19.1.15

Eh lelaki tak payah jaga aurat ke?


Assalamualaikum

Sebelum tu meh tolong klik Sini


Baru dua tiga hari lepas bersembang pasal ni dengan asbeng. Puncanya tengok geng-geng lelaki tengah main bola sepak dekat padang. Aku buat apa? Haruslah jogging kan..taknak gemuk punya pasal, Alhamdulillah selera makan macam syaiton nirrojim tu aku dah halau jauh-jauh. Huhuhu

Okay back to the main topic. Tengah sedap jogging sempat pulak mata merayau tengok geng lelaki main bola tepi padang tu. Kira kategori pertengahan 20-an. Tu pun mengikut agakan aku jelah. Seksi kemain..eh.

Terus tanya asbeng, "abg..lelaki aurat dia orang bawah pusat sampai atas lutut kan?" 

Pastu asbeng aku pun jawab, "ha'ah..kenapa?"

Aku pun tunjuk ngan muncung jelah, "tu ramai tak pakai baju pun pusat nampak, bukan setakat lutut je nampak peha pun nampak skali. Kalau aurat perempuan tu sibuk je lah kan nak cari isteri tutup aurat sempurnalah. Diri sendiri ke laut. Huhh!". Emo tak memasal pulak petang tu.

"Lelaki..memanglah macamtu. Bukan dia orang peduli pun pasal nak jaga aurat. Tapi bukan semua lah kan. *sambil buat muka bangga* Eh yang..duk sibuk perhatikan pusat dengan peha dia orang tu kenapa?", alamak sekali dapat soklan cepumas pulak. Macamana ni? Errrk..

Laju je jawab balik, "eh..mana ada perhati, dah ternampakkan..so tengok je lah. Hehe. Ala tanya pun marah. Garangnye." *lari laju-laju tinggalkan asbeng kat belakang sebab takut kena bebel*


So tadi ternampak orang post ni dekat twitter so aku share lah dengan kau orang dekat sini. Untuk pedoman kita bersama lah kesahnya ni ;)


Credit to Afiq Salam sebab nama kau ada kat situ. Huhu.

Bukanlah nak cakap perempuan tak payah tutup aurat pastu jadi macam lelaki. Sepatutnya sama-samalah kena jaga aurat kan. Kan Allah dah janji wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, begitu juga sebaliknya. InshaaAllah.



5 comments:

  1. nak yg bagus,baguskan diri sendiri.. baru la adil.. hehehe
    nak tegur orang,lihat diri sendiri dlu..

    p.s//kak,jom join ga ni..

    http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2015/01/king-sany-burger.html

    ReplyDelete
  2. hahahahahha akak setuju sangat!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah akak..lelaki tu kekadang tak sedar diri, tapi x semualah ;p

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete