29.1.15

Tahniah! | Lisa Surihani kini hamil


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom terjah SiniSini dan Sini ;p


Ketika usia perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry menginjak hampir ke angka 3 tahun, mereka akhirnya dikurniakan zuriat. Sebelum ini desas desus tentang berita kehamilan Lisa masih menjadi tanda tanya kerana pasangan artis ini tidak membuat sebarang pengumuman kepada umum.




Namun baru-baru ini ketika sidang media pelancaran Cicakman 3, pasangan artis ini telah mengesahkan berita kehamilan Lisa. Ianya merupakan berita yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh mereka dan juga peminat.



"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh. Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama," kata Yusri ketika ditemu bual.

Manakala Lisa pula menyatakan, "Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya."

Memang betullah tindakan yang diambil mereka tu kan. Jangan jadi macam sesetengah pihak pulak, vavavoom cerita pregnant  bersama bukti home pregnancy test bagai, tup tup takde pulak kan. Jadi untuk pasangan Yusri dan Lisa, marilah sama-sama kita doakan agar zuriat yang dikandung Lisa Surihani ini sihat dan menjadi anak yang soleh/solehah kelak. Amin--


6 comments:

  1. betul tu tak perlu gah lagi tapi memang excited nak bagitau semua kan:) happy for her .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..lama dah menanti, akhirnya Allah makbulkan doa dia orang :)

      Delete
  2. Alhamdulillah. Good news.. and happy for them

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah happy for them

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan El..rezeki dan bahagian masing2..alhamdulillah :)

      Delete