, nak selalu anak-anak bagi perhatian.
Kesian mak, semenjak aku kahwin dah takde siapa nak teman dia tidur lagi. Tapi walau apapun aku tetap sayangkan mak aku dunia akhirat. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada mak. Dan semoga Allah makbulkan setiap doa dan apa yang dihajatinya. Amin~
No comments:
Post a Comment