21.1.15

Tisu kaki mereput bahana plastic surgery


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini


Mula-mula tengok gambar ni aku ingatkan apalah dekat kaki dia sebab tak perasan sangat, semangat zoom lepastu hampir pitam tengok lubang-lubang tu. Sobs. Kisah model ini menjadi topik hangat di Brazil pada hujung tahun lepas.


Model yang bernama Andressa Urach ini berumur 27 tahun dan berasal dari Brazil. Kerana terlalu inginkan kesempurnaan bentuk tubuh dan sebagainya, beliau telah berkali-berkali membuat pembedahan plastik dipelbagai tempat diseluruh tubuhnya. Kerana terlalu obses untuk kelihatan cantik, beliau hampir mempertaruhkan nyawanya setelah mendapatkan rawatan untuk mencantikkan peha.

“Saya malu dengan lubang-lubang dan parut di kaki saya. Bekas luka ini akan ada di kaki saya sepanjang hayat dan melihatnya mengingatkan saya agar terus bersyukur kerana masih boleh bernafas. Terima kasih kepada tuhan kerana memberi peluang kepada saya untuk memberitahu wanita-wanita di luar sana agar tidak melakukan perkara bodoh seperti saya. “Jika semua yang berlaku ini adalah untuk memberi amaran kepada orang lain untuk menyelamatkan mereka daripada kematian, maka itu adalah alasan mengapa saya perlu menempuhinya,” katanya ketika ditemu bual oleh Brazilian TV.

Ianya berlaku kerana Urach telah menyuntik sejenis cecair kimia hydrogel kedalam pehanya untuk membuatkan ianya kelihatan tengang dan pejal. Namun proses tersebut telah memudaratkan beliau, apabila tisu kulitnya mula rosak dan mereput. Ianya hampir meragut nyawa beliau kerana terdapat jangkitan kuman akibat daripada pereputan tisu kulit pehanya itu. Maka proses untuk mengeluarkan bahan kimia tersebut dilakukan secara serta merta bai mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

Ujar Urach lagi, “ketika mahu menyuntik hidrogel tersebut saya langsung tidak berfikir dua kali, malah apabila rakan-rakan menasihati tentang risiko yang bakal berlaku, saya hanya berkata, itu urusan kemudian jika perkara itu benar-benar berlaku. Dahulu, saya berjumpa dengan doktor pembedahan plastik seperti saya pergi ke pusat beli-belah. Ada sahaja yang ingin saya ubah. Saya bagaikan ketagihan pembedahan plastik. Ketika itu, saya hanya mahu orang memandang saya dengan penuh rasa cemburu."

“Saya sentiasa menganggap diri saya hodoh. Ketika remaja saya sangat kurus dan sering menjadi mangsa buli. Saya juga tidak cukup tinggi untuk menjadi model peragaan atau model katalog, tetapi pada masa sama saya mahu menjadi terkenal. Stesen televisyen pula hanya memberi peluang kepada wanita yang mempunyai bentuk tubuh menggiurkan dengan dada, punggung dan paha yang besar,” tambahnya lagi.



Kini beliau masih dalam kesakitan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Kesakitan yang dialami sukar untuk digambarkan. Lukanya yang masih berdarah membuatkan Urach perlu menukar pembalut luka sebanyak dua kali sehari. Dia juga perlu mengambil tiga jenis antibiotik dan ubat tahan sakit, selain menggunakan pam tangan untuk mengeluarkan cecair dari tubuhnya melalui tiub yang dimasukkan pada lubang di kedua belah kakinya.


Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pembentukan Semula, Estetik, dan Bedah Plastik British (BAPRAS), Nigel Mercer, berpendapat, tidak mungkin gabungan hidrogel dan PMMA menjadi punca kerosakan pada badan Urach sebagaimana didakwa. Sebaliknya kecederaan yang dialaminya adalah disebabkan jangkitan kerana menggunakan peralatan yang tidak dinyah kuman (stril).


3 comments:

  1. aishhh. hati kental sungguh. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat tak beringat nilah namanya. Ngeri kan.

      Delete
  2. saya rasa bulu mremang tgk lubang tu..alahai..

    ReplyDelete