23.5.14

Study : Final Year Project (FYP)

Assalamualaikum..

Kabare semua. Peninglah last sem ni nak hadap project akhir. Yang aku pulak gatal nak amik environment kan. Nak buat lab dah la pening, tambah pulak nak buat thesis dia ni. Pergghhh memang bleeding love rasanya. Tapi sendiri pilih bidang nak marahkan siapa pulakkan. Sabo je lah kata orang Perak.

Dahlah project akhir aku ni melibatkan wastewater treatment (rawatan air sisa). Tapi nasiblah wastewater melibatkan dye ink dari pusat tenun Pahang. Takdelah kotor ke kan, cuma bermain dengan warna je lah. Pastu balik rumah dengan tangan merah-merah sebab dye dia melekat kuat. 




Ni antara sample kajian yang aku buat. Letak semua nanti mual pulak tengok. Berapa kali jugaklah aku duk ulang buat sebab nak pastikan result tu betul ke tidok. Kan naya kalau salah. Huhu.. Sumpah pening nak fikir macam-macam last sem ni. Till later.. 
.
.
.
.
.
Semoga supervisor sangat baik hati dan bagi 4 flat untuk FYP ni. AMIN.. :*

22.5.14

Wedding series: Preparation kahwin + Dinner faculty

Assalamualaikum..

Macam yang boleh dilihat dekat wedding ticker aku kat tepi ni, aku punya wedding hanya tinggal 2 bulan 1 minggu je lagi. Tapi aku ni takde update apa-apa pun kan selepas first update dulu. Apa yang aku update dulu..itu jelah yang aku dah buat takat ni. Macam main-main pulak nak kahwin kan. Huhu.

Nak buat macamana dah asyik busy je memanjang, balik perak pun tak. Tengok calendar cuak sendiri pulak. Harap-harap after final project presentation nanti sempat balik untuk uruskan yang selebihnya. Okay nak cakap itu je bab kahwin ni. Runsing pulak nanti. 

Okay ni pasal dinner faculty yang dah nak basi dah baru nak update. Disebabkan aku ni student civil engineering so aku joinlah dinner yang dianjurkan pihak Civer ni (civerian katanya kan). Sebenarnya aku ni kurang suka join dinner-dinner ni. Tapi sebab fikirkan last semester, tu je peluang nak lepak dengan semua..so aku pergi jugaklah. Tapi dah pergi haruslah over bergambar..hihihi.


Dinner ni buat kat Hotel Hyatt dekat Teluk Cempedak tu. Makanan dia okay-okaylah tapi part dessert dia memang superb. Pastu suasana dia pun aku suka. Tapi tulah semua nak dress-up vogue bagai, aku gaklah yang ala-ala je. Takpelah malas type pepanjang. Ni aku belanja gambar berikutnya. ;)










Macam biasa gambar terbanyak haruslah bersama si Ainajuani itu..kalau nak tau yang mana, carilah yang sama berkepala biru..tapi bukan berotak biru pulak tau (kadang-kadang tu ye tapi si Ainajuani tu lah kan :O..)
.
.
.
.
Okaylah itu saja nak nak bagitau. Kepoh katanya. Tata.. :)

1.4.14

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum..

Hai dan hei lagi. Pagi tadi punyalah malas nak pergi kelas sebab mengantuk, tapi pergi jugaklah kan kelas pukul8 tu. Cuma kelas yang pukul sepuluh memang rasa nak ponteng. Tup tup lalu depan block W (masih dalam universiti) tu ternampak orang tengah buat kempen derma darah. Anjuran bersama pihak Universiti dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Aku pun baru kali kedua derma darah, itupun  lebih kurang 4 tahun lepas dah, so boleh tahan nervous jugaklah tadi. Pastu aku paksalah si Ainajuani tu ikut derma jugak, sebab dia tak pernah derma kan. Dengan tak ambil breakfastnya, lepas dah ambil darah tu takdelah pening. Siap boleh jalan-jalan kesana sini. Cuma lepas dah isi form untuk sijil and minum air sikit tiba-tiba rasa nak pitam. Tak memasal kena baring balik dekat kerusi tu.. Ishh buat malu tau.

Kemain besar tau jarum tu..
Nampak tak si Ainajuani tu tengah eksaited bagai..

Sample darah aku.. T_T
Harap lepas ni masih dikurniakan kesihatan yang baik agar aku masih boleh berbakti macam ni. Kita tak tahu kan siapa yang mungkin memerlukannya. So apa salahnya berkongsi nikmat Allah kan. :)

Steamboat di Kuantan

Assalamualaikum..

