27.12.14

Mentalitinya Melayu (?)



Assalamualaikum...


Pagi ni berada dirumah mertua di Kuala Kangsar. Waktu breakfast sempat jugak bersembang 2 3 cerita mengenai mangsa banjir dengan mak dan abah (keluarga mertua). Elok aku duduk je kat meja makan, abah mula cerita. Dekat kedai makan waktu beli breakfast orang Melayu Kita ni sibuk duk merungut itu ini.

Rungutkan apa? Rungutkan harta benda musnah ketika banjir. Memang kalau dengar cerita mereka siapa tak kesian, TAPI...jom fikirkan.

Rata-rata yang merungut ini adalah peniaga kedai makan atau kedai runcit dan juga kedai pakaian serta perhiasan. Tapi bukanlah semua, segelintir..namun majoritinya melayu. Mereka ini dikirakan golongan berkemampuanlah jugak. Yang perusahaan kecil-kecilan tu bolehlah nak diterima akal.

Banjir di Kuala Kangsar tidaklah seteruk di Kelantan, hanya segelintir tempat je yang terlibat. Mana yang terlibat tu pun bukannya air banjir tu naik dengan mendadak sampai tak sempat nak selamatkan harta benda, masih sempat nak selamatkan barang kalau mereka cepat bertindak.

Tapi golongan-golongan ni degil, amaran dah diberi..air dah sampai mencecah kaki lima kedai masih endah tak endah dengan amaran banjir.

Waktu tu kedai-kedai sederet yang bukan melayu dah kelam kabut mengangkut barangan kedai untuk berpindah. Yang melayu buat apa? Termenung dihadapan kedai. Bila ditanya kenapa tak pindah barang..jawab mereka tunggu bantuan sampai. Bantuan apa pakcik oi, dari siapa makcik oi?

Usahalah dulu selamatkan apa yang sempat, apa diharapkan bantuan orang. Mungkin bantuan tu lebih diperlukan ditempat lain, dari selamatkan barang baiklah selamatkan nyawa. Atau selamatkan mangsa-mangsa daif yang rumahnya sendiri ditenggelamkan air. Itukan lebih afdal sebab insan-insan tu hilang tempat berteduh.

So geng tokeh-tokeh kedai ni tunggu punya tunggu, bantuan tak tiba..kedai pun habis tenggelam. Tak ke sayang barang-barang. Siapa nak ganti? Takde siapa. Nak menyesal pun dah terlambat. Jadi apa nak dirungutkan lagi, dah memang salah sendiri.,

Itulah mentaliti melayu kita, selagi boleh harapkan bantuan..selagi tu taknak berusaha. Patutnya usaha dulu mana yang terdaya, jangan terlalu berharap orang akan selesaikan semua masalah kita. Selalu kena ingat, ada ramai  lagi kat luar sana yang  lebih tak berkemampuan berbanding kita, mereka-mereka itu yang perlu dibantu. 

Ini sekadar perkongsian pandangan aku insan kerdil lagi hina. Tak kira apa pun, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui punca dan pengakhiran setiap sesuatu kejadian. Banyak-banyakkan berdoa. Kita pun digalakkan Usaha, Doa dan barulah Tawakal..kan? :)


No comments:

Post a Comment