19.1.15

Fenomena sejuk luar biasa di Kelantan


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tolong Klik Sini

Selepas dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah Malaysia, sekarang ni cuaca memang tak menentu. Dikatakan yang dekat Kuala Krai, Kelantan cuaca sejuk sedang melanda sehingga mencecah 17-18 darjah celcius. 

Aku di Gerik ni yang cuaca sejuknya 20-21 darjah celcius pun dah tidur sambil menggigil kerana terlampau sejuk, tak tahulah macamana yang mereka yang duduk di Kuala Krai tu kan. 


Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.


Antara kawasan yang merekodkan suhu terendah ketika itu ialah Kuala Krai, Kelantan iaitu 17.2 darjah Celsius. Jadi, kebarangkalian suhu rendah luar biasa ini berulang di beberapa tempat di Malaysia adalah sangat tinggi memandangkan musim sejuk masih berlangsung di Hemisfera Utara.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka disana. Dengan izin Allah SWT, semoga tiada lagi bencana yang akan menimpa meraka.


5 comments:

  1. aminn . tulah , bawak moto kena sentiasa pakai baju tebal / jaket . kalau tak sejuk semacam angin . kadang angin kuat rasa nak tumbang je moto . huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kena sentiasa hati2 kan. Kalau yang ada asma pun boleh semput.

      Delete
  2. Huhu bestnya cuaca sejuk. Feeling-feeling winter gitu...^_^ Rindu masa main salji kat korea. Ngee..

    ReplyDelete
  3. dlu kena banjir..skragn musim sejuk pula..alahai..moga mereka bertabah la ya.. saya tak tahan sejuk walau kulit tebal..hohoh

    ReplyDelete