21.1.15
20.1.15
Kisah aku dan kain batik
Assalamualaikum..
Dah apahal pulak nak cerita pasal kain batik malam-malam macam ni kan. Tapi dah teringat, so aku share lah sikit story aku dan kain batik ni. Ni kisah awal-awal kahwin dulu la ceritanya. Kalau tengok dekat wedding ticker dekat belah kiri blog ni, baru nak menjejak usia 6 bulan dah perkahwinan aku. Pengantin baru lagi lah ni. Haha.
Okay back to kain batik punya hal. Bagi sesetengah orang, kain batik tu perkara biasa dilihat dan dipakai sejak anak dara lagi. Tapi pada aku pulak kain batik tu hanya biasa dilihat apabila mak yang pakai. Aku anak bongsu dari 6 adik beradik. Lagi dua orang kakak aku pun, aku tak pernah tengok dia orang pakai kain batik. Lagipun selalu berfikiran "takkanlah aku nak pakai kain batik, pakai seluar lagi selesa kot".
Jadi berbekalkan dengan pemikiran itu, aku pun dah selamat kahwin dan bergelar seorang isteri. Asbeng aku ni nampak macam modern, macam tak peduli je setakat tak pakai kain batik ni..takkan itu pun nak jadi hal kan.
TETAPI..salah percaturan rupanya aku ni ye. Lepas je kahwin boleh dikatakan setiap masa tanya, eh kenapa tak pakai kain batik. Sampai honeymoon pun itu je soklan kau ye bang. Tukarlah soklan mana La Senza ke apa..haha. Sampai kadang rasa nak marah pulak tau. Aku dahlah suka duduk rumah pakai legging je, dari zaman kanak-kanak sampailah dewasa dan jadi student. Kalau masa student, kain batik tu aku lilit macam pakai towel je. Huhuhu. Ni bila dah kahwin, suami aku asyik tanya pasal kain batik.
Mula-mula tu macam blur jugakkan, apahal dengan kain batik ni. Aku pun tanyalah terus dekat asbeng kenapa asyik suruh pakai kain batik ni. Apahal? Why? *Dushh! kena flying kick dengan asbeng* Eh tipu je, suami aku sopan orangnya..hehe.
Dia pun jawab kalau perempuan berkain batik, nampak ayu dan lembut je dipandangan mata. Time tu rasa nak ketawa jugak, tapi cover line. Bukan sebab apa aku membesar dengan abang-abang. kakak aku pulak jenis duduk hostel. So aku ni memang agak kasar sikit, macamana nak ayu-ayu seperti ayu raudhah. Tapi bila isteri impian asbeng aku adalah wanita yang suka berkain batik. Haruslah terkedu sekejap.
Tapi memikirkan nak jadi isteri solehah dan cuba nak kagumkan suami, gigih aku whatsapp kawan-kawan, google pulak lagi macamana nak pakai kain batik. Ishh malu sebenarnya ni dah terbongkar rahsia. Ada ke orang google cara pakai kain batik? Aku lah tu. Siap tengok steps bergambar lagi. Nak tanya mak, malu pulak. Nanti mak cerita dekat adik beradik lain, malu besar oi. Aku adik bongsu yang diingati sebagai tomboy tak jadi -_-'
Tips paling aku ingat dari kawan-kawan aku ialah, bila pakai kain batik yang hujung lilitan tu selit dekat panties dan satu lagi gulung-gulung sikit atas kain tu macam pakai kain pelekat. Hahaha. Memang aku cubalah pun, noob punya pasal. Satu lagi cara aku pakai klip rambut nak kepitkan hujung kain tu. Kalau terbukak, kan malu. Jatuhlah ego selama ni yang cuba dipamerkan pada asbeng yang macam, "alaa kain batik? small matter lah". Itupun bahagian bawah kain, kadang-kadang meleret keluar yang part lipatan dalam tu. Hukhuk.
Aku pakai kain batik masa tu, legging mesti ada dekat dalam. Sebab rasa pelik je kalau pakai kain batik tu je. Satu lagi mestilah atas sebab-sebab keselamatan. Kot masa keluar sapu-sapu laman kain terlucut ke. Ish ish ishhh pengsan jiran sebelah.
Bila dah nak masuk 3 bulan baru boleh pakai kain dengan kemas dan selesa. Takdelah ada legging dekat dalam macam awal-awal tu. Asbeng pun kata, "bagus isteri abang". *sambil tepuk-tepuk bahu..belanja pandora* Eh takdelah berangan je tu. So moral of the story jangan pandang laki sebelah mata ye. Dalam banyak-banyak permintaan, nak isteri yang berkain batik jugak. Hukhukhuk.
Jom daftar dan earn money dengan Nuffnang!
Assalamualaikum..
