14.1.15

Bercerai dah Riezman Khuzaimi dan Kartina


Assalamualaikum..

Kisah penceraian dalam dunia artis ni macam takkan pernah padam. Ada je kisah penceraian yang akan kita dengar dari minggu ke minggu. Boleh dikatakan status janda atau duda dikalangan pelakon dan penyanyi seperti menjadi satu trend. 

Sumber: www.utusan.com.my

Menurut laporan Harian Metro pelakon tersebut, Riezman Khuzaimi dan isteri, Kartina Ayoob sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam iaitu pada 13 Jan.


"Riezman atau nama sebenarnya, Mohd Rizman Mohd Khuzaimi melafazkan talak satu dalam keadaan sebak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.

Sebelum melafazkan cerai, pasangan itu bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri. Terdahulu, ketika menjawab soalan hakim, Riezman memberitahu, mereka mengambil keputusan untuk bercerai kerana sudah tiada persefahaman.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Riezman yang masih dalam keadaan sugul dan sebak enggan mengulas lanjut mengenai perceraian itu." -Petikan dari Roti Kaya.


Secara asalnya, perceraian adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah dan justru disukai oleh Iblis.

Allah Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ عَزَمُوا الطَّلاَقَ فَإِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Dan jika kalian bertekad kuat untuk thalaq, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Q.S al-Baqoroh:227).

Konteks ayat tersebut adalah bentuk peringatan dan ancaman: “jika kalian berbuat demikian…sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”, sehingga itu menunjukkan bahwa perceraian tidaklah disukai oleh Allah. Sebagaimana hal ini dijelaskan oleh Syaikh Ibn Utsaimin rahimamullah.

Hal yang menunjukkan bahwa perceraian adalah sesuatu yang disukai oleh Iblis dan bala tentaranya (syaithan) adalah hadits:

إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ

Sesungguhnya Iblis meletakkan singgasananya di atas air kemudian mengirim pasukannya (ke berbagai penjuru). Pihak yang terdekat kedudukannya dari Iblis adalah yang paling besar menimbulkan fitnah. Salah satu dari mereka datang (menghadap Iblis) dan menyatakan: Aku berbuat demikian dan demikian. Iblis menyatakan: engkau belum berbuat apa-apa. Kemudian datang satu lagi (melaporkan): Aku tidak tinggalkan ia (manusia) hingga aku pisahkan ia dengan istrinya. Kemudian Iblis mendekatkan kedudukannya dan mengatakan: bagus engkau (H.RMuslim)



2 comments:

  1. mcm tak sangka kan. diorang ok je sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah hidup artis kak eny, biasalah. Harini serba sweet esok dah pahit..harini putih esok dah kelabu..hehe takut tengok life dia orang. Mintak jauhlah kita dari benda2 macamni.

      Delete