15.1.15

Konsep menu bujang asal kenyang


Assalamualaikum..

Selepas musim banjir yang melanda teruk ni, asbeng aku banyak kena kerja luar dan kadang-kadang balik lewat. So aku tak payah masak dah untuk dia, selalunya dah makan dekat luar dengan colleague.

Yang aku pulak memang lately punyalah malas tahap apa entah, dah seminggu macamni.  Bila tau je asbeng tak makan kat rumah, memang masak tu kalau boleh nak makan megi je. Haha. Tapi selalu kena marah everytime nak ambil megi. Untuk pengetahuan, asbeng aku ni memang seorang yang menjaga kesihatan ye, pantang betul dia orang tak makan sayur ni. Tapi tengok apa bini dia makan bila asbeng dia takde..

Telur dadar kosong bersama sambal kicap sahaja ye..ssyhhhh

Aku jenis bukanlah tak makan sayur, tapi kalau takde pun tak apa. Sebab selalu beralasan dengan diri sendiri, "aku kan dah makan vitC, vitB dan folic acid averyday, patutnya mestilah okay, lepastu sebelum tidu susu omega lagi..tak payah sayur pun takpe kot ". Haaa dengan memegang konsep aku always right, macamtulah setiap hari perasaan ini memujuk aku supaya tak payah makan sayur.

Jadi selalunya ini jelah menu aku kalau untuk makan sorang. Takpun telur mata je. Kalau mood tengah rajin sikit buat ayam panggang je, tumbuk-tumbuk black paper + bawang putih + halia, lepas tu add madu, garam, sos tiram sikit dan serbuk fennel ngan cumin sikit..panggang. Habis cerita.

Ni pun tengok blog kak Enyy Yusnizar haritu update pasal makanan ala bujang ni, tu yang tetiba je terambil gambar petang tadi. Makan tengahari pun petang..heheh



2 comments:

  1. asben akak kerja pa..? haa.. sebab sayang dia tegur.. dengarlah kata somi akak..hahaha..
    sya suka ada satu set,ada lauk pauk,mesti kena ada sayur masak apa2 pun la..

    ReplyDelete