Memandangkan ramai kawan aku yang baru nak bukak blog ni, so bolehlah terangkan sekali dekat kau orang kan. Ramai yang dah tahu, mesti cakap alaaa basi dah ni. TAPI..ada yang tak tahu langsung pun tentang Nuffnang, jadi marilah kita berkongsi ilmu. Aku pun tak berapa ingat sangat complete steps sebab dah lama daftar. Okay jom tengok sequence dia.
Mula-mula nak daftar kenalah pergi ke website Nuffnang ni tau. Lepastu pergilah je JOIN NUFFNANG.
Isilah semua detail yang diminta tu sampai habis. Pastikan isi dengan betul ye, nanti kotlah kau orang jadi blogger berjaya nak earning dengan Nuffnang..so personal informationlah dia tengok bila nak cash-out nanti. Dah isi semua, sila klik next.
Okay tak silap aku akan bukak page dekat bawah ni terus. Tapi kalau tak bukak sila pergi kebahagian My Nuffnang dekat atas tu, then kau pergi ke Manage Blogs, Isi semua details dan jangan lupa letak blog URL kau orang.
Lepastu sila update survey. Nak update tu pun biarlah jujur berkaitan dengan kau orang punya blog nanti tentang apa dan sebagainya. Senang advertiser tahu blog kau ni berkaitan dengan apa.
Dah setel update survey, pergi ke tempat ada star tu, klik dekat tulisan yang warna biru tu contohnya Large Rec tu tau. Sebab itu part untuk letak kotak iklan dekat blog kau orang.
Nanti akan keluar macam dekat bawah ni. Klik dekat bulat-bulat kecil yang aku highlight kan untuk dapatkan HTML code untuk setiap jenis iklan. Tapi kena buat satu-satu. Lepas klik bulat tu, copy HTML code dekat bawah tu dan sila tekan NEXT.
Then, ikutlah semua steps yang dia bagi selepas je kau orang klik NEXT tu. Buat dengan sabar dan betul ye, nanti tak jadi dia tak keluar pulak. Buatlah sehingga keluar gambar dibawah tu. Lepastu boleh klik DONE. Kalau semua iklan tu dipasang ditempat yang betul, nanti kau akan dapat Glitterati status. Fuhh setel satu masalah :)
Lepastu kalau nak lebih faham lagi macamana nak earning dengan Nuffnang ni, kau klik dekat Earnings belah kiri tu. Bacalah apa maksudnya kempen CPUV dengan CPC tu.
Haaa kira dah setellah kalau kau dah sampai tahap last yang aku tunjuk ni. Selebihnya sila berusaha keras dekat blog pulak. Naikkan traffic view ke apa yang patut. Semoga dapat membantu bagi yang tak tahu. Kalau dah tahu, jom share ilmu dengan aku pulak :)
Okaylah nak tahu lebih lanjut jom tengok baca Nuffnang Tips pulak.
Earn money with Nuffnang | CPUV #3 2015
Alhamdulillah..cek Nuffnang pagi ni dapat CPUV lagi, kali ni dari Lactacyd pulak. Haritu Lactacyd ni sempat singgah dekat CPC campaign je. Kali ni singgah masuk CPUV pulak. Hehe kalau nampak iklan ni, ringan-ringankan jari untuk click click ye.
Eh kau orang tahu ke apa Lactacyd ni? Okay cerita sikit pasal Lactacyd ni ye. Lactacyd ni sebenarnya merupakan feminine wash untuk v-zone kita dan ianya berasaskan susu tau. Maksudnya pencuci Lactacyd ni sangat lembut pada kulit v-zone kita dan mampu bertindak sebagai pencerah. Mesti ramai dah tahu fungsi susu kan untuk kulit. Selain tu ada jugak beberapa produk lain tau,
Yang paling penting pH value dia memang sesuai untuk semua jenis kulit. Lepastu ada 5 jenis warna dan bauan yang kau orang boleh pilih, semuanya memang wangi-wangi dan comforting tau.Yelah takkan nak pakai feminine wash yang bau macam perfume pulak kan, kesian v-zone kau tu nanti.

The blue bottle: White Intimate - Untuk wanita yang lasak dan aktif bersukan atau beriadah, kerana peluh dan geseran berlebihan pada pakaian yang ketat boleh menggelapkan kulit di V area yang menyebabkan kurang berkeyakinan.
The orange bottle: Revitalize - Untuk wanita yang mahu mengekalkan keremajaan kulit V kerana ia mencegah kekeringan, menganjalkan dan mengandungi khasiat tambahan untuk mengekalkan kesihatan feminin.
Purple bottle: Nourish - Untuk wanita yang memerlukan penjagaan yang lebih melembab dan tidak mengeringkan.
