1.4.14

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum..

Hai dan hei lagi. Pagi tadi punyalah malas nak pergi kelas sebab mengantuk, tapi pergi jugaklah kan kelas pukul8 tu. Cuma kelas yang pukul sepuluh memang rasa nak ponteng. Tup tup lalu depan block W (masih dalam universiti) tu ternampak orang tengah buat kempen derma darah. Anjuran bersama pihak Universiti dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Aku pun baru kali kedua derma darah, itupun  lebih kurang 4 tahun lepas dah, so boleh tahan nervous jugaklah tadi. Pastu aku paksalah si Ainajuani tu ikut derma jugak, sebab dia tak pernah derma kan. Dengan tak ambil breakfastnya, lepas dah ambil darah tu takdelah pening. Siap boleh jalan-jalan kesana sini. Cuma lepas dah isi form untuk sijil and minum air sikit tiba-tiba rasa nak pitam. Tak memasal kena baring balik dekat kerusi tu.. Ishh buat malu tau.

Kemain besar tau jarum tu..
Nampak tak si Ainajuani tu tengah eksaited bagai..

Sample darah aku.. T_T
Harap lepas ni masih dikurniakan kesihatan yang baik agar aku masih boleh berbakti macam ni. Kita tak tahu kan siapa yang mungkin memerlukannya. So apa salahnya berkongsi nikmat Allah kan. :)

2 comments:

  1. saya tak cukup syarat nak derma darah..tapi memang teringin sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. X cukup syarat sebab apa ye? Kurang berat atau low blood pressure? Shima yang first dulu ngam2 je tahap blood pressure tu untuk derma..hehe nasib baiklah..

      Delete