15.1.15

7 penumpang bas persiaran rentung di Tapah Lebuh Raya Plus


Assalamualaikum..

Kemalangan yang terjadi awal pagi tadi di Kilometer 326.3 arah selatan di Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar ke Tapah,  telah mengorbankan 7 orang dan sekurang-kurangnya 22 orang telah cedera. 

[Image: 15rentong2_cropped.transformed_1.jpg]
Sumber gambar: Muhaizan Yahya

Tapah: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran kenderaan itu di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah di sini.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Katanya, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya.

"Operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

"Setakat ini tujuh didapati maut dan 15 cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala tujuh lagi cedera ringan.

"Kita masih menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa," katanya.


Sumber gambar: Muhaizan Yahya

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada penumpang yang terselamat, bas berkenaan dinaiki 30 orang. --Sumber dari Berita Harian--


Updated

Perkembangan terkini difahamkan mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Ipoh dan juga beberapa orang ke Hospital Tapah, manakala 7 yang telah maut dibawa ke unit forensik untuk tujuan bedah siasat. Selain itu difahamkan, pemandu bas tersebut yang berasal dari Parit Buntar, juga telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tapah dan ianya menjadikan 8 maut dalam kemalangan ini.



5 comments:

  1. subhanalllah...ramai tu yang maut...

    ReplyDelete
  2. ramai jadi mangsa..tp yg paling terus masa kat genting highland ke mana tu.. paling dahsyat dlam sejarah negara..huhu.
    takziah/innalillah utk mangsa.. since tak tahu lagi identitinya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua sudi singgah baca sini. Ngeri kan tengok kemalangan ni, tapi itulah benda nak jadi..punca benda kecik je.

    ReplyDelete