Ni semalam punya hal sebenarnya. Entah mimpi apa nak keluar makan dengan classmate kan. Tak pernah lagi keluar dengan dorang, first time lah kiranya ni. Sebab dah lama ada member cakap yang steamboat dekat City Times Hotel area Indera Mahkota kat Kuantan ni boleh tahan la okaynya. Dia charge by person dengan kadar  RM25 seorang.

So sekian lama berhajat, semalam baru pegi. Tahlah nak cakap okay ke tak, bagi aku daripada 5..aku bagi 2 setengah bintang je kot sebab makanan tak berapa fresh. Tak banyak pilihan makanan laut, tiada sotong fresh atau ketam. Banyak fish ball and fish cake je. Sayur-sayur lain pun tak banyak pilihan. Selain tu tomyam dia jugak tak berapa best, cair sangat kot. Pilihan air pun tak banyak.

Okaylah layan gambar kay..ni dari pergi sampailah nak balik.

Otw nak pergi dengan perut berkeroncong



Antara makanan yang ada..
Comot tau pompuan tudung pink tu..

Ayunya kawan aku sebelah tu..huhu

Okay dah habis makan lepas tu terus menuju karaoke dekat Kuantan Parade :p

Overall, kalau nak dibandingkan, aku prefer lagi makan dekat Restoran Shabu-shabu dekat area Ipoh kot. Almaklumlah aku orang Perak kan..hehe harus promote. Harga dia mahal sikitlah RM31, tapi kat Shabu-shabu memang best sebab banyak sangat pilhan makanan. Seafood memang banyak terutamanya ada ketam segar, sotong dan udang besar-besar. Takdelah nak mengadap crab stick tu je. Lepas tu banyak pilihan desert dan air yang macam-macam jenis. Dari soft drink sampailah ke juice, puas hati jugaklah.

Dekat Shabu-shabu tu nanti aku update lain. Hujung minggu ni dah start midterm break, bolehlah ajak Mr.FH pergi dating dekat sana. Okay tata.. :)



29.3.14

Wedding series: Checklist persiapan kahwin oii.. (Edisi satu)

Assalamualaikum..

Lagi empat bulan je ni majlis kahwin aku nak berlangsung, tapi macam 70% lagi benda yang tak setel lagi (nangis bawah shower..hukhuk).. Selagi tak buat checklist memang takkan perasan yang sebenarnya aku dah tak cukup masa. Itulah semua benda nak cakap..nantilah nanti..awal lagi.. Ni lah padahnya tak nak dengar cakap mak. T_T

Aku harap korang semua jangan tiru macam aku okay. Idea nak kahwin tu memang bunyi macam best, tapi boleh pecah kepala tau kalau tak manage betul-betul. So baru hari ini waktu ini saat ini lah aku baru nak buat final checklist untuk hari bersejarah itu nanti..ecewahh.. 

Dibawah adalah senarainya..acah-acah chef nak turunkan ilmu resepi didada..gituuu. Padahal masak memasak pun masih suam-suam kuku. Nasiblah Mr.FH dapat wife macam gini nanti.

Tarikh:
  • Nikah                   =  1 August 2014
  • Majlis resepsi        =  2 August 2014
  • Majlis bertandang  =  3 August 2014 (senang ambil 1 2 3..huhu)

Tempat:
  • Nikah                     =  Masjid @ rumah (belum decide lagi)
  • Majlis resepsi         =  Rumah pengantin perempuan
  • Majlis bertandang   =  Dewan berhampiran rumah pengantin lelaki

 Masa:
  • Nikah                     =  Pukul 4.30 petang - 5.30 petang (lepas asar..)
  • Majlis resepsi         =  Pukul 11.30 pagi - 4.00 petang
  • Majlis bertandang   =  Pukul 12.00 tghari - 4.00 petang

Tema:
  • Nikah                     =  Dusty pink @ mint green
  • Majlis resepsi         =  Green turquoise (pengantin) & pink (family)
  • Majlis bertandang   =  Biru purple @ royal yellow (pengantin) & untuk family belum decide lagi

Prosedur dan dokumen penting:
  • Kursus kahwin  Done
  • HIV test
  • Borang nikah
  • Borang tok kadi
  • Borang lain 
  • Tempahan kad kahwin

Urusan penting lain;
Urusan penting untuk majlis nikah:
  • Tempat nikah Pending
  • Busana nikah L+P Pending
  • MUA  Done
  • Katering Done
  • Photographer  Done

