20.1.15

Jom daftar dan earn money dengan Nuffnang!


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini.


Memandangkan ramai kawan aku yang baru nak bukak blog ni, so bolehlah terangkan sekali dekat kau orang kan. Ramai yang dah tahu, mesti cakap alaaa basi dah ni. TAPI..ada yang tak tahu langsung pun tentang Nuffnang, jadi marilah kita berkongsi ilmu. Aku pun tak berapa ingat sangat complete steps sebab dah lama daftar. Okay jom tengok sequence dia.

Mula-mula nak daftar kenalah pergi ke website Nuffnang ni tau. Lepastu pergilah je JOIN NUFFNANG.




















Isilah semua detail yang diminta tu sampai habis. Pastikan isi dengan betul ye, nanti kotlah kau orang jadi blogger berjaya nak earning dengan Nuffnang..so personal informationlah dia tengok bila nak cash-out nanti. Dah isi semua, sila klik next.






















Okay tak silap aku akan bukak page dekat bawah ni terus. Tapi kalau tak bukak sila pergi kebahagian My Nuffnang dekat atas tu, then kau pergi ke Manage Blogs, Isi semua details dan jangan lupa letak blog URL kau orang. 

Lepastu sila update survey. Nak update tu pun biarlah jujur berkaitan dengan kau orang punya blog nanti tentang apa dan sebagainya. Senang advertiser tahu blog kau ni berkaitan dengan apa.

Dah setel update survey, pergi ke tempat ada star tu, klik dekat tulisan yang warna biru tu contohnya Large Rec tu tau. Sebab itu part untuk letak kotak iklan dekat blog kau orang.



















Nanti akan keluar macam dekat bawah ni. Klik dekat bulat-bulat kecil yang aku highlight kan untuk dapatkan HTML code untuk setiap jenis iklan. Tapi kena buat satu-satu. Lepas klik bulat tu, copy HTML code dekat bawah tu dan sila tekan NEXT. 






























Then, ikutlah semua steps yang dia bagi selepas je kau orang klik NEXT tu. Buat dengan sabar dan betul ye, nanti tak jadi dia tak keluar pulak. Buatlah sehingga keluar gambar dibawah tu. Lepastu boleh klik DONE. Kalau semua iklan tu dipasang ditempat yang betul, nanti kau akan dapat Glitterati status. Fuhh setel satu masalah :)


Lepastu kalau nak lebih faham lagi macamana nak earning dengan Nuffnang ni, kau klik dekat Earnings belah kiri tu. Bacalah apa maksudnya kempen CPUV dengan CPC tu.





















Haaa kira dah setellah kalau kau dah sampai tahap last yang aku tunjuk ni. Selebihnya sila berusaha keras dekat blog pulak. Naikkan traffic view ke apa yang patut. Semoga dapat membantu bagi yang tak tahu. Kalau dah tahu, jom share ilmu dengan aku pulak :)

Okaylah nak tahu lebih lanjut jom tengok baca Nuffnang Tips pulak.


2 comments:

  1. dah daftr dan keluarkan pun..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kadang org dh lama dalam dunia blogging ni pun xnak daftar sebab malas, padahal dh stabil dah traffic view dia org..sayang lah kan..

      Delete