24.9.14

Holaaa!!

Assalamualaikum..

Wuuu mula2 beria aku nak update pasal kahwin lepastu malas plus busy maka bersawanglah blog ni kan. Alhamdulillah selamat dah jadi isteri orang. Dah dekat dua bulan dah pun. Huhu baru nak update kat sini kan. Kahwin pun simple2 je, tapi yang penting dah selesai..YEEHAAA! eh kemain galak aku ni kan. Hopefully murah rezeki dapat baby cepat. Amin.
.
.
.
Okaylah kan mukadimah tak boleh pepanjang. Till later k. Muah ciked.

18.6.14

45 hari lagi???

Assalamualaikum..

Tengok tajuk atas ni pun dah debar sendiri. Sesungguhnya dah tak lama lagi nak bergelar puan kepada Mr.FH. As always mestilah nak meroyan kejap berkenaan dengan wedding preparation yang tak tentu hala lagi. Ingat main pondok-pondok ke cik shima oii..

Tapi balik cuti seminggu last week banyak jugaklah yang dah diuruskan terutamanya berkenaan dengan paper work semua. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Lepas tu hantaran untuk belah Mr.FH pun semua dah setel termasuk cincin..fuhhhh lega. Taulah Mr.Fh tu cerewetnye kalahkan gegadis sekalian. Nak dapatkan hantaran dia, keluar masuk mall dibuatnya. Akhirnya hantaran aku jugak yang belum setel..nak kasut dengan handbag..wuuuu T_T

Dan yang paling penting dah selamat menempah kad kahwin. Kalau ikut hati aku..nak tempah lama dah tapi disebabkan Mr.FH kata awal lagi aku pun buat relax lah. Sekali ayah dia a.k.a bakal bapak mertua aku dah bising daa..kelam kabut la kitorang cari kat mana nak tempah. Ronda satu pekan Ipoh terjumpa satu kedai printing ni nama Silver Fast Print..disebabkan kitorang memang nak cepat, so pergilah usha kat kedai sebab nama dia ada fast kan..huhu Alhamdulillah dia kata boleh siap dalam masa seminggu, kalau lagi awal kena extra charge, kira okaylah tu. Kedai tu ada website jugak..kalau nak try usha, boleh tengok sini.

Okay nanti kita sembang pasal lain pulak ye. Banyak benda lagi nak cakap sebenarnya, tapi dah mengantuk sebab penat travel dari Perak ke Kuantan siang tadi demi nak perjuang dua paper terakhir.
.
.
.
.
.
Till later..bubye ;p

6.6.14

The presentation day of Final Year Project (FYP)..

Assalamualaikum..

Seperti biasa..aku mestilah baru terhegeh-hegeh nak update kat sini ketika semua benda dah boleh dikategorikan sebagai basi dan lapok. Aku dah present FYP ni hari selasa haritu. Alhamdulillah walau pun agak tak puas hati dengan panel (YES tak puas hati dengan panel, kau mampu..?), tapi okaylah aku rasa..haha.

Bukan sebab apa tak puas hati, panel tu asyik pertikai tajuk aku je. Tak paham bagitahulah tak faham..grrr.. Nasib baiklah panel tu lecturer foreigner dari Bangladesh, so aku tabahkanlah..sipi-sipi je aku nak nyanyikan lagu hindustan kat dia. Lagipun hampir semua orang dipersoal macam-macam. So aku rasa okaylah kot sebab ada yang kena lebih teruk.
Ni semua adik beradik satu satu supervisor :')


Walau apa pun, aku tetap besyukur ianya dah berlalu dan hanya mampu berdoa untuk result yang bagus. As for now aku nak kena siapkan thesis before end of this june and nak kena hadap dua paper final. Lepas tu inshaaAllah i'm a MERDEKA person..heheh..

Merdeka dalam hati sendiri jelah memandangkan banyak lagi benda nak difikirkan akan datang. Soal kahwin dan soal nak apply kerja. Semua tu boleh membuatkan aku pening (menangis bawah shower..).


23.5.14

Study : Final Year Project (FYP)

Assalamualaikum..

Kabare semua. Peninglah last sem ni nak hadap project akhir. Yang aku pulak gatal nak amik environment kan. Nak buat lab dah la pening, tambah pulak nak buat thesis dia ni. Pergghhh memang bleeding love rasanya. Tapi sendiri pilih bidang nak marahkan siapa pulakkan. Sabo je lah kata orang Perak.

Dahlah project akhir aku ni melibatkan wastewater treatment (rawatan air sisa). Tapi nasiblah wastewater melibatkan dye ink dari pusat tenun Pahang. Takdelah kotor ke kan, cuma bermain dengan warna je lah. Pastu balik rumah dengan tangan merah-merah sebab dye dia melekat kuat. 




Ni antara sample kajian yang aku buat. Letak semua nanti mual pulak tengok. Berapa kali jugaklah aku duk ulang buat sebab nak pastikan result tu betul ke tidok. Kan naya kalau salah. Huhu.. Sumpah pening nak fikir macam-macam last sem ni. Till later.. 
.
.
.
.
.
Semoga supervisor sangat baik hati dan bagi 4 flat untuk FYP ni. AMIN.. :*

22.5.14

Wedding series: Preparation kahwin + Dinner faculty

Assalamualaikum..