Urusan penting untuk majlis resepsi:
  • Pelamin   Done
  • Hiasan meja makan pengantin  Done
  • Busana pengantin L+P  Done
  • MUA  Done
  • Katering  Done
  • Kanopi  Done
  • Doorgift
  • Tetamu jemputan
  • Photographer  Done
  • Hiasan hantaran (kakak buatkan)  Pending
  • Bunga pahar (beli saja)

Urusan penting untuk majlis bertandang (selain yang diuruskan family Mr.FH):
  • Pelamin Pending
  • Busana pengantin L+P  Done
  • MUA  Done
  • Photographer  Pending


Idea hantaran 7 berbalas 9 ;
Dari perempuan untuk lelaki:
  1. Bag + wallet + belt
  2. Kasut
  3. Jam
  4. Senaskah Al-quran berserta tajwid
  5. Perfume 
  6. Kemeja + seluar
  7. Coklat
  8. Buah-buahan
  9. Cincin

Dari lelaki untuk perempuan:
  1. Handbag + purse
  2. Jam
  3. Senaskah Al-Quran berserta tafsir
  4. Perfume 
  5. Set telekung + sejadah
  6. Buah-buahan / coklat / kek
  7. Rantai tangan + mas kahwin
Ni je lah yang boleh keluarkan untuk kali ni. Nantilah update yang lain bila rajin. Boleh tahan pening kepala ni bila fikir. Till later okay..bye.






Chillex bersama KitKat

Assalamualaikum..

Halo..tajuk macam nak promote coklat kitkat tu kan. Tapi sebenarnya nak mengomel sikit pasal kitkat ni. Balik kelas semalam punyalah penat, aku pun singgahlah kedai runcit sebab nak beli air, so masa nak bayar dekat kaunter aku nampaklah coklat kitkat ni. Terus ambil dua yang size kecik-kecik tu. Mood diet kan..mana boleh pulun yang besar.

Ini semua dusta okay :'( (sumber dari encik google)
Pastu dengan semangatnya on the way nak balik rumah tu aku makanlah satu. Adalah terasa semacam hampanya sebab kitkat aku tu adalah coklat semata. Korang paham tak kitkat aku tu takde wafer kat dalam. Patutlah lembik semacam je. Apalah erti kitkat tanpa wafer didalamnya kan. Baiklah aku beli cadbury camtu..sangat ergghhh tau. Sampai aku terfikir kitkat ada produk baru ke tanpa wafer didalam. Tiga empat kali jugaklah aku baca dia punya wrap tu punya tak percaya. Walaupun kecik punya hal..tapi mana adil okay. T_T

Tak tahulah nasib malang apa aku yang terkena..sabo je lah. Nasib harini bukak yang lagi satu ada wafer, rasa gembira kembali. Kalau tak harini pasti akan mengamuk disini..huhu. K nak bagitahu itu saje untuk kali ni. Salam hari minggu kepada semua. Xoxo :p

26.3.14

Study: Final Year Project yang merapu

Assalamulaikum..

Uwaaaa..penatnya. Entah macamana untuk project semester akhir ni aku pergi pilih bidang environment. Last masuk lab tu adalah tiga tahun lepas, memang tak ingatlah kan segala prosedur dia. Tapi main belasah jugak buat. Haa dapatlah kejadian pelik-pelik. Patut simpan sana..aku simpan sini. Patut tambah itu..aku tambah ini. Concept nya bedal lah labu..camtulah kalau datang perasaan malas nak bertanya.

Dahlah bereksperimen dengan dye merah..kalau salah buat dah tahu siapa.
Tapi last-last aku tanya jugaklah ada student chinese yang jugak buat final year project dekat situ, sebab dia nampak macam dasyat je. Rupanya banyak jugak yang mengarut aku buat. Buat pulak berdua dengan bff feberet aku si ainajuani tu, samalah nganga jugak cam aku. Kalau salah buat, akhirnya gelak sampai terduduk atas lantai, hampir tahap berguling jugaklah. Nasib tak boom kebabow aku punya lab. Nasiblah nanti bersanding muka rentung..haha. 

So moral of the story kali ni janganlah malu bertanya kalau kita tak tahu sesuatu benda tu. Kalau tak kan dah sia-sia je kena buat semua benda 2 3 kali. Sendiri jugak yang penat. Huhu..hari ni dah belajar dari pengalaman sendiri. Semester terakhir untuk berusaha. Doakan ye.. :')