19.1.15

JUARA #AJL29 - Tahniah Joe Flizzow dan Sonaone


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tolong Klik Sini


Hai. Siapa yang saksikan AJL29 malam ni mesti tahu siapa yang menyandang gelaran juara kan. Tahniah Joe Flizzow dan Sonaone dengan lagu 'Apa Khabar'. Aku suka juga lagu Joe Flizzow ni sebab disebalik lagu-lagu beliau ada penceritaan dan makna yang mendalam.

Ada orang kata macam upin ipin, betul ke? Hahah

Tapi mungkin ramai jugak yang tak suka lagu macam ni kan. Aku takdelah nak into-hiphop sangat, tapi lagu-lagu beliau kebanyakannya aku suka. Okay jom layan lirik lagu 'Apa Khabar' ni sekejap.


Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua


Haa panjangkan lirik lagu dia sebab campur part rap sekali. TETAPI secara peribadinya aku lebih mengharapkan kemengan berpihak pada Dayang Nurfaizah, Alyah atau Mojo. Sebab lagu-lagu dia orang lebih menyentuh hati bila kita dengar.




Bercakap pasal Mojo, aku salute dengan Edry ni sebab memberi peluang kepada kumpulan orang kurang upaya (OKU) iaitu Caliph Buskers sebagai pengganti Aweera dengan menyanyikan lagu 'Roman Cinta'. Sedap sangat suara vokalis dia, memang menyentuh hati. Sekurang-kurangnya mereka berjaya juga meraih satu anugerah iaitu persembahan terbaik. Tahniah!


2 comments:

  1. sya klik astro..! :D

    tahniah utk mereka..saya tak tgk show mcm ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nana..buatlah nuffnang, boleh balas klik-klik jugak ;)

      Delete