13.1.15

Lazy tuesday


Assalamualaikum..

Sumber: tay.kotaku.com

Selamat pagi Selasa semua orang. Sebenarnya kalau ikutkan tahap kemalasan, tiap-tiap hari pun memang malas. Cuma harini lagi malas extravaganza. Entahlah kenapa kan. Rasa rindu dekat katil je dengan selimut gebu. Hehe.

Ke kau orang ni bila hari selasa je tambah rajin. Memang nak kena salute lah kalau macam tu. Aku punya meter rajin boost setiap hari jumaat je. Muahaha. Kalau hari rabu kira baru nak panas enjin je tu. Jadi harini kalau boleh taknak berganjak dari katil pun lepas solat subuh. Sobs.

Jadi berbekalkan tahap malas yang melampau ni, asbeng punya breakfast pun versi asal boleh je. Janji kenyang kata asbeng aku. Tapi malas macamana pun, Nescafe O' mesti pekena jugak secawan dua. Tidak boleh tidak. Macam biasalah kan, aku dan Nescafe berpisah tiada.  Nak tau kenapa? Boleh klik sini.


Roti pulak kena garing, kalau tak boss besar marah..haha


Cara aku dan asbeng, Nescafe O' home made mesti pekat barulah mata tu tidak berpinar nak tunggu tengahari kan. Kalau minum dekat kedai, mesti Nescafe tarik yang pekat berlemak tu. Itu cara aku menikmati nescafe, kau orang pulak macamana?

Lagi entry berkenaan Nescafe? Tengok sini




2 comments:

  1. xmo malas2 kak..nanti sepanjang hari bermalasan..kena ubah mindset..hehehe..

    btw,saya tag akak ya..

    http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2015/01/my-birthday-giveaway-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  2. dah memang malas ni nana..sejak dalam mimpi dah set fikiran. Thanks tau tag akak :)

    ReplyDelete