Assalamualaikum..
Semenjak dua menjak ni musim hujan, cuaca sangat sejuk tak terkata. Duduk Gerik tiap hari cek suhu semasa, kalau malam sampai 21'C tahap sejuknya. Dengan berselimut tebal, sweater, dengan stokin lagi tapi still tidur sambil menggigil. Dah macam parkinson aku ni. Kalau siang pun paling panas boleh pergi sampai 28'C. Selalunya kekal 25-27 'C. Best memang bestlah sejuk, tapi kain jemuran aku lambat nak kering hoihh. Sobs T_T
Lepas ni bolehlah nak try tanam strawberry dekat belakang rumah ni agaknya. Hahaha. Memang dah buang tebiat la gamaknya nak tumbuh kan. Tak memasal orang tak pergi cameron dah, orang pergi gerik nak makan strawberry. Haa kan ke naya.
Kalau mandi tu pulak mesti nak gigil tahap tak terkata. Padahal mandi tengahari..eh? Kantoi pulak punya bad habit.
Tapi walau apa pun, aku bersyukur yang banjir di sekitar Malaysia kebanyakannya dah surut. Kampung halaman pun air sungai dah tak melimpah lagi. Alhamdulillah. Hujan pun dah berkurang cuma ada satu dua tempat yang masih hujan.
Kepada yang rumahnya atau harta bendanya rosak teruk, atau yang kehilangan anggota keluarga disebabkan musibah banjir ni, takziah aku ucapkan. Semoga lebih tabah menghadapi ujian Allah ni. InshaaAllah setiap yang berlaku ada hikmahnya.
memang sejuk pun time nak mandi, rasa nak pasang water heater je plak kat umah ni
ReplyDeletebetul tu cik lily..dah rasa nak beli sangat dah ni..hehe
Delete