29.1.15

Cinta Monyet Alam Persekolahan

Assalamualaikum..

Sebelum tu mari buat amal jariah di SiniSini dan Sini ;p



Cinta monyet ke bercinta dengan monyet? Haha. Majoriti daripada kita semua ni mesti pernah ada pengalaman cinta monyet ni kan? Dan mostly zaman cinta monyet ni zaman sekolah la kan. Tapi cinta monyet yang membawa sampai ke gerbang perkahwinan tu aku rasa tak banyak mana pun. Sekolah habis cinta pun habislah jugaklah kan. Ye tak.

Tapi dizaman cinta monyet aku dulu-dulu takdelah advance macam budak sekarang. Nak dating-dating pun takde. Banyak bezanya tau. Lagipun kemudahan teknologi tu tak sehebat sekarang. Jom tengok apa bezanya..dimata aku lah ceritanya.


Cinta monyet dulu-dulu;
  1. Kalau minatkan seseorang, berbulan-bulan perhatikan je orang tu. Dah macam stalker terulung.
  2. Lalu depan kelas sidia, jantung macam nak terpelanting. Mulalah jalan bajet-bajet cun dan control habis kekonon sidia takde kerja lain, lepastu asyik nak perhati pintu kelas je nak perasankan kau tiap kali lalu.
  3. Kalau terserempak dekat walkway atau balcony sekolah, rasa macam nak nyanyi, "i believe i can fly.." Haa sampai macamtu teruk punya angau. 
  4. Kumpul dengan kawan-kawan, buat hand-made card untuk sidia. Lepastu tengok card siapa yang paling kreatif dan inovatif. Masa tu barang keperluan yang kena ada, colorful pen, colorful paper, gam dan tisu. Kenapa tisu? Hahah sebab nak gulung-gulung buat bingkai untuk kad. Takpun bakar hujung kad tu ala-ala scrap book.
  5. Passing love note atas meja. So datang pagi-pagi kau akan nampak atas meja ada tulisan dengan pensel say hai ke atau sebagainya. 
  6. Duit syiling kena banyak, sebab public phone je tempat nak lepaskan rindu..konon. Haha. Takpun bil telefon rumah mencanak naik sebab bergayut sakan, begitu jugak dengan darah tinggi mak kau tengok bil telefon.
  7. Kalau bercinta pun, panggilan aku kau je biasa digunakan. Paling advance boleh pergi pun saya awak je.
  8. Lebih kepada heart-ship relation.
  9. Bila putus cinta, takdelah over sangat. Relax je.
  10. Oh satu lagi..kalau minat tahap teruk, tapi macam nak stays in shadow kiranya. Pergi bukak majalah sekolah tengok alamat sidia. Lepastu hantar surat cinta ataupun yang paling best, kad raya misteri. Huhu.
Cinta monyet sekarang;
  1. Kalau minat, terus mengayat. Then mintak no phone je, senang nak ber'whatsapp'. 
  2. Kalau rindu boleh skype atau video call. Takde dah nak pakai surat-surat atau kad ni, buang masa katanya.
  3. Tanpa segan silu berkepit kehulu kehilir macam belangkas, lebih lagi daripada tu pun ada.
  4. Panggilan digunakan lebih dasyat daripada orang yang dah berkahwin.  Papa mama, bee boo, dan sebagainya.
  5. Topup phone yang cepat habis sebab nak renew internet.
  6. Nak tunggu bagi kad pun maybe time birthday. Tapi takde dah lah hand-made, sebab...memory lane kan ada.
  7. More to skin-ship relation -_-'
  8. Kalau putus cinta, over sangat. Duk pergi toreh-toreh lengan lah segala bagai.
  9. Monyet pun marah guna perkataan cinta monyet sebab perangai dah lebih teruk daripada monyet.
Contoh kebodohan
Entahlah cuma nak cakap batas pergaulan tulah banyak bezanya dulu dan sekarang. Dulu cinta monyet tu more to minat sahaja. Takdelah melibatkan pergaulan yang melampau. Tapi bukan semua orang lah. Masih ramai yang terjaga akhlaknya. Cuma biasalah..macam pepatah melayu lama. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tapi satulah yang aku nak pesan dekat adik-adik yang masih sekolah tu. Tolonglah jaga batas pergaulan kau orang. Percayalah banyak lagi benda yang menarik nak kau tempuh dimasa akan datang. Tak payahlah nak cinta mati sangat waktu sekolah, seriously memang tersangat buang masa. Kalau nak bercinta zaman sekolah pun, bercintalah relax-relax je okay. Jangan over excited sangat.

Nanti masuk U, kau boleh jumpa dengan ramai lagi yang menarik hati dan bijak-bijak. Kan dah menyesal. Tu belum alam pekerjaan lagi, bersepah pilihan terbaik yang boleh kau pilih. Kalau dapat menjurus kepada kebaikan, Alhamdulillah lah kan. Kot dapat bantu study ke, pemangkin semangat untuk berjaya ke. Tapi kalau banyak yang buruk dari baiknya, baik kau tumpukan SPM je dulu.


14 comments:

  1. Hihi kita pulak yg over excited baca entri ni kak.. ekceli zaman kita sekolah dulu lebih kepada 'cinta monyet zaman dulu'.. semua yang akak senaraikan tu kita dah rasa kecuali nombor 6.. tapi yang no.4 tu pulak kita cuma buat sorang2 je.. lepastu dengan brutalnya paksa member2 pass hadiah kat sidia xD

    Walaupun jarak kita dengan budak zaman sekarang satu dekad je, tapi memang ketara sangat perbezaannya kan kak.. tapi kita yakin jugak yang 'over' ni sebahagian je.. masih ramai budak zaman sekarang yang diberi pendedahan agama yang lebih baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betul tu..takdelah kita kata kesemuanya.. Tapi itulah gerun tengok kes toreh tangan ni. Nasib akak takde adik, kalau tak memang spotcheck satu badan kot terjebak. Huhu.

      Delete
  2. dulu masa sekolah pernah la sorang bdak lelaki tu............emm..malas nak cerita..tp kita tolak.. huhu
    xtahu la kenapa macam tak berminat sangat nak ada hubungan dgn sesiapa.
    tp zaman dlu kan..zaman saya sekolah la..hahaha.. berapa kerat ja yg minta nombor,masa tu kan guna nom mak /rumah ja.. T__T kalau ada yg suka,biasa lelaki ska bercerita kat member satu group dia ja.. sampai habis sekolah,tak pernah ada nombor masing2.. lelaki2 suka mengacau kat sekolah ja.. huhu

    sekian..
    tamat cerita nanti datang 'drama' baru pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *lupa..
      erk.. sanggup ya dia kelar tangan kaki segala anggota badan yg ada.. huhu..
      biasa perempuan tak suka ada parut.. ehem........
      macam tak berbaloi lukakan diri sendiri..cukuplah hati tu ja yg terluka..
      T___T
      moga2 dijauhkan perangai di atas,kat adik2 sya yg masih mentah itu.. amin..

      Delete
    2. Heheh..amin. Bukan apa, banyak sangat pengaruh bukan2 sekarang. Heheh lagipun cinta monyet dulu-dulu kalau ingat mesti senyum2 je sorang. Kelakar.

      Delete
  3. Haha! cinta monyet dulu-dulu betul sekali. Yang part lalu depan kelas, jantung macam nak terpelanting, Jalan bajet-bajet cun dan control tu sama lah. Okeh kalau ingat bali rasa cam bodoh. Tapi tula, semuanya kenangan yang mematangkan. Hikhikhik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kan. Bila ingat balik, boleh buat bahan ketawa je. Tapi budak sekolah sekarang kalau bercinta tahap serious tu dah lebih dari yang berkahwin. Tu bila frust, teruk sangat. Tapi tak semualah..hehe

      Delete
  4. penah juga ada pengalaman cinta monyet..tapi still suka cinta monyet dulu2 banding skang..dulu2 walau xde wasap tetap ok ja..hubungan tu sweet ja dan tak la lebih2 sangat pun macam skang ni sampai buat apa saja walau mati..eee..seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah inta monyet dulu more to sweet things kan..memory dia tu kalau ingat rasa best je. Takde terlalu heavy sangat macam orang dewasa putus cinta. Huhu

      Delete
  5. hehehe teringat zaman bercintan cintun dulu2.. dulu pernah member pasang dengan senior.. bercinta monyet jugak beberapa tahun.. dulu rajin jugak buat2 kad warna warni tuh.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah memang zaman tu takde lagi nak bagi kad dari memory lane..heheh

      Delete
  6. hahaha imbas kebali zaman sek erk..
    zaza xde cinta monyet time sek tapi suka sakat kawan hahahaha..
    kawan suka kat sorg budak lelaki ni.. so zaza ambik kesempatan tulis surat yg konon datang dari sidia hihihi.. nak nampak real.. zaza bgi surat tadi kat budak pompuan yg sekelas dgn lelaki tu. budak tu pulak bagi dekat kawan zaza hahaha. masa dia baca berbunga2 cinta.. akhirnya terbongkar jugak rahsia jahat zaza hehe.. bila di ingat balik2 rasa kelakar pulak.. masing2 pun dah ada anak. apapun, zaza dgn kawan BFF sampai skrg.alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jahatnya kenakan kawan macam tu..nasib dia xmarah ek..

      Delete
  7. kite takde lah sangat pengalaman cinte monyet tu tapi kalau bab crush banyak la...for me kalau minat seseorg tu best sikt dr bercinte...suka melihat dia dari jauh....tp kita yang bahagia...tp mmg terbaik lah kalau dr sekolah bercinta sampai kawen..^^

    ReplyDelete