Macam yang boleh dilihat dekat wedding ticker aku kat tepi ni, aku punya wedding hanya tinggal 2 bulan 1 minggu je lagi. Tapi aku ni takde update apa-apa pun kan selepas first update dulu. Apa yang aku update dulu..itu jelah yang aku dah buat takat ni. Macam main-main pulak nak kahwin kan. Huhu.

Nak buat macamana dah asyik busy je memanjang, balik perak pun tak. Tengok calendar cuak sendiri pulak. Harap-harap after final project presentation nanti sempat balik untuk uruskan yang selebihnya. Okay nak cakap itu je bab kahwin ni. Runsing pulak nanti. 

Okay ni pasal dinner faculty yang dah nak basi dah baru nak update. Disebabkan aku ni student civil engineering so aku joinlah dinner yang dianjurkan pihak Civer ni (civerian katanya kan). Sebenarnya aku ni kurang suka join dinner-dinner ni. Tapi sebab fikirkan last semester, tu je peluang nak lepak dengan semua..so aku pergi jugaklah. Tapi dah pergi haruslah over bergambar..hihihi.


Dinner ni buat kat Hotel Hyatt dekat Teluk Cempedak tu. Makanan dia okay-okaylah tapi part dessert dia memang superb. Pastu suasana dia pun aku suka. Tapi tulah semua nak dress-up vogue bagai, aku gaklah yang ala-ala je. Takpelah malas type pepanjang. Ni aku belanja gambar berikutnya. ;)










Macam biasa gambar terbanyak haruslah bersama si Ainajuani itu..kalau nak tau yang mana, carilah yang sama berkepala biru..tapi bukan berotak biru pulak tau (kadang-kadang tu ye tapi si Ainajuani tu lah kan :O..)
.
.
.
.
Okaylah itu saja nak nak bagitau. Kepoh katanya. Tata.. :)

1.4.14

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum..

Hai dan hei lagi. Pagi tadi punyalah malas nak pergi kelas sebab mengantuk, tapi pergi jugaklah kan kelas pukul8 tu. Cuma kelas yang pukul sepuluh memang rasa nak ponteng. Tup tup lalu depan block W (masih dalam universiti) tu ternampak orang tengah buat kempen derma darah. Anjuran bersama pihak Universiti dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Aku pun baru kali kedua derma darah, itupun  lebih kurang 4 tahun lepas dah, so boleh tahan nervous jugaklah tadi. Pastu aku paksalah si Ainajuani tu ikut derma jugak, sebab dia tak pernah derma kan. Dengan tak ambil breakfastnya, lepas dah ambil darah tu takdelah pening. Siap boleh jalan-jalan kesana sini. Cuma lepas dah isi form untuk sijil and minum air sikit tiba-tiba rasa nak pitam. Tak memasal kena baring balik dekat kerusi tu.. Ishh buat malu tau.

Kemain besar tau jarum tu..
Nampak tak si Ainajuani tu tengah eksaited bagai..

Sample darah aku.. T_T
Harap lepas ni masih dikurniakan kesihatan yang baik agar aku masih boleh berbakti macam ni. Kita tak tahu kan siapa yang mungkin memerlukannya. So apa salahnya berkongsi nikmat Allah kan. :)

Steamboat di Kuantan

Assalamualaikum..

Ni semalam punya hal sebenarnya. Entah mimpi apa nak keluar makan dengan classmate kan. Tak pernah lagi keluar dengan dorang, first time lah kiranya ni. Sebab dah lama ada member cakap yang steamboat dekat City Times Hotel area Indera Mahkota kat Kuantan ni boleh tahan la okaynya. Dia charge by person dengan kadar  RM25 seorang.

So sekian lama berhajat, semalam baru pegi. Tahlah nak cakap okay ke tak, bagi aku daripada 5..aku bagi 2 setengah bintang je kot sebab makanan tak berapa fresh. Tak banyak pilihan makanan laut, tiada sotong fresh atau ketam. Banyak fish ball and fish cake je. Sayur-sayur lain pun tak banyak pilihan. Selain tu tomyam dia jugak tak berapa best, cair sangat kot. Pilihan air pun tak banyak.

Okaylah layan gambar kay..ni dari pergi sampailah nak balik.

Otw nak pergi dengan perut berkeroncong



Antara makanan yang ada..
Comot tau pompuan tudung pink tu..

Ayunya kawan aku sebelah tu..huhu

Okay dah habis makan lepas tu terus menuju karaoke dekat Kuantan Parade :p

Overall, kalau nak dibandingkan, aku prefer lagi makan dekat Restoran Shabu-shabu dekat area Ipoh kot. Almaklumlah aku orang Perak kan..hehe harus promote. Harga dia mahal sikitlah RM31, tapi kat Shabu-shabu memang best sebab banyak sangat pilhan makanan. Seafood memang banyak terutamanya ada ketam segar, sotong dan udang besar-besar. Takdelah nak mengadap crab stick tu je. Lepas tu banyak pilihan desert dan air yang macam-macam jenis. Dari soft drink sampailah ke juice, puas hati jugaklah.

Dekat Shabu-shabu tu nanti aku update lain. Hujung minggu ni dah start midterm break, bolehlah ajak Mr.FH pergi dating dekat sana. Okay tata.. :)