12.1.15

Mengapa status Glitterati saya menjadi Non-Glitterati?


Assalamualaikum

Haa itulah persoalan yang bermain difikiran aku sejak pagi tadi. Sebabnya pagi tadi bukak-bukak je nuffnang account, terus terkejut miaww (baca berok). Bukan sebab apa, tapi sebab tengok status Glitterati di akaun nuffnang aku menjadi ini..




Haa saja crop sampai whats happening tu, sebab itulah aku tengah fikir sekarang. Lepas tu kan kesian tau mana yang CPUV status sedang on-going tu terus dia cut earning tinggal separuh. Ohh tuhan..why why why? Mestilah menangis kalau macam tu. Nak dapat seposen pun bukannya mudah didalam zaman blogging ni. Uwaaa..

Otak pun berfikir seligat mungkin..mengapa, kenapa, bagaimana dan sebab apa perkara ni terjadi. Boleh dikatakan confuse jugaklah kan. Maka dengan tanpa usul periksa otak pun laju buat keputusan pasal ads lain ke? Sebab baru je update pasal ads heartbeat haritu. Tapi fikir balik takkanlah kot kan sebab heartbeat itu dah berada diblog aku ni sekian lama, takde pulak jadi apa-apa.

Disebabkan malas nak fikir panjang aku pun sumbit ticket pada Nuffnang. Tanya straight to the point daripada otak aku semakin lagho memikirkan sebab dan kemungkinan. Selain tu submit ticket ni boleh membantu nuffnang noticed kehadiran kita ye. Sebab bukan setakat seratus dua ratus blog je yang registered bawah nuffnang ni. So submitlah selalu.


Hai hello semua..mari speaking bersepah bersama Cikgu Ema. Errr


Tunggu punya tunggu tak sampai sehari pun pihak nuffnang pun tak reply lagi. So aku pun google dan google. Ada jugak yang aku search dari nuffnang punya knowledge base. So ini yang aku dapat.

See atleast one visitor untuk sehari
Lepastu kalau ada multiple blogs pun sama

Aku pun seminggu dua ni ada buat blog baru menggunakan akaun nuffnang yang sama. Setel dah letak ads atas bawah kiri kanan bagai, lepastu buat lupa dekat blog tu. Nak bukak pun malas. Hehe. So aku dah remove semua ads nuffnang buat seketika dari blog baru tu. Tapi nak dapat balik status Glitterati tu makan masa 4-7 hari. Adoi sedih.

Antara sebab status bertukar non-glitterati adalah sebab blog baru tu langsung takde traffic dan takde update langsung, so dia anggap blog tu as a spam tak silap aku. Sekurangnya kau orang punya traffic view kenalah ada at least satu sehari barulah blog kau orang dianggap hidup dan nyata..ecewah.

Jadi kalau ada yang masalah lebih kurang macam aku ni, jemputlah remove dulu any nuffnangs ads kau orang dari blog yang tidak aktif. Increase dulu traffic then boleh pasang balik ads tu.


Antara masalah lain yang boleh menyebabkan status anda menjadi Non-Giltterati:
  1. Tak letak semua jenis ads nuffnang (large rec, leaderboard, skyscrapper) dengan betul dan seperti yang dikehendaki oleh Nuffnang. 
  2. Letak ads lain yang mungkin clashed dengan ads nuffnang.
  3. Atau blog kita telah dilaporkan sebagai spam.
  4. Ada lagi tak? Jom share sini, boleh berkongsi ilmu.


p/s: semoga cepat Nuffnang pulangkan status Glitterati aku T_T



4 comments:

  1. akak mcm tu jugak hr tu... lepas sehari ok balik.. nuffnang tgh pening kot

    ReplyDelete
  2. nice info ! boleh jadi penulis ni :) singgah sini ye . jom singgah blog shahril pulak ! jngan lupa follow ye :)

    ReplyDelete