25.1.15

My daily supplement


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok apa menarik dekat Sini dulu.


Bila sebut pasal supplement, kebanyakan kita terfikir shaklee. Betul tak? Bukan sebab apa dah ramai yang meniaga dan mempromosi supplement brand shaklee ni. Kalau dulu sebelum aku kenal Shaklee aku suka beli dekat farmasi jenama Blackmores je.

Dah sekarang sepupu sepapat pun promote shaklee, akak aku pun dah ahli..so dengan aku-aku pun terjebak dengan shaklee ni. Aku bukan meniaga atau promote pun dengan korang, just nak share je vitamin apa yang aku makan.


Yang ni aku tumpang order atas akaun akak je..hehe. Senang dapat harga ahli kan. Seronok tengok lori GDex hantar sekotak terus.Tengoklah kenyang makan obat je, nasi tak payah makan dahlah kan..haa berangan. Nasi tetap dua pinggan tau. Yang tak masuk dalam gambar ni ada Alfalfa Complex dengan Chewable Vita-C plus (sedap boleh buat ubat ngantuk dalam kereta). Lagipun supplement ni semua tahan lama jugak sebotol 4-5 bulan, kecuali Omega tu tahan sebulan setengah je, sebab tu kena belasah 2 botol sekali beli. Tapi ada jugak yang datang malas 3 4 hari langsung tak ambil apa-apa, lagilah tahan lama kan. Hukhuk.

Sejak makan semua ni yang aku perasan kulit tu makin moist dan tumit kaki yang pecah pun berkurang cikit. Tapi aku memang takde masalah jerawat ke apa, cuma kulit kering je. Selain itu, rambut pun kurang gugur. Hihi. Tapi yang pasti makan banyak-banyak macam diatas ni, kena minum air banyak kalau tak aku mesti pening kepala. Itu untuk aku lah.

Oh lupa, aku jugak consume folic acid, nak baby cepat katanya kan. Hehehe. Itu je nak share, kalau kau orang, makan supplement apa pulak?


4 comments:

  1. wah bestnya..banyak yang ema makan ya..untuk jaga kesihatan tu memang bagus la kan..wana pun banyak dengar tentang kebaikkan shaklee ni dari kawan2 dan sepupu..setakat ni pernah minum energy cinch tea shaklee dan collagen powder shaklee..tu pun hadiah menang GA..hehe..

    sekarang ni wana consume supplemen beshine premium drink..untuk kecantikan kulit dan kesihatan badan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah Bbwana..hehe. Makanan berkhasiat yang lain tak berapa nak makan. Kenalah ganti ambik vitamin pulak.. Okay tak makan beshine tu?

      Delete
  2. saya pun amalkan shaklee..memang berkesan...lagi2 kalau berterusan amalkan..baru2 ni baru je menang vit c dr GA...hehe..jimat duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh bestnya dapat vit C free..jimat duit..tahniah :)

      Delete