19.1.15

Terkini! Pelajar UPSI ditemui mati lemas


Assalamualaikum..


Seorang pelajar lelaki Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ditemui mati lemas ditasik yang terdapat diperkarangan UPSI itu sendiri. Mangsa yang bernama Amirul Haqim Ishak, 24 yang berasal dari Pokok Sena, Kedah telah ditemui pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 8 malam tadi. 

Ianya berikutan mereka mendapat panggilan telefon pada pukul 5.33 petang semalam dan dimaklumkan terdapat seorang pelajar dipercayai telah lemas ditasik berkenaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, "Setibanya ditempat kejadian komander operasi mendapati bahawa terdapat seorang lelaki telah lemas ditasik berkenaan. Pasukan penyelamat kemudiannya menjalankan operasi mencari dan mengenal pasti lokasi mangsa sehingga mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8 malam. Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Rahim Shaari tamat kira-kira jam 8.10 malam." --Berita Harian--

Punca kejadian masih lagi didalam siasatan pihak polis.


1 comment: