14.1.15

Bagaimana agar tidak kekeringan idea untuk update blog?


Assalamualaikum..

Sebenarnya entri yang aku buat ni adalah merupakan kesinambungan daripada entri Thanks Nuffnang untuk CPUV! dan Cara dapatkan CPUV dari Nuffnang. Kenapa aku cakap kesinambungan? Sebab untuk apa kau orang kerap update blog? Mesti sebab nak orang baca blog kau orang kan, lepas tu mesti nak increase earning. Earning tu dari mana? Antara earning yang tertinggi boleh diperolehi daripada Nuffnang ialah earning dari CPUV. Haa nampak tak permainan dia macamana? Semuanya berkait rapat antara satu sama lain. Tak percaya, kliklah topik-topik diatas.

Bagi yang dah biasa membaca tulisan-tulisan picisan aku dekat blog ni, mesti dah biasa tengok cara penulisan aku yang sentiasa penuh pertanyaan dan pernyataan. Haa dah macam cikgu BM dah aku.

Okay back to the main topic balik. Bagaimana agar tidak kekeringan idea untuk update blog? Apa yang nak aku share ni berdasarkan aku punya pengalaman, pengalaman orang lain aku tak sure. Lepastu tak sure jugak ianya berkesan untuk kau orang. Tapi serasa aku kalau kau orang manusia biasa, bukan artis bukan sebarang public figure dan juga bukan makhluk planet pluto..berkesan je tips aku nak share ni.

Sumber: www.geekandblogger.com


Apakah tips itu? Jeng jeng jeng

1. Pastikan kau orang sentiasa up atleast satu entri setiap hari tak kisahlah panjang ke pendek ke, paling teruk pun up lah gambar ke kan yang dirasakan  menarik.

2. Jangan fikir samada entri kau orang tu best ke tidak, ada orang nak baca ke tidak, atau apa-apa perkara negatif yang lain. Selagi kau orang tekan button PUBLISH, itu dah cukup menyelamatkan kau orang. Daripada duduk dalam folder draft lagilah tak membawa apa-apa erti dan keuntungan. Kenapa aku cakap jangan fikir? Malaysia ni sahaja ada berapa juta penduduk dan mostly daripadanya adalah pengguna internet tegar. Takkanlah dalam seribu orang tu, sorang pun taknak baca entri kau tu kan? Lepas tu kalau kau fikir sangat pun buat pening je, just set dalam mind kau orang, "Kalau nak baca, klik je..kalau taknak sudah".

3. Kalau betul sangat dah takde idea, perhatikan sekeliling kau orang. Life kau ke, kawan-kawan ke atau apa sahaja yang kau orang rasakan menarik difikiran kau orang untuk dikongsi (lagi sekali aku ingatkan jangan fikir sangat apa yang orang lain fikirkan).

4. Rajin-rajin blogwalking ke blog lain dan scroll apa-apa post menarik dan terkini di facebook. Sekurang-kurangnya adalah dapat main idea sedikit sebanyak benda apa yang mungkin bagus untuk dijadikan entri. Tapi kalau boleh jangan copy-paste dari blog/web sesiapa pun. Kalau perlu jugak, kau orang boleh letak sebagai quote dan give credit untuk penulis asal.

5. Yang last ni andai kata kau dah tahap blur yang melampau tak tahu nak update apa, kau update je news ke atau apa-apa benda yang tengah menjadi hot topic sekarang.


Panjang lebar dah aku terangkan dekat atas tu. macam yang aku tulis bawah gambar aku, aku memang kuat membebel. Harap kau orang sudi baca tulisan aku ni dan aku harap ianya akan membantu dan motivates kau orang supaya terus berkarya dalam dunia blogger.

Adoi keras bontot demi nak bagi tips dekat kau orang. Nak squat jap. Apa kepentingan squat? Baca pulak entri Jom squat jom! ni.



5 comments:

  1. hahahaha memang terbaik tips tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha benda yang real terjadi pada setiap blogger, terutamanya blogger baru. BLUR tiap kali nak up entri.

      Delete
  2. ayat yang paling best "Kalau nak baca, klik je..kalau taknak sudah".

    ReplyDelete
  3. akak, nak copy share masuk blog boleh?

    ReplyDelete