11.5.15

Jodoh Dan Kita

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas berpeluang mendengar keluhan hati seorang sahabat tentang betapa beratnya dugaan yang dia hadapi untuk mendapatkan jodoh. Kerana faktor umur yang makin laju bergerak dah hampir meninggalkan zaman 20-an.

Memang aku faham situasi tu. Aku sendiri berkahwin ketika umur aku 27 tahun. Sebelum nak sampai ketahap itu, rasa bebal dan sebal dah hati dan telinga ni menadah setiap pertanyaaan.

"Bila nak kahwin?"

"Ehh taknak kahwin ke?" atau....

"Tak teringin ke nak kahwin?" atau..soalan yang paling cepumas sekali, soalan berbaur perbandingan daripada ibu rakan2 lain.

"Eh shima ni bila nak kahwin,  anak sipolan dah nak masuk 2 orang dah, shima bila lagi?"

Sehingga setiap kali musim perayaan aku rasa macam malasnya nak berkunjung kerumah sesiapa. Kalau manusia biasa yang normal, siapalah tak teringin nak kahwin. Macam dugaan aku sendiri, banyak habiskan masa dengan belajar. Sesetengah orang lain pulak memang jodohnya belum sampai. Dugaan dan ujian Allah untuk tiap insan tu tak sama. Tak perlu kot aku rasa nak pertikaikan.

Ketika ini aku bersyukur sudah bersuami, sudah tidak perlu memikirkan soal jodoh. Namun mulut manusia, hati manusia tidak pernah puas. Bila dah berkahwin, soalan lain pulak timbul.

"Bila nak ada anak?"

"Tak teringin ke nak ada anak?"

Dan yang paling terbaik bila dikurniakan anak..rapat-rapat pulak. Mesti ada mulut-mulut akan bertanya pulak. "Rapatnya anak, tak merancang ke?"

Allahuakbar..tak terfikir ke setiap kali soalan tu diajukan, apa yang dirasakan oleh insan yang terpaksa menjawab soalan seperti itu. Mungkin aku yang usia perkahwinan belum menjejak umur setahun, kadang terkesan dengan soalan seperti itu..apa agaknya perasaan orang yang telah berkahwin 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Kepada yang si penanya..berfikirlah sebelum bertanya, luangkan sedikit masa untuk letakkan diri anda ditempat mereka. Cuba selam dan faham kedukaan mereka. Takde siapa yang mahu diuji seperti itu. Sekali lagi..tak perlu kot nak pertikaikan urusan Allah S.W.T.

Asalnya soal jodoh, jauh pulak aku topik aku tersasar. Tapi memang ianya semua berkaitan. Sebut soal jodoh..takkan boleh lari daripada soal rezeki dan takdir Allah. Semua tu berada pada paksi yang sama, tidak berpusing jauh..


Soal jodoh..kita sambung ke persepsi jodoh 2. 

1 comment:

  1. Betul tu ema, zaza dah lali setiap kali pertanyaan.. ALLAH lebih mengetahui. Banyak2 bersabar In Shaa ALLAH. *zaza dah 7thn, belum lgi ada rezeki anak.

    ReplyDelete