11.1.15

Perlu ke peluk mat K-Pop tu kan?


Assalamualaikum..

Mula-mula memang malas nak ambil tahu pasal minah tudung yang memeluk si artis k-pop dimana minah ini sedang trending tak berpenghujung di twitter. Trending in a bad ways i mean. Errr

Aku ni setakat drama korea aku pun minat, tapi k-pop memang tak berminat. Muka pun sepesen je kalau perhati betul-betul. Tak tahulah apa yang nak digilakan. Dia orang nyanyi bukan kau boleh paham pun kan. Tak kuasa nak semak kamus satu-satu cari makna.

Perluke peluk cium kalau minat pun?? Tak perlu kot..

Bab aurat dah terjaga..tapi susah den nak cakap..hukhuk


 Haihhh -_-'


Berkenaan ngan kes peluk memeluk ni, tak tahulah apa yang awak fikirkan ye cik adik. Minat k-pop tu satu hal, yang sesedap rasa buat adegan peluk cium tu mengapakah? Kesian mak ayah awak adik oii satu Malaysia tengok adegan ini.

"Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu". - Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


So lepas ni si mat k-pop and the gang pun confuse islam tu apa sebenarnya sebab dia relax je dapat peluk cium awak. Patutnya awak tunjukkanlah batas-batas pergaulan dalam islam tu macamana. Dari awak pergi peluk mak k-pop tu, baiklah awak balik peluk mak ayah. Pahala dapat, restu pun dapat.

Tapi yelah kids nowadays mudah sangat terpengaruh dengan budaya luar. Takut membayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang..zaman anak-anak aku membesar entah macamana environment nya pulak kan. Nauzubillah~


No comments:

Post a Comment