21.1.15

Apa itu Churpchurp?


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini.


Semalam dah bercerita pasal Nuffnang dan cara daftar kan, harini cikgu ema nak ajor kome pasal Churpchurp pulak, cara daftar dan cara share kempen. Mohon bertabah ye jika tutorial ini tunggang langgang. Jadi mari tengok langkah pertama.

Langkah pertama wajiblah bukak website Churpchurp ni. Dan pastikan kau berdaftar dengan Churpchurp Malaysia. Jangan buat pasal berdaftar dengan negara lain pulak, nganga nanti kau nak baca instruction dia. Lepas tu bolehlah sign up dengan menggunakan email atau boleh guna twitter log in je kalau ada akaun twitter,

Sesudah itu isilah semua yang diperlukan dekat personal details, education dan sebagainya sampai habis dekat bawah tu dan jangan lupa Save. Dah siap isi, sekarang kita cerita macamana nak share kempen pulak. First kau pergi dekat Rewards yang aku kotakkan no 2.

So kau akan nampak macam gambar dibawah ni, Ada 4 jenis kempen yang ada dekat Churpchurp ni. Yang selalu availabe adalah social share. Yang social seed tu, kau akan nampak iklan tu kalau dia orang pilihkan untuk kau. Yang dua lagi tu aku tak berapa pasti. Tapi kita focus kepada social share dulu ye. Jangan tamak haloba. Huhu. Okay part nak share pulak. Kan ada gambar perempuan pegang phone tu, itu adalah salah satu kempen yang sedang berlangsung. Kalau iklan yang belum pernah kau share, dia akan keluar Share Now dekat kotak no 2 tu. Disebabkan aku dah selalu share kempen tu, makan dia akan keluar Earn More. Jadi kau klik lah dekat situ.

Lepas tu page bawah ni akan terbuka..inshaaAllah lah kalau kau daftar tempat yang betul sejak awal aku membebel tadi. Cara nak share ni ada banyak, tapi aku share empat je dulu. Aku cerita ikut turutan no dekat bawah ni okay. Yang no 1 tu, kalau kau nak share kempen tapi malas nak reka ayat sendiri makan boleh klik situ. Klik je dekat perkataan Link tu, dia akan jadi automatik copy. 

Tapi kalau ayat macam iklan sangat, orang jarang nak klik. So boleh try yang no 2, compose ayat sendiri. Kalau aku, aku guna je keyword yang dia bagi dekat bawah tu untuk compose ayat. Buatlah ayat yang menarik, bila orang tengok tu teringinnya nak klik. Bila dah siap compose ayat, klik dekat bahagian Save & Copy tu. Kiranya kau dah save lah, tunggu nak paste je.

Atau no 3, boleh copy link sahaja yang aku petakkan no 3 tu. Link tu paste lah dekat blog kau ke, atau status mesengger ke. Ikut suka kau lah. Aku lebih suka share dekat blog, setiap kali entri baru aku akan letak dekat atas, macam dekat atas entri ni bawah Assalamualaikum tu.

Yang no 4 tu pulak kalau kau ada twitter, kau nak auto-share je. Dia akan auto-share setiap 24 jam tak silap aku. So kalau kau tak bukak pun, dia akan share sehari sekali. Tapi lambatlah cara ni kan.


Okay kira dah setel part copy dekat atas tadi, tak kiralah yang dah siap ayat atau ayat yang kau compose sendiri. Now kita pergi part nak share dimana dan bagaimana pulak. Yang bawah ni contoh aku share dekat facebook aku. Bukan susah pun, tadi dah copy..now paste jelah dekat status kau tu. Daripada up status mengumpat, baiklah share kempen Nuffnang ni, ada jugak hasilnya. Aku share dekat private facebook je, tak cukup power sampai nak buat fanpage. Tapi yang penting jangan share dekat page orang atau wall orang lain, pendek kata jangan spam. Nanti kalau ada orang report spam, Churpchurp akan sekat earning kau. Lepastu boleh jugak share dekat akaun Twitter, kalau kau ada akaun twitter. Bagi aku share dekat twitter lebih cepat dan lebih besar peluang orang akan klik. 




Setiap klik dapat 20sen, tapi tak payah memandai nak klik sendiri. Sebab dia kira 20sen untuk satu unique id. Tapi sesetengah kempen, setiap rabu akan jadi 40sen per click. So kau boleh baca dulu sebelum nak share tu. Okay, aku rasa itu sahaja untuk yang boleh aku share mengenai churpchurp ni. Semoga apa yang aku share dapat membantu dan memberikan manfaat kepada kau orang semua. Yang dah tahu dan dah masuk kategori terer baq hang tu, sila share pulak ilmu dengan aku. Aku ni pun separa newbies lagi. Tahu sikit-sikit je. 

Sejuknya pagi-pagi dekat Gerik ni cecah sampai 19-20 darjah celcius setiap pagi sekarang ni. Rasa macam nak sambung berguling dalam selimut. Eh kalau nak tahu lagi, lagi dan lagi tentang perkara yang berkaitan, bolehlah baca entri lain di Nuffnang Tips ni. ^_^



4 comments:

  1. tak pernah lagi dpt income dri churp2..ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah try cara yang sy share tu. Kalau betul gayanya, lagi cepat income masuk dari Nuffnang :)

      Delete
  2. thanks info..saya xpham sgt bab ni... nk kena bljar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Zarul Farhana :) saya pun baru berjinak2 jugak..okaylah setakat ni

      Delete