Assalamualaikum..
Esok jumaat dah pening fikir seminggu punya breakfast kecuali isnin khamis. Nak tau kenapa isnin khamis meh la tengok sini. Kalau buat breakfast kan sia-sia je. Tapi tiba-tiba dapat idea nak masak breakfast apa untuk asbeng esok.
So dengan muafakat membawa berkat cacing-cacing dalam perut aku ni, sebulat suara mengatakan nak buat pancake je esok pagi. Sebabnya bahan-bahan dia paling ringkas. Macam dalam entry yang lepas-lepas aku ada cakap yang aku ni sebenarnya tak pernah masak dan tak pernah masuk dapur sebelum kahwin. Nama pun anak bongsu, so termengada lebih.
Tapi alhamdulillah lepas kahwin bolehlah masak sikit-sikit. Asbeng pun suka dengan skill masakan 'google di hujung jari' aku ni dan kebanyakannya call mak mintak resepi. hehe. Nak tengok hasilnya seorang amatur buat pancake? Ni last week punya yang gambar dah perap dalam phone. Nasib tak jadi pancake masin. Hehe. Nilah hasilnya Jeng jeng jeng
Makan dengan peanut butter pun sodap nih |
Pandangan atas (eh! ingat plan ke apa?) |
Haha nak tahu sebab apa bejalur sakan mengalahkan rainbow cookies lagi tu. Sebabnya aku guna pemanggang ajaib je. Saja seronok-seronok nak buat corak bagai pulak. Mesti kau orang kata aku kekonon kreatif kan? Well~ haha
Eh lupa nak kasi resepi!
Bahan-bahannya:
(2 - 3 orang makan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur
1 sk baking powder
1 1/2 sb gula
2 sb minyak jagung / majerin
Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan tiada tepung yg berketul-ketul.
2. Panaskan non-stick pan, then tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Biarkan seketika.
3. Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake.
4. Biar seketika dalam 1 minit kemudian dan warna dah berubah agak-agak warna coklat, bolehlah angkat dan hidang!
Boleh dihidang dengan nutella, honey, jem dan sebagainya ikut selera perut dan tekak kau orang lah kan. Ala tahulah ramai antara kau orang yang dah tahu buat pancake, jangan sinis okay..ehem. Sobs amatur sangat aku ni. Aku harap kau orang boleh jadikan sebagai idea nak masak apa pagi nanti. Okaylah nak tidur. "Krooh krooh krohh". Adious amigos! >.<
No comments:
Post a Comment