Pink bottle: pH 3.5 - Untuk wanita yang mahu melindungi kawasan V daripada kegatalan, iritasi dan bau.
Green bottle: Lasting Freshness - Untuk wanita yang memahami bahawa kebersihan feminin adalah perlu untuk menikmati rasa segar dan bersih sepanjang hari.
Untuk yang dah bersuami macam aku ni, penjagaan v-zone kenalah dititik beratkan. Karang jadi pulak kes yang suami curang lepas tu salahkan isteri tak pandai jaga badan dan sebagainya. Ala cerita yang jadi viral last year tu kan. Kisah mah tu diduakan suami dengan janda, mesti ramai yang tahu. TAPI..buat yang belum kahwin pun wajib jaga jugak. Kenalah pastikan bahagian v-zone kita bersih dan selesa. Barulah selesa nak teruskan kehidupan seharian kan.
Tapi yang paling best, kalau kau orang just nak try dulu best ke tak bestnya Lactacyd ni. Kau orang boleh request untuk dapatkan sample free tau. Bolehlah tengok warna yang mana menepati citarasa kau orang. So nak sample free tak? Boleh layari www.lactacyd.com.my!
Life is all about moving forward
Assalamualaikum..
Really admired this person. Teringat masa final year, sangat nervous if kena buat speech dekat depan atau ketika perlu present last year thesis. Masa tu fikir macamana nak pengaruhi audience dan bagaimana nak buat talk kita tu ada impact yang kuat kepada audience. Lelaki inilah yang dijadikan sumber rujukan dan setiap talk dia aku tengok satu persatu..memang sangat membantu.

Maka thesis pun dapat dipersembahkan dengan jayanya. Alhamdulillah ^_^
Buat duit dengan Churpchurp!
Assalamualaikum..
Haritu aku ada share pasal Nuffnang dan CPUV kan. Lepas tu ada janji nak cerita pasal Churpchurp kan. Okay yang ni aku nak tunaikan janji aku tu. Aku mula sign in Churpchurp ni hujung bulan 10 last year.
Mula-mula tak pasti jugak, macamana nak earning dengan Churpchurp ni. Boleh ke buat duit dengan Churpchurp, aku pun banyak melakukan kerja-kerja meng'Google'. Banyak jugaklah tips dan info yang aku dapat berkenaan dengan bagaimana nak buat duit dengan Churpchurp. Walaupun 2 minggu pertama agak slow, tapi tetap tak putus asa. Huhu.
So lepas dah habis kaji, tengah bulan 11 last year barulah mula share iklan sana sini pasal Churpchurp punya kempen ni. Alhamdulillah ni rezeki yang aku dapat lebih kurang 2 bulan berkempen.
.jpg)
Takdelah besar mana pun macam blogger famous yang lain, tapi agak puas hati jugaklah kalau usaha aku ni menampakkan hasil. Moga terus dimurahkan rezeki untuk tahun 2015 ni. Amin~
Jom tolong click click kempen yang ni pulak ye;
**moga Allah balas jasa kau orang**
Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan (CONTEST CLOSED)
Assalamualaikum..
**Sticky post..scroll down for new entries**
Hai sorry aku tutup awal GA ni, sebab dah ramai sangat ye. Lagipun aku dah buat second GA contest. Walaupun tak banyak hadiah dia, just sambungan dari GA yang first ni. Total hadiah untuk kedua-dua GA ni pun dah RM100 tau. Bertuah kepada yang menang.
Next time kalau ada orang nak join anjurkan GA bersama-sama, bolehlah kita buat besar-besaran pulak. Dan kalau lebih dari seorang blogger, hadiah pun mesti lagi gempak kan. Second GA tu aku buat sebab nak promote second blog aku Mrs. Marvelous. Walaupun dekat sana tak banyak content lagi, inshaaAlah akan cuba update selalu.
Next time kalau ada orang nak join anjurkan GA bersama-sama, bolehlah kita buat besar-besaran pulak. Dan kalau lebih dari seorang blogger, hadiah pun mesti lagi gempak kan. Second GA tu aku buat sebab nak promote second blog aku Mrs. Marvelous. Walaupun dekat sana tak banyak content lagi, inshaaAlah akan cuba update selalu.
Bagi segmen ini 5 orang pemenang akan dipilih secara random dan mestilah menepati syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Hadiah merupakan topup prepaid tak kesahlah maxis/digi/celcom atau apa-apa yang dijual dikedai topup.
Hadiah penyertaan:
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang
Keep in mind! >_<
Tempoh segmen berlangsung: 19 Dec 2014 - 14 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.
JOM JOIN SECOND GA CONTEST : MINI GA BY EMA HASAN
*** GOOD LUCK KEPADA PESERTA! ***
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